Tuesday, January 21, 2014

RUMAH SEJAHTERA ...

22.1.2014 

MAKLUMAN ... RUMAH SEJAHTERA  Adalah ‘program  kebajikan '
DENGAN INI MENAWARKAN KEPADA ANDA yang mempunyai anak , adik , waris , kenalan OKU  KHASNYA OKU  MENTAL yang memerlukan penjagaan dan pendedahan kepada kehidupan  biasa supaya mendaftar DAN mengikuti program kami di ‘rumah sejahtera’.

2. syarat kemasukan :

1. Terbuka untuk semua oku dan oku mental yang stabil (LELAKI SAHAJA—PERMULAAN) .
2. Mendapat rujukan dan  jaminan  masuk dari doktor / pegawai bertauliah.
3. Boleh memahami dan menerima arahan serta boleh bekerjasama .
4. Pelatih / waris bersedia  untuk   membayar kos yang di kenakan .
5. Semasa mendaftar pelatih / waris mesti mengemukakan borang dan  surat jaminan yang 
    meyakinkan .
6. Sihat tubuh badan  dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah  atau TELAH DI SAHKAN 
    pulih .
7. Pelatih beragama islam akan menjalankan amalan agama secara bersama dan terpimpin .
8. AKTIVITI PEMULIHAN DAN LATIHAN BEKERJA YANG DI JALANKAN ADALAH 
    MENURUT  KEPERLUAN DAN 

 3. Kos bagi seorang pelatih @ (MAKANAN PENGINAPAN DAN PENJAGAAN )

i. DEPOSIT RM250.00–SEMASA Mendaftar
2. penDAFTARAN RM600.00-Mendaftar
3. BULANAN RM600.00
 
PEKERJAAN dan LATIHAN kerja  yang bakal di jalankan  ia lah sebagai : -  pekerja am ,      security ,   cleaner dan  pembantu am  - ( pejabat dan warung )
 

Hubungi kami segera —
Tempat TERHAD  !!!  10 orang  Sahaja…
AKTIVITI TERAS :
1. Aktiviti pemulihan  berasaskan nasihat pakar 
    dan  kaunselor  .
2. Aktiviti  berasaskan agama dan  holistic .
3. Pekerjaan berasaskan  :
    A.  Rekreasi dan berkaitan .
    B.   Pertanian
    C.  Penternakan
    D.  Hobi dan kegemaran.
    E.  Aktiviti berkumpulan  , motivasi  dan  
         bimbingan  kemasyarakatan .

Orang ramai  di rayu untuk membantu operasi  Program kebajikan ‘Rumah Sejahtera’  melalui sumbangan  :- Derma , Zakat  dan sebagainya   KERANA ...
            
** (OKU/OKU Mental = fakir miskin adalah asnaf dan gulongan yang memerlukan : CAKNA  DAN    MENYAYANGI MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK .. KEBAJIKAN BERSAMA !!!

Keterangan lanjut :

rumahsejahterakds.blogspot.comFb : Lebox extreme park @ KDS    
En Shohaimi : 012-9504278



Wednesday, January 8, 2014

MORSI ... TERUSKAN JIHAD MU

[Surat Shaimaa' Mursi kepada ayahnya, Presiden Mursi]

Surat sempena malam penghakiman
(*Presiden Mursi dibicarakan pada hari ini 8 Januari 2014)

Wahai ayahku yang dikasihi, permata hatiku dan penyejuk mataku,

Adakah engkau masih ingat wahai ayah yang kukasihi, rangkap syair yang aku bisikkan di telingamu sejak lama dahulu dan engkau membalasnya di telingaku. Katakanlah wahai ayah, bahawa engkau masih mengingatinya.

Wahai ayahku, sekiranya aku melukis langit serta bintang-bintang yang memenuhinya, maka engkaulah bintang yang paling besar di langit itu.

Rangkap syair itu sangat simpel. Namun bagimu ia sangat besar ertinya dan engkau menghargainya sehingga aku merasakan bahawa aku adalah ratu para penyair. Sesungguhnya engkau sentiasa menggalakkan kami mengembangkan bakat kami dan sentiasa menambah ilmu dan pengetahuan kami.

Ayahku yang sangat dihargai, pada malam penghakiman yang mereka dakwakan, bayanganmu yang hebat menerjah mataku, lalu hatiku dilimpahi kerinduan untuk melihat dirimu dan mendengar suaramu yang lonak dan menenangkan. Kenang-kenangan berjuraian di hadapan mataku, mengulangi pita rakaman hidupmu yang penuh dengan lembaran-lembaran jihad, tidak akan cukup ruangan untuk dimuatkan kesemuanya.

Tetapi yang paling jelas mengusik hatiku ialah hembusan di malam inqilab, di mana engkau memberitahu kami dengan penuh yakin: "Sesungguhnya Mesir akan menang dengan Kuasa Allah dan KekuatanNya. Dan sesungguhnya Din Allah itulah yang menang. Sesungguhnya khilafah pasti akan tegak, tidak dapat tidak. Sesungguhnya sejarah akan menulis dengan huruf-huruf daripada cahaya tentang jihad dan perjuangan rakyat Mesir."

