Saturday, January 17, 2015

MAK SU KE MAAHAD FAQEH TING 1 2015

17.1.15 Sabtu

Selepas ujian hafazan dan proses taklimat temuduga bersama kuluarga Maksu Nurin Intishar  semalam beliau di terima masuk untuk  sesi sekolah menengah di Maahad Tahfiz Faqeh Temerloh setelah menamatkan sekolah rendah di SRA Al Mukmin Temerloh (sekolah swasta ) . 

Sekolah Al Mukmin saban tahun di landa banjir .. kali ini lebih teruk sebagaimana penduduk Temerloh dan ramai di Kelantan , Trengganu dan daerah lain di Pahang . Walau serba kekurangan Al Mukmin yang bermula sejak tahun 1991 terus berbakti kepad ibu bapa yang mahu anak meraka di didik dengan biah islmiah dan mnghayati kehidupan beragama sebagai bekalan di kemudian hari .   

Adalah di harap kesinambungan sekolah agama ini memberikan pendidikan sempurna untuk beliau . Walaupun memerlukan kos namun pengorbanan perlu dalam mendapatkan yang terbaik untuk anak anak . Selamat belajar Nurin Intishar di Maahad faqeh Temerloh .. takdir Allah dan kepada Nya kita berserah . Segalanya .. rezeki , jodoh , ajal maut dan tanah kubur adalah ketentuan  dari Nya . Kita perlu lakukan yang terbaik .. 


bangunan baru untuk mengelakkan banjir  @ menyelamatkan perabot sekolah semasa banjir .
Sekolah Al Mukmin sentiasa bergerak maju ... dan mengalami pembinaan berterusan .



Thursday, January 15, 2015

NGO dan bantuan banjir 2014/15 IRM dll

Sekitar 11.1.15  .. air sudah surut .. lalun ke bandar Temerloh sudah boleh di lalui ... sukarelawan turun mambantu penduduk  yang di uji banjir .. tidak kurang yang membawa bekalan . Masjid Al Ihsaniah Lebak d/a Kg Tg Kerayong Lebak menjadi persinggahan di samping rumah individu yang di uji banjir menjadi tumpuan persinggahan konvoi para sukrelawan .. pelbagai bangsa .

Di sini terlebih dahulu saya ingin memaparkan sumbangan dari Islamic Relief Malaysia (IRM) yang saya di amanahkan untuk menyampaikan sumbangan dari mereka . Biar gambar bercerita dahulu untuk rujukan saya dan mereka dari IRM yang di ketuai oleh Hj Zairulshahfudin seperti berikut : 

selesai penghantaran dan menerima amanah untuk mengedarkan sumbangan dari Tn Hj Zairulshahfudin 


sekitar masjid Al Ihsaniah Lebak 

barangan mula di bahagi dan di agihkan  dalam beberapa pack / set berdasarkan item utama .

proses  sorting dan packing 


sukarelawan sedang tekun ...




hampir siap ..kemudian di simpan di setor masjid untuk di edar keesokan hari 



siap ... 





' Gambar diatas adalah sekitar penerimaan  dan  kerja kerja membungkus / sorting . 
Kerja di bantu oleh beberapa orang  sukarelawan 'segera'  yang sudi membantu  .
Terima kasih .

2. Berikut  adalah misi pengedaran kepada penerima yang di kenal pasti  ie  rumah di tenggelami air , dhaif dan kerosakan peralatan dapur  dan kebanyakan mereka  yang berpindah dari  sekitar Mukim Lebak . Antara kampong yang terlibat dan mereka yng di uji menerima sumbangan ialah dari Kg Tg Belengu , Kg Durian Tikus , Kg Tg Kerayong , Tebing Tinggi  , Pengkalan Jaya dan Kg Baru Lebak .Penerima di pilih dari kategori di atas di samping beberapa penerima menerima barangan seperti  bag kain dan makanan serta susu dan pampers bayi dsb . 

Sebahagian gambar misi pengedaran  : - 

proses  'sorting' di penghujung ... 

beberapa penerima .. Kg Durin Tikus 

Kg Tg Pasir 

Tg Kerayong ..


laluan yang masih tenggelam di lalui ...



barangan di pikul ke tempat / rumah untuk di edarkan di Kg Tg Belengu 


antara pemandangan sekitar rumah yang terlibat ...


Baranagan untuk di edarkan di Kg Baru .. di letak di rumah sahabat 'wakil' 

pemandangan jalan raya sekitar  Tg Belengu 

salah seorang penerima di Tg Belengu ...


sekitar rumah mereka yang di uji di kampong Tg Belengu ..




bersedia untuk menghantar barangan ...





antara penerima di Tg Belengu ..

Lebih 98% rumah rumah di kampong Tg Belengu terlibat dan sebahagian besar sumbangan di hantar kesana . Akhirnya  terima kasih kepada penyumbang dan sukarelawan semoga Allah mengira sebagai amal soleh  yang di ganjari pahala berkekalan . Amin .



