Saturday, July 6, 2013

Kenali MOHAMED MORSI Isa’ al-Ayyat

Kenali MOHAMED MORSI Isa’ al-Ayyat

lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
https://www.facebook.com/video/video.php?v=571604349549348

PUAS HATI SEKARANG??!


6.7.2013 Sabtu .
Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??
Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan,

PUAS HATI SEKARANG??!

Wednesday, July 3, 2013

MESIR DAN MORSI - 2013


4.7.2013 Khamis . Beritam ngatakan Dr Mursi di gulingkan .. namun  Dr Mursi tetap tegas dan berani menghadapi risiko ..berikut intipati ucapan terkini / akhir beilau menghadapi gulongan pro rejim tajaan sekular Mesir .
di petik dari posting ..FB    
INTIPATI PENTING UCAPAN MURSI

Setelah setahun bersabar dengan karenah musuh negara dan revolusi, Presiden Mursi 'melepaskan tembakan' yang 'mengenai tepat pada setiap sasaran' dalam ucapannya yang disiar live melalui tv dan radio Mesir.

Sejak setahun lalu saya mengikuti siri ucapan Mursi, tidak selantang dan tegas seperti semalam. Bukan sekadar menyebut nama mereka tetapi beliau mendedahkan satu persatu jenayah yang dibuat.

Berikut antara intipati ucapan beliau yang mengambil masa hampir tiga jam:

-Mursi seorang yang berjiwa besar dan merendah diri apabila mengungkapkan dua kali kemaafan kepada rakyat. Mursi meminta maaf kepada rakyatnya dengan krisis-krisis petrol dan gas yang menyusahkan kehidupan mereka manakala kedua beliau meminta maaf kepada para pemuda yang masih menganggur dan berjanji kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan.

-Beliau membidas sikap pembesar dan orang kanan rejim Mubarak dan hari ini mulai bercakap atas nama revolusi sedangkan sebelum ini mereka bersama menyokong rejim Mubarak. Dengan menyebut nama Sofwat Syarif, Zakaria Azmi, Fathi Surur dan Makram Mohammed Ahmed lalu beliau bertanya, "Adakah mereka ini bersama revolusi?"

-Menyebut nama pemilik syarikat tv seperti Mohammed Al-Amin (pemilik tv CBC) dan Ahmed Bahget (pemilik tv Dream) yang mengelak dari membayar cukai kerajaan berjumlah LE 3 billion.

-Mendedahkan perilaku Ahmed Syafiq yang kini menetap di Dubai. Mursi turut membongkar skandal yang terpalit oleh Syafiq dan meminta dia kembali semula ke Mesir untuk dihadapkan ke mahkamah. Mursi turut mendakwa Syafiq merancang menggulingkan pemerintah Mesir.

-Mengenai badan kehakiman, beliau menyebut terdapat 22 orang hakim yang mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya zaman Mubarak serta mengulangi penghormatan beliau kepada badan tersebut.

-Pembangunan negara akan diteruskan dalam tiga tahun akan datang. Cuma beliau melahirkan rasa kesal kerana agenda pembangunan tersebut sering terganggu dengan kekecauan yang berlaku. Demonstrasi adalah dijamin dalam perlembagaan tetapi ia sering kali bertukar ganas.'Kejayaan' pembangkang ialah mengadakan lebih 24 kali himpunan "milyonah" sejak Ogos 2012 dan ini telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pelancongan yang menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong dan kebimbangan kepada para pelabur. Ditambah gambaran buruk yang dilapor oleh media-media persendirian yang dimiliki oleh orang Mubarak kepada dunia dengan laporan tidak tepat berkenaan Mesir.

-Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai "perlembagaan Ikhwan" itu.

-Kepada talibarut (fulul) Mubarak, Mursi mengingatkan mereka hanya ada dua pilihan, sama ada menjalani kehidupan baru dan semoga Allah mengampuni mereka atau berhadapan dengan penjara dengan kesalahan mereka lakukan. "Pilihlah tempat kamu wahai ahli-ahli fasad dari pemerintahan rejim".

-Semua tahanan politik di zaman Mubarak telah beliau bebaskan dan tiada lagi walaupun seorang dalam penjara Mesir yang dinamakan "tahanan politik".



** Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013Ma

Tuesday, July 2, 2013

RINGKASAN KRONOLOGI SYIAH ..

3.7.2013 
Kronologi ringkas bagaimana Syiah muncul?

1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.

2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)

3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.

4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.

----------------------------------------------------------------

5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.

6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.

7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.

8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.

9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.

10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)

11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.