Tuesday, August 28, 2012

JAMUAN HARI RAYA ...1433H

29.8.2012 @ RABU

Majlis jamuan Hari Raya  dan Silaturrahim PDK Titian Harapan Temerloh  selamat di adakan dengan kehadiran dan sokongan anak anak OKU dan keluarga . Tidak ketinggalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan kakitangan JKM Temerloh turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini . Begitu juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temerloh dan warga kerja MPT serta jiran berhampiran . Terima kasih pada semua yang hadir .

Respon awal adalah kelainan yang di buat bagi mengeratkan silaturrahim antara hadirin . Majlis di adakan dalam rumah  PDK dengan  duduk bersila menikmati hidangan yang di sediakan . Keadaan agak selesa dan santai kerana hadirin bebas bergerak tanpa halangan kerusi dan meja . Alhamdulillah  jamuan yang di sediakan mencukupi. Satey , Lemang dan Lontong di samping kuih muih raya yang enak sedia untuk di jamu oleh hadirin .

Terima kasih kepada semua yang terlibat menyediakan jamuan , yang penting ialah sokongan dan kehadiran  yang memuaskan . Khas untuk staff Pegawai Kebajikan Masyarakat Temerloh dan staff dan semua yang hadir amnya . Semoga dengan sokongan begini dapat  menyemarakkan semangat dan ukhuwah warga PDK khasnya anak anak OKU  yang sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan kita semua .

Semoga semua turut merasakan apa yang di rasai oleh OKU dan keluarga mereka . Ikuti lah gambar gambar berikut untuk cerita selanjutnya yang tersirat dan kita hayati bersama .


 anak anak OKU dan keluarga  sedang menikmati jamuan ..
te
 tetamu yang hadir  ..terima kasih 
 tetamu .. SKBT 
 anak anak ..OKU ..







   
Sekian ..sampai jumpa lagi di program yang lain ..

No comments:

Post a Comment