Monday, November 29, 2010

Mengorak Langkah .. 'bersama mu'

aktivivi bersama beberapa orang pesakit yang boleh membantu pemulihan dan
membina keyakinan diri dan merasa bahawa mereka di terima ..


staff yang menjaga dan mengurus pesakit di wad melakukan serahan tugas penjagaan kepada rakan supaya kesinambungan penjagaan dapat di lakukan .. mereka adalah pemilik hati murni yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan gulongan yang memerlukan seperti OKU Mental ...


ini adalah sebahagian tugas yang di berikan ..pemeriksaan tehadap kebersihan diri pesakit walau di mana ..


30.11.2010 @ Selasa .
Hari ini menyiapkan kerja kerja perancangan bulan Disember dan menyediakan kertas ABM 2012 bagi Jabatan Psikiatri . Sebahagian besar telah siap cuma 'touch up' sikit je lagi . Memang aku cuba meningkatkan lagi aktiviti dan mutu perkhidmatan khasnya di unit komuniti psikiatri tempat aku di tempatkan sekarang .. Bos kata boleh lah aku relaks sikit menjelang hari persaraan bulan jun 2011 nanti . Namun aku akan menggunakan masa yang ada untuk merancang sepenuhnya aktiviti perkhidmatan dan promosi juga penubuhan satu pusat atau institusi penjagaan pesakit mental swasta atau milik awam atau NGO . Ini penting bagi menampung keperluan dan permintaan yang memang tinggi waktu ini dan masa akan datang . Walaupun ianya berupa kebajikan tetapi bagi penerusan dan jaminan untuk 'survival' institusi itu nanti aku tidak dapat menafikan ianya akan ujud sebagai satu institusi swasta yang akan mengutip bayaran kos . Walaupun ianya bukan berorientasikan keuntungan tetapi demi kelangsungan dan melambangkan penglibatan awam khasnya keluarga pesakit bayaran kos adalah perlu dan patut di kenakan . Itu pandangan seorang kenalan ku dalam bidang yang sama . Jadi menjelang persaraan dan di hari hari penghujung hayat ku nanti satu pusat atau institusi penjagaan gulongan Orang Kurang Upaya Mental bakal menjadi kenyataan dan aku bukan lagi bersara tetapi akan menjadi lebih sibuk menguruskannya nanti . Aku berharap sokongan terus di berikan oleh 'anak anak buah ' dan kenalan ku bahkan bekas bos ku nanti .

Beberapa posting terdulu yang menggambarkan bahawa masyarakat khasnya Melayu Islam tidak ramai yang terlibat dengan porgram kebajikan yang 'established' maka inilah ruang yang boleh aku manfaatkan ilmu , sisa umur dan kesihatan ku guna menabur bakti dan mengasaskan sesuatu yang mudah mudahan boleh membantu dan berkhidmat yang akan di nilai oleh Allah swt sebagai amal an ibadat di sisinya ..

Jumpa lagi ..

Wednesday, November 10, 2010

MENGENALI PDK TITIAN HARAPAN TEMERLOH .

ALAMAT : KUARTERS KERAJAAN , NO 63-64 JALAN MERDEKA , 28000 TEMERLOH , PAHANG DM .

NO TALIPON: 019-9933841 .

PENDAHULUAN :

Gulongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan gulongan yang harus di beri perhatian oleh setiap lapisan masyarakat .Ini termasuk pertumbuhan dan perkembangan mereka perlulah di beri perhatian sewajarnya selaras dengan kehendak penjagaan dan perlindungan terhadap gulongan tersebut . Dengan adanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 ( Akta 685) dan Panduan Pengurusan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang memberi penekanan dalam aspek keperluan , kehendak , perlindungan , pemulihan , penjagaan dan sebagainya .Rangkuman semuanya adalah bagi menjamin gulongan ini diberi hak kehidupan sewajarnya .

Pengerusi PDK bersama Penyelaras di majlis jamuan

LATAR BELAKANG .

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Titian Harapan ) Temerloh telah di buka sejak dari tahun 1996 dan telah di rasmikan oleh YB Dato’ Hj Mohd Sarit bin Yusoh ADUN Semantan pada 30.10.1996. PDK ini beroperasi dengan kerjasama antara Ahli Jawatan Kuasa yang ahli nya terdiri dari penduduk setempat ( ibu bapa/ penjaga murid/peserta OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh sebagai penaung .

Di peringkat awal PDK Titian Harapan beroperasi dengan menyewa sebuah rumah di Taman Karpaga . Pada tahun 30.10.1998 telah berpindah ke rumah kerajaan No 63-64 Jalan Merdeka . Bangunan ini telah di ubah suai dan di gunakan sebagai kelas , pejabat urusan , ruang aktiviti , dapur dan ruang makan untuk peserta dan petugas PD K .

Majlis menyampaikan elaun peserta dan jamuan..

Sehingga kini seramai 71 orang klien / peserta OKU telah mendaftar dengan PDK yang terdiri dari pelbagai jenis kecacatan seperti Down Syndrome , Terencat Akal , Lembam , Cacat Anggota , Autisme , Cerebral Palsy dan Masalah Pembelajaran . PDK ini memberi khidmat mengajar pra- sekolah dan aktiviti harian seperti mengurus diri dan pendedahan awal . Pengajaran kemahiran seperti kemahiran motor halus , kamahiran motor kasar dan kraftangan juga di ajar kepada peserta bagi mengoptimakan kemampuan dan kefungsian berdirkari mereka . PDK Titian Harapan beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Pada hari Jumaat penyelia dan petugas PDK akan melakukan lawatan ke rumah bagi peserta yang berdaftar dengan PDK tetapi tidak dapat hadir ke kelas di atas sebab yang munasabah .

Pengerusi menyampaikan elaun ..

RASIONAL PENUBUHAN DAN SOKONGAN ANGGOTA KOMUNIT I.

Pertambahan dan perubahan sosio budaya dan ekonomi masyarakat Malaysia khasnya menjadikan bentuk sosio kehidupan menjadi kompleks . Ianya memberi kesan terhadap gulongan yang di amanahkan mengasuh , menjaga , melatih dan memulih gulongan OKU ini . Situasi tersebut mendorong komuniti setempat , JKM dan anggota masayarakat berganding bahu mengadakan aktiviti dan program bersama bagi membolehkan pengurusan dan pemulihan yang berkualiti . Sokongan dan penglibatan anggota sesuatu komuniti amat di galakkan dari segi moral dan material .

Sila hubongi PDK Titian Harapan Temerloh 019-9933841 (Penyelia/ petugas ) Pengerusi : 012-9504278 .