Thursday, December 23, 2010

SUKANEKA PDK


Pada hb Disember 2010 di Dewan Seri Mentakab telah di adakan hari sukaneka PDK Titian Harapan Temerloh . Program di adakan sebagai acara tahunan untuk merapatkan lagi silaturrahim anatara kanak kanak dan keluarga mereka dengan ajk pengurusan PDK kakitangan JKM Temerloh dan masyarakat amnya . Kali ini AJK telah memilih dewan sebagai tempat berlangsungnya program bagi keselesaan dan keselamatan peserta anak anak OKU dan ahli keluarga apatah lagi sekarang adalah musim tenkujuh @ hujan di negeri pantai timur . Walaupun hari ini sibuk dengan kenduri kahwin dsb anak anak dan keluarga OKU sempat juga menjayakan program yang telah di rancang . Alhamdulillah program berjalan dengan baik dan menyeronokkan peserta . Gambar gambar berikut menunjukkan mereka yang hadir berintereksi antara mereka dan peserta OKU .

peserta sedang melukis




Program telah di rasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh Dato' Dr Hj Sharifudin bin Ishak . Dalam ucapan perasmian nya beliau menyatakan betapa sebenarnya gulongan OKU ini sangat memberi kesan kepada seseorang lebih lebih lagi ibu bapa mereka . Kepergian mereka amat di rasai di mana menurut satu kajian yang di lakukan di barat menjelaskan bahawa ibu bapa yang kehilangan anak OKU (kematian) lebih di rasai berbanding dengan anak yang sihat .

Kehadiran anak OKU dalam keluarga dan masyarakat seharusnya tidak membebankan dan perlu di berikan perhatian . Ibu bapa dan keluarga serta masyarakat tidak harus merasa malu atau janggal apabila anak OKU berada di keliling mereka . Gulongan istimewa ini sememang nya istimewa di mana mereka dapat mencuit hati setiap orang malah mengembirakan seseorang atau suasana . Mereka menarik perhatian dan menjadi tajuk perbualan semasa . Ibu atau bapa yang mempunyai dan bersama anak istimewa ini di hormati , di sapa dengan hormat dan lembut penuh ramah dan simpati .

Sekarang adalah masa memberikan khidmat kepada semua . Mereka adalah kurniaan Tuhan bagi menguji keluarga dan masyarakat . Tiada siapa yang minta di lahirkan cacat dan kurang upaya sebegini tetapi kebesaran Allah swt berkuasa menjadikan sekehendak Nya bagi menguji makhlukNya . Ilmu yang di dedahkan oleh Allah swt . Dengan ujudnya gulongan ini mewarnai kehidupan yang maju memberi ruang untuk melahirkan pakar pakar dan para ahli di samping mengujudkan peluang berkhidmat sesama insan yang sungguh banyak dan bermakna . Semuanya saling berkaitan dan berhubong antara satu dengan yang lain . Itulah hikmah kejadian Allah swt terhadap hambanya . Sejak lahir mereka adalah gulongan yang terlepas dari beban tanggungjawab beragama , suci dan bersih dari dosa dan noda . Mereka yang memberi khidmat kepada mereka adalah gulongan mulia. Menjaga ahli ahli 'fitrah' ini mudah mudahan di beri ganjaran pahala oleh Allah swt dan terselamat dari azab siksa di akhirat kelak .

Pengerusi dalam ucapannya menyentuh bahawa PDK Titian Harapan telah mendapat sambutan yang menggalakkan . 64 orang OKU yang mendaftar dengan PDK dan separuh darinya hadir ke kelas bimbingan . Bilangan mereka ramai dan agak kurang selesa dengan ruang yang sempit untuk pembelajaran dan aktivti harian . Pihak PDK berharap dapat berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan mempunyai ruang yang besar untuk menampung keperluan yang sedia ada dan akan datang . Kepada yang berbahagia Dato' Pegawai Daerah hasrat ini di sampaikan agar di beri perhatian .

Akhirnya beberapa rakaman gambar di jadikan kenangan dan memberikan bermanfaat untuk semua . Terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya para petugas PDK dan sukarelawan , ibu bapa yang menjayakan program kali ini .

Pengerusi PDK .