BANJIR2014-15

15.1.15  Jumaat ..

Sudah lama tidak menulis .. namun mengenangkan keadaan banjir yang baru berlaku ingin juga berkongsi beberapa catitan untuk tatapan di kemudian hari . Saya mengalami ujian banjir pada tahun 1970/71 yang di katakan lebih besar dari yang terjadi baru baru ini . Hakikatnya memang begitu .. dapat saya ingat air yang melimpah pada tahun 1970/71 hingga ke pinggir bukit tempat terletaknya sekolah keangsaan Lebak tempat pemindahan yang di sediakan . Sebahagian dari kami  berundur  juga ke bukit yang lebih tinggi kerana bimbang air akan naik lebih tinggi sehingga  meliputi puncak  bukit sekolah tempat kami berpindah . Namun ianya tidak berlaku di mana air kemudiannya surut .

Begitulah air kali ini di lihat untuk sampai ke tahap 1970/71 masih jauh .. antara 7 hingga 10 kaki menegak baru menyamai paras 70 /71 . Namun kerosakan dan kerugian adalah lebih besar kerana  orang ramai 'yang di uji' kali ini  mempunyai banyak harta dan peralatan serta kemudahan rumah tangga yang jauh berbeza dari zaman 70/71 . Lantaran itu kerugian dan kemusnahan amat terasa . Demikianlah  Allah swt mengajar manusia ..hanya dengan air .. di tenggelaminya buat beberapa hari sem ua nya idak berguna lagi ..rosak dan perlu di baiki yang menelan belanja yang besar atau di buang .


Banjir tahun 70/71 ..hampir mencecah masjid Abu Bakar Temerloh  dan 
menenggelami sebahagian besar sekitarnya ... Namun  tahun 2014/15 ia hanya 
2-3 kaki dalam di atas di jalan raya  di bawah bukit masjid tersebut 
yang juga di bina di tas lembah yang di tambun ..


jambatan yang di bina  selepas banjir 70/71 oleh pihak tentera ( kemudahan tentera ) 
sementara menunggu jambatan yang ada sekarang di bina  ( sekitar tahun 72-73 )


Pun begitu antara yang amat membanggakan ialah  sikap prihatin masyarakat begitu  ketara di mana bantuan makanan dan keperluan harian termasuk untuk  bayi dan kanak kanak datang mencurah curah . Selepas banjir bantuan mencuci dan membersih  .. Rakyat Malaysia , saudara mara datang bersilih ganti tanpa mengenal penat dan tiada batasan kaum dan agama . Syabas rakyat Malaysia. Namun ada juga mereka yang acuh tak acuh dengan keadaan yang menimpa saudara mereka .

Amat di kesali juga segelintir di kalangan 'yang  di uji ' maupun  mereka yang menjaga kebajikan di tempat tempat pemindahan yang bersikap tidak telus . Saya di uji dengan suasana yang tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa berikutan di sekitar rumah , masjid dan sekolah di jadikan tempat pemindahan di tambah lagi dengan tiada bekalan api letrik selama beberapa hari .  Saya di uji lagi selepas banjir dengan kunjungan petugas dan konvoi bantuan dari luar menyampaikan bantuan dan pertolongan membersih rumah sekitar kampong tempat tinggal . Bertindak sebagai penyelaras tenaga petugas yang ramai dan tidak ketinggalan menyampaikan amanah dari beberapa NGO yang menghantar bantuan makanan dan peralatan untuk mereka yang terjejas dan di uji oleh banjir . Antara NGO yang sempat di temui ialah Islamic Relief Malaysia , Unit AMAL  Malaysia , IKRAM , pelajar - pelajar KUIS dan perseorangan .

Beberapa gambar untuk tatapan  bersama khasnya mereka yang terlibat  sebagai kenangan  dan tanda yang boleh menceritakan  segalanya .

1. Semasa dan selepas banjir di kampong saya dan daerah Temerloh .
2. Bantuan  yang sampai  tenaga kerja sukarelawan dan konvoi bantuan makanan dan peralatan 
    keperluan : - 




pemandangan dari esplanade Temerloh . air sedang naik .



pemandangan di kawasan resort Taman Negara @ sekitar jeti  Kuala Tahan 


gambar hiasan ...

MP Temerloh meninjau keadaan .. Teluk Ira 

Bus stop dekat simpang naik ke KD dan Masjid Lebak ... sekitar Gerai PLB  



kemuncak banjir  ... dari  bangunan pejabat UPU Lebak  ...

sisi kanan bangunan pejabat UPU Lebak ...

Simpang masuk ke KD Lebak , masjid dan rumah saya .... 


gambar hiasan 

depan ru,ah ayah Tam Hj A Bakar Saleh ... kemuncak banjir @ 26.12.14
  
gambar semasa air sedang naik dan beberapa tempat  di tenggelami  air ...
Nantikan gambar selepas banjir dan misi bantuan MP P088 , IRM , Unit AMAL dan konvoi dari Johor ..

catitan : sebahagian besar gambar di ambil dari kamera dan penglibatan sendiri .