Tuesday, August 28, 2012

JAMUAN HARI RAYA ...1433H

29.8.2012 @ RABU

Majlis jamuan Hari Raya  dan Silaturrahim PDK Titian Harapan Temerloh  selamat di adakan dengan kehadiran dan sokongan anak anak OKU dan keluarga . Tidak ketinggalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan kakitangan JKM Temerloh turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini . Begitu juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temerloh dan warga kerja MPT serta jiran berhampiran . Terima kasih pada semua yang hadir .

Respon awal adalah kelainan yang di buat bagi mengeratkan silaturrahim antara hadirin . Majlis di adakan dalam rumah  PDK dengan  duduk bersila menikmati hidangan yang di sediakan . Keadaan agak selesa dan santai kerana hadirin bebas bergerak tanpa halangan kerusi dan meja . Alhamdulillah  jamuan yang di sediakan mencukupi. Satey , Lemang dan Lontong di samping kuih muih raya yang enak sedia untuk di jamu oleh hadirin .

Terima kasih kepada semua yang terlibat menyediakan jamuan , yang penting ialah sokongan dan kehadiran  yang memuaskan . Khas untuk staff Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan staff dan semua yang hadir amnya . Semoga dengan sokongan begini dapat  menyemarakkan semangat dan ukhuwah warga PDK khasnya anak anak OKU  yang sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan kita semua .

Semoga semua turut merasakan apa yang di rasai oleh OKU dan keluarga mereka . Ikuti lah gambar gambar berikut untuk cerita selanjutnya yang tersirat dan kita hayati bersama .


 anak anak OKU dan keluarga  sedang menikmati jamuan ..
te
 tetamu yang hadir  ..terima kasih 
 tetamu .. SKBT 
 anak anak ..OKU ..







   
Sekian ..sampai jumpa lagi di program yang lain ..

Sunday, August 5, 2012

Berbuka puasa ..1433 H @ 2012 M

29.7.12 @  Ramadhan 1433 H

Majlis berbuka puasa bagi warga PDK Titian Harapan Temerloh telah berjaya di adakan  menurut jadual .
Kehadiran ibubapa dan anak anak OKU yang berkesempatan adalah baik tetapai tidak mencapai sasaran 100-150 . AJK memahami akan kesulitan bagi ibu bapa untuk membawa anak anak OKU dan keluarga yang lain ke majlis tersebut . Bagaimanapun  bagi mereka yang hadir dan sempat membantu kerja kerja persiapan ( memasak dsb) bagi pihak PDK kami mengucapkan terima kasih dan semoga ukhuwah  yang di jalindan bakti yang di semai  mendapat keberkatan dari Allah di bulan yang mulia .

Namun begitu sedikit mengecewakan kerana pihak jabatan tidak kelihatan  seorang pun dari mereka yang di jemput hadir walaupun di jemput . Bukan bermaksud untuk mempersoalkan tetapi  apa yang terbuku di hati  perlu di luahkan . Perancangan atau cadangan program ini di buat awal dalam mesyuarat  AJK sebelum Ramadhan lagi , jemputan di hantar kepada pihak berkenaan .. Mungkin penyelaras sekarang ini sedang dalam pantang ( baru melahirkan - tahniah ) tetapi mengapa wakil tidak boleh hadir .. kesibukan melanda agaknya ??  maaf ya bergurau ...

Bagaimanapun  syukor Alhamdulillah program berjalan dengan lancar  dan baik sekali sambil menyantuni anak anak OKU yan hadir .. hati ini berkata  ' yang penting .. sebahagian anak anak OKU yang hadir ini dapat  di beri layanan  .. orang besar tak hadir pun tak ape la .. setidak nya kurang protokol .. , kita bersantai sesama kita .. ' 

 kerja gotong royong mnyediakan ramuan msakan berbuka ..guru , ibu  dan AJK 
 pelatih yang  mampu membantu  kerja kerja rumah ..
 anatar bahan masakan istimewa hari  itu .. 
 penyediaan tempat makan  tetamu  dan semu hadirin ..
 majlis tahlil dan doa selamat .. 
 majlis tahlil .. 
 mengmbil hidangan ..juadah berbuka dsb ..
 bersedia  menanti waktu berbuka sambil berbual antara hadirin ...
 menanti waktu berbuka ..bersama keluarga  yang besar ini .. PDK .. 
 orang  kuat kita sedang  bertafakur ? .. berehat  sambil menghayati  
ayat ayat suci di majlis tahlil dan doa ..
seorang ibu pelatih .. sibuk mem'blend' ramuan ..   mende  la tuu ..
  
Antara aktiviti  yang di adakan ialah - memasak secara bergotong royong , tahlil dan doa selamat , berbuka dan ramah mesra anyara hadirin warga PDK sambil menikmati hidangan berbuka . Walaupun  begitu sederhana tetapi cukup untuk memupuk kerjasama dan silaturrhaim antara AJ
K dan ibu bapa serta anak anak . Beberapa gambar untuk kenangan bersama . 

Sekian .