Aku bersaksi di hadapan Allah, sesungguhnya aku tidak nampak langsung engkau dalam keadaan kelu-kesah. Bahkan sebaliknya engkau begitu tenang, wajahmu sentiasa dihiasi senyuman. Engkau bangkit setiap malam menunaikan ibadah, solat, munajat dan doa. Engkau memberitahu kami dengan penuh izzah bahawa sesungguhnya kemerdekaan itu harganya adalah darah. Dan engkau wajib berada di barisan paling hadapan orang pertama yang wajib berkorban kerana engkau pemimpin yang bertanggungjawan ke atas rakyat. Dan engkau berkata: "Aku bercita-cita dan berharap agar Allah menerima darahku sebagai syahid di jalanNya."

Engkau mengingatkan kami tentang sayyidina Umar bin al-Khattab, sayyidina Uthman bin Affan dan Imam Hasan al-Banaa. Engkau berkata: "Sesungguhnya sayyidina Umar telah mati sebagai syahid, sayyidina Uthman telah mati sebagai syahid. Begitu juga Imam Hasan al-Banna. Aduhai, alangkah indahnya kalau aku ini seurat rambut pada diri salah seorang daripada mereka itu di kala engkau menghayati detik-detik penulisan sejarah sekarang ini. Ini merupakan satu kebaikan yang besar bagi kamu. Aduhai alangkah indahnya sekiranya aku menjadi satu baris dalam kitab sejarah ini."

Aku masih ingat suaramu yang begitu mantap dan penuh yakin ketika engkau berkata kepada kami: "Aku adalah satu lembar daripada lembaran thaurah Mesir yang hebat. Sekiranya aku pergi menemui Allah, maka hendaklah kamu sempurnakan perjalanan thaurah ini. Dan aku yakin terhadap rakyat Mesir. Mereka tidak akan membenarkan sejarah kembali ke belakang. Mereka tidak akan mensia-siakan kebebasan dan kemuliaan mereka walaupun terpaksa berkorban darah."

Aku tidak dapat menyembunyikan rahsia yang berlegar di dalam benakku. Aku benar-benar rasa gelisah dengan ungkapan terakhirmu itu. Aku berkata sendirian di dalam diriku, adakah rakyat Mesir akan membenarkan sangkaanmu itu terhadap mereka, atau mereka akan mengkhianati keyakinanmu terhadap mereka, bangsa yang hidup menderita, kelaparan dan tertekan?

Tetapi selepas enam bulan lima hari, sejak peristiwa di malam itu, aku ingin menegaskan kepadamu wahai ayahku yang disanjungi, sesungguhnya tanahair ini penuh dengan rijal, wira-wira dari kalangan lelaki, pemuda, wanita, gadis, kanak-kanak, orang tua lelaki dan perempuan yang sanggup berpayah. Mereka selama-lamanya tidak akan tunduk kepada aliran yang membawa kerosakan, mereka tidak akan menyerah kalah demi mempertahankan agama, tanahair dan legitimasi kerajaan mereka.

Sesungguhnya kami tetap meneruskan perjuangan wahai ayahku yang dicintai. Kami telah menjual kepada Allah nyawa dan anak-anak. Kami akan teruskan untuk merealisasikan thaurah sepenuhnya tanpa kurang walaupun sedikit sekalipun terpaksa menanggung beban apa saja, sekalipun terpaksa berkorban segala-galanya. Sesungguhnya Allah akan menyempurnakan urusanNya jika Dia Kehendaki.

Akhir risalahku buatmu:

Aku iangat ketika kami masih kecil, engkau selalu dendangkan kami nasyid ini:

Aku akan memikul nyawaku dan lupakan kerehatanku
Sama ada hidup membahagiakan kawan atau mati menjengkelkan lawan
Jiwa yang mulia itu hanya ada dua tujuan, mencapai cita atau mati dalam mengejarnya.

Ya. Engkau benar wahai insan yang paling mulia di sisiku. Sama ada kita hidup membahagiakan kawan kita atau kita mati dalam keadaan musuh membenci kita. Semoga Allah kurniakanmu syahid yang ikhlas di jalanNya dalam keadaan engkau mara tanpa undur. Semoga Allah terima jihadmu dan kami akan isytiharkan setinggi-tingginya: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah redha kepadaMu, maka redhalah kepada kami.

Dan akhirnya, tetapi bukan yang terakhir, marilah sama-sama kita hidupkan syiar kita:
Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Quran dustur kami
Al-Jihad jalan kami
Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami
Kami tidak redha yang lain sebagai ganti walau apapun yang kami hadapi. Moga kita bertemu di kolam Nabi, wahai ayahku.

Allah Maha Besar. Kemuliaan untuk Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

5 Rabiul Awwal 1435
7 Januari 2014

Terjemahan : Ustazah Maznah Daud (http://zaadut-taqwa.blogspot.com/)
Sumber: Ikhwan Online
#mesirkini
#R4BIA

DR YUSOFF AL-QARADHAWI



Antara Kenyataan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kepada rakyat Mesir sebentar tadi di TV al Jazeera:

"Apa yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Mesir baik ketika negara ini dijajah oleh Inggeris dan Perancis, atau mana-mana tamadun, di mana pemerintah membunuh rakyatnya sendiri dengan cara yang paling kejam".

"Saya menyeru kepada semua rakyat Mesir untuk keluar bersama-sama pada Jumaat ini 16 Ogos 2013. Kepada penduduk Mesir, bawalah bersama isteri-isterimu, anak-anakmu, orang-orang tua untuk turun ke dataran-dataran seluruh Mesir."

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).. Lm

AYAH @ ENCIK .. di hati kome sokmo ..

Tk atas mesej dari seorang tamu , baarakalLahu fiekum !

PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah bagi yang masih punya ibu & Ayah.