Thursday, January 24, 2013

MERDEKA ... RAKYAT .. RAKYAT MERDEKA

24.1.2013  Khamis 12Rabi'ul awwal 1434H . 

Hari cuti sempena keputeraan junjungan besar Nabi  Muhamad saw . Kenapa kita harus malah di tuntut menghargai dan mengingati hari bersejarah ini , saya kira ramai yang sedia maklum . Namun sekadar berkongsi  betapa perlu nya kita bukan setakat mengingati baginda dengan mengadakan acara sambutan  saban tahun tetapi perlu memahami detik kehidupan baginda dan mengambil iktibar dari perjuangan yang di rintisnya . Insan istimewa pilihan Allah swt yang membawa misi memerdekakan manusia dari penghambaan sesama manusia dan menjulang kebenaran serta keadilan yang tidak lain hanya dari Allah swt . Memerdekakan manusia  dari kesesatan fikiran dan fahaman yang salah dan menganjurkan kehidupan harmoni  berkasih sayang sesama manusia dan bersikap toleransi  di atas perbezaan  setelah semua mendapat maklumat dan seruan ke arah kebaikan Islam . Tiada paksaan dalam agama  bererti  manusia di beri pilihan oleh Allah untuk beriman atau tidak beriman dengan peringatan dan amaran yang jelas di sampaikan oleh Rasul Nya Muhamad saw . 

Andai nya manusia memilih kekufuran maka Allah menyatakan siksanya di akhirat . Maka di atas pilihan itu manusia di hukum . Manusia bebas untuk memilih dengan akal yang Allah kurniakan . Oleh itu tepatlah Islam adalah untuk mereka yang 'berakal' maka sekali kita beriman dan menerima Allah sebagai tuhan dan menganut agama Islam kita di tuntut untuk menunaikan tanggungjawab  sebagai penganut Islam sepenuh jiwa raga sehingga  apapun tuntutan dan ajaran Islam menjadi kewajipan kita umat Islam menunaikannya . Tiada lagi dalih  . Ini bukan paksaan tetapi  tanggungjawab setelah kita menganut Islam . Segala yang di lakukan wajib menurut ketetapan Allah yang di ajarkan melalui Rasul Nya  dan Kitab yang di turunkan Nya .

Sejak di lahirkan manusia bebas .. tiada siapa yang boleh menafikannya .. namun  dalam kehidupan bernegara  manusia dan negara bangsa cenderung untuk menguasai orang lain . Ringkasnya menjajah . Begitupun tuntutan untuk bebas dan merdeka adalah  sunnahtullah  oleh itu  apabila manusia merasa di tekan dan di 'jajah'  pergerakkan dan maklumatnya dan  mindanya manusia akan bangkit menuntut kemerdekaan. Ia tidak salah kerana itu hak mereka . Hak kemanuisaan mereka . Penjajahan pula bukan setakat fizikal tetapi  minda dan hak kemanusiaan yang lain rohani dan jasmani . Hak memilikki dan memperolehi maklumat , hak begerak dan menyatakan pendapat , hak memilikki harta negara yang di kongsi bersama . Maka sekiranya keadaan yang ada  menekan dan menafikan hak tadi maka manusia akan bangkit .

Dalam negara demokrasi  hak ini juga di jamin setelah Islam menjaminnya dari sudut yang tidak bercangah dengan ajaran Islam itu sendiri kerana manusia jika di beri 'merdeka' atau bebas hanya dengan akal fikiranya akan tersasar dan melakukan perkara yang bercnggah . Itulah Islam dan Rasul turun  mengajarkan 'jalan yang lurus' dan selamat . Manusia bernama Muhamad bin Abdullah yang kita raikan hari ini adalah idola yang sebenarnya bagi umat dan anak anak kita .

