Majlis jamuan Hari Raya dan Silaturrahim PDK Titian Harapan Temerloh selamat di adakan dengan kehadiran dan sokongan anak anak OKU dan keluarga . Tidak ketinggalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan kakitangan JKM Temerloh turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini . Begitu juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temerloh dan warga kerja MPT serta jiran berhampiran . Terima kasih pada semua yang hadir .
Respon awal adalah kelainan yang di buat bagi mengeratkan silaturrahim antara hadirin . Majlis di adakan dalam rumah PDK dengan duduk bersila menikmati hidangan yang di sediakan . Keadaan agak selesa dan santai kerana hadirin bebas bergerak tanpa halangan kerusi dan meja . Alhamdulillah jamuan yang di sediakan mencukupi. Satey , Lemang dan Lontong di samping kuih muih raya yang enak sedia untuk di jamu oleh hadirin .
Terima kasih kepada semua yang terlibat menyediakan jamuan , yang penting ialah sokongan dan kehadiran yang memuaskan . Khas untuk staff Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan staff dan semua yang hadir amnya . Semoga dengan sokongan begini dapat menyemarakkan semangat dan ukhuwah warga PDK khasnya anak anak OKU yang sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan kita semua .
Semoga semua turut merasakan apa yang di rasai oleh OKU dan keluarga mereka . Ikuti lah gambar gambar berikut untuk cerita selanjutnya yang tersirat dan kita hayati bersama .
anak anak OKU dan keluarga sedang menikmati jamuan ..
tetamu yang hadir ..terima kasih
tetamu .. SKBT
anak anak ..OKU ..
Sekian ..sampai jumpa lagi di program yang lain ..