Saturday, April 16, 2011

Pinang pulang k gagang.. teruskan karya ..

16.04.2011 Sabtu ..

Mengenalkan sahabat yang melukis gambar ini .. walau tanpa kebenarannya lagi ..
tetapi saya harap tiada masalah kerana ini adalah untuk menghargai nya ..
karya unik beliau ..
Sebuah lukisan sahabat lama saya .. beliau baru sahaja pulang ke kampong
dari berkarya di perantauan .. masih meneruskan minat nya melukis ..
Beliau sememangnya tidak melupakan suasana damai di kampong .. mandi manda di sungai di musim cetek .. Sungai Pahang yang bertebing , landai berlumpur serta pantai berpasir dan air yang jernih sekitar tahu 70an sesuai untuk berendam ..
Dahulu beliau di beri ruang berkarya di Art Gallery Hyatt Hotel Kuantan ..
Ismail Husin itulah dia .
di atas beliau sedang menyiapkan lukisan seorang hero Pahang menentang penjajah British @ Pahlawan Mat Kilau seorang rakan perjuangan Dato' Bahaman . Beliau muncul setelah beberapa lama menghilang dari buruan British , beliau muncul sekitar tahun 70an @ 71 dan meninggal dalam usia 122 tahun .. Ismail @ Kopli nama glamour di kampongnya bergembira dan tekun sekali melukis .. menghayati minat nya ...
Ini juga lukisan beliau yang halus .. beliau bagi ku memang berbakat yang sekarang .. berasa damai di kampong asal.. mungkin lebih produktif nantinya .. Saya nukilkan sedikit kisah nya sebagai hormatnya dan penghargaan terhadap beliau sambil mahu mengukir semula kehidupan di penghujung usia di kampong yang di cintai sebagaimana semasa usia remaja kami di tahun 70an dan 80an ...