Sehubongan itu dalam negara demokrasi tadi , tiba-tiba rakyatnya bangkit . Ini memerlukan  kajian dan di fikirkan dengan telus MENGAPA RAKYAT BANGKIT MANYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI MEREKA ?? . Sekiranya jumlah mereka sedikit adalah tidak mengapa , mungkin mereka di hasut atau sekiranya hanya rakyat bawahan atau rakyat biasa mungkin mereka termakan janji kosong tetapi ianya perlu di fikirkan apabila yang bangkit adalah anak muda berbilang kaum di negara majmuk seperti Malaysia dan mereka adalah anak muda yang berpelajaran . Ada di antara mereka  bertaraf profesional dan pemimpin masyarakat . Walaupun di pimpin oleh 'pembangkang' tetapi dalam keadaan yang begitu ramai tentu ada ketidakpuasan yang di kongsi  bersama . Ini telah menjadi gelombang maka sudah pasti semua nya perlu di berikan perhatiansewajarnya .

Mungkin perkara berikut  yang menjadi penyebabnya  ..
ekonomi yang menekan tanpa penjelasan dan penyelesaian ..
kos pelajaran yang tinggi  dan lahirnya kolej kolej swasta  dan 
lepasan yang tidak memperolehi pekerjaan
tetapi ada segelintir yang amat mewah dan terlalu  nyata 
dan bersikap tidak peduli dan berbohong .
dan apabila rakyat mahu berubah sentimen perkauman di mainkan ..
bahawa Melayu akan hilang kuasa jika tidak BN ..

maka dengan fakta ini maka terjawablah  tohmahan sang penguasa ..
dan rakyat sudah berani bangkit ... 

Isu sosial dan kejadian begini ini berleluasa tanpa tindakan konkrit ..
malah yang berkuasa masih meneruskan dan membuka banyak ruang
yang boleh memungkinkn perkara ini berlaku ..

Isu kedaulatan raja pun ..rakyat sudah lama di bohongi  dengan
pembohongan yang tidak berjawab .. maka ini jawapannya ..
maka rakyat bangkit .

atau ini 

maka rakyat mahu berubah kearah yang lebih baik ..
bezakan lah ..
dalam perayaan menyambut tahun baru 2013.. 
rakyat sudah bosan dengan hedonisme sang penguasa .. 
melalai dan memperbodohkan rakyat .. 

maka rakyat di tawarkan perubahan ..
lebih lagi dengan tawaran ini .. 
 perakuan profesional yang di sembunyikan dari rakyat banyak ..
 
rakyat sudah tidak percaya dan dapat berfikir sendiri apa yang mereka katakan ..
apalagi dengan tindakan begini ... SAR di pinggrikan ..

satu lagi yang memualkan .. orang lain di katakan berpolitik di masjid dan 
pentadbiran masjid di ambil alih oleh BN tetapi mereka yang lebih .. 
begitu juga institusi raja .. teguran dan tindakan yang tidak  mengena 

maka berbunyi  dato' ni ...apa reaksi BN ..
rakyat dah lama nak berubah .. kalau lebih ramai yang begini 
maka boleh berubah sebelum terlambat ...
tetapi begitu lah masih ada ..yang begini ..

namun rakyat telah nekad ...  
mual dengan masalah yang tak pernah selesai

ini di buktikan dengan HKR #KL112
MAKA RAKYAT BANGKIT ..


Stadium Merdeka mencipta sejarah .. rakyat mahu merdeka 
dari pembohongan dan korupsi .. 
rakyat mahu kemerdekaan yang sebenarnya
HKR #KL112
 RAKYAT MERDEKA .. MERDEKA RAKYAT ..
lautan rakyat  berbagai kaum turut hadir mahu mengukir sejarah 

mereka mahu mengukir sejarah ...namun kena
bekerja lebih kuat menjelang PRU13 nanti ... ok bro 

cukuplah dengan  penipuan dan salahguna 
kuasa sang pemerintah ini .


SEKIAN ..MERDEKA !! 
cuma yang di takuti  warga asing yang di beri IC dan di bolehkan mengundi ..  di dalangi seperti
yang pernah mereka lakukan di Sabah dan sepanjang PRU yang lalu ... sejak zaman Tunku ..

Sempena keputraaan Rasul saw .. yang memerdekakan manusia .. kita adalah rakyat yang merdeka ..
kemerdekaan sebenar dari 'penjajahan minda'. Warisan British perlu di betulkan .. 

UBAH SEBELUM PARAH ...   INI KALI LAH ..!!

simi ..