Saturday, October 31, 2009

fitnah



30.10.09 jam 7.50an pagi saya terima call dari TP lantas di minta bertemu di CME pagi itu . Duduk dekat TP , rupa nya ada tuduhan ' fitnah ' terhadap saya .. aktif dengan dakyah oposisi di negeri kita tercinta ini . Tak yah cerita lah yang ini ... siapa dapat andaikan ... teruskan lah .

Mula nya tak ingat juga siapa yang punya angkara , tanya kawan akan nama yang di sebutkan oleh TP tak tau .. kemudian ade yang tahu .. saya pun terus maklum mengapa perkara ni berlaku .. bukan kecil fitnah dan kesannya .. tapi saya dah nekad .. tak pandai berbohong semasa di tanya oleh TP ngaku je sebagai AJK biasa oposisi .. di minta buat jawapan bertulis , masa tu susah hati .. tulis terus terang je .. dan nyatakan pendirian sebenar dalam konteks demokrasi sebenar .. ade pandangan lain , ni sebenarnya berisiko ... tapi hati dah nekad .. tanggunglah risiko nya teringat kata hikmat zaman reformasi ' kalau takutkan risiko jangan bicara soal perjuangan ' wah .. oleh kerana hari agak sibuk maka ada masa terluang sebelah pagi tu siapkanlah jawapan bertulis dengan pendirian jelas ...seperti di atas .

Ketika pagi tu sibuk dengan kursus yang sedang di anjurkan.. ada rakan yang tahu .. katanya relaks dan tak pe .. settle dulu .. kami uruskan yang ni ( kursus) terima lah pula surat resmi mengenai aduan ' fitnah ' tadi .. minta jawapan sebelum pukul 5.00 petang . Bila terima surat tu .. wah baru tahu hebat nya fitnah ... rupanya dah sampai ke P negeri dan salinan ke MB maka perlu jawapan bertulis sebelum jam 5 petang tu jugak .. apa lagi edit sikit jawapan asal dan nekad dengan ' pendirian' asal .. dan yang tu lah nak hantar petang nanti .

Bagaimanapun bos tahu dan bila tunjukkan jawapan yang di tulis ... beliau kata ikutlah kaedah Ammar bin Yaser ... baru la terfikir balik .. tapi dah kata 'ya' tentang 'ahli' tu (sekali lagi tak biasa nak bohong .. bukan 'ya' tentang fitnah tu) dan katanya ngaku secara lisan beza dengan secara bertulis .. walaupun pendirian kita tu betul maka dalam konteks 'kerja ni ' perlu ada hikmah .. itu lah yang terfikir .. maka edit lah balik .. dan hantar jawapan yang lebih neutral .

Tengah hari tu tunjuk surat aduan tu pada kawan yang dari dulu memang baik sungguh .. dan tahu sikit mengenai saya ... katanya boleh agak siapa yang tulis ... dan nama yang di tulis tu bukan nama sebenar... wah .. terfikir juga logik nya .. kerana memang ada rekod tak baik dengan orang yang di sebutkan tu ...

Fikir punya fikir .. memang logik orang tu .. asalnya memang ada tak puas hatinya dan dah beberapa banyak SMS di terima dari nya menyatakan tak puas hati nya .. yang akhirnya malas nak balas .. biar je dia SMS dengan kata ' b**#a ' , ' b#**@t ' malas dah nak layan ... dan akhirnya hari ini dapat 'fitnah' yang ada kemungkinan 'dia ' yang merekaciptanya ..

Pengajaran ... rupanya hati manusia ni .. ada yang memang 'busuk' hingga sampai begitu ... asyik mencari jalan nak lepas geram dan kepuasan hati sendiri .. baik dan sebagainya boleh di lakunkan bila berhadapan dengan kita tapi bila di belakang dan jauh pula dia boleh jadi begitu busuk . memfitnah dan merekacipta .. Saya sekarang menyimpan je la SMS busuk tu dan kalau kesabaran sampai di batasnya .. ada jalan dan bukti yang boleh di ambil tindakan ... biar kata katanya akan makan diri nya sementara saya pasti Tuhan akan sentiasa melihat dan akan membalas setimpal dengan kesalahan yang di lakukan ..

Jangan sekali kali memfitnah .. dosanya lebih besar dari membunuh ..begitu juga mengumpat .. upama memakan daging saudara sendiri ....

Namun ingat balasan dari Allah tidak hanya kepada orang yang zalim sahaja .. begitu tsunami di Aceh , gempa di Padang dll .Orang baik dan zalim semua kena .. dan orang 'baik' lebih layak kena kerana tidak bekerja mencegah kezaliman orang yang zalim .. maka sekiranya kita bekerja mencegah kezaliman ( mungkar) dan menegakkan yang makruf ( kebaikan ) dan sekiraya kita turut terkorban dalam peristiwa ' balasan ' dari Allah maka kita berharap Tuhan mengasihani kita dan tidak tergulong di kalangan mereka yang zalim itu .. Kematian berada di mana mana dan dengan apa jua caranya .. itu ketentuan Tuhan .. kerja Tuhan Maha Kuasa .. yang penting .. di mana dan landasan mana kita mati dan bagaimana dalam husnul khatimah atau su'ul khotimah ..

Kita terlalu kerdil .. sebenarnya .. lihat gambar ni ..

ketika laut dan ombak menggulong Taufan Nargis dulu dan kesan nya cuba lihat ..
' another posting ..la'



























Wednesday, October 28, 2009

nih ...The Stroller ... tribute to them


mereka kini ... ada The Stroller 2 Band dan aktif di cafe 2 sekitar KL buka dalam google search dengan nama tu , boleh dapat tau berita terkini mereka .

Tuesday, October 27, 2009

JustAsIAm - lirik

Berikut adalah lirik Just As I am tu..

Oh I know .. it's hard to do a thing .. I said .
My friends have said that I've change ,
It's so strange ...

But I know .. that I'll always be this way ...
for changing would never come my way .. ooo no
babe .. babe give all your love ...
Just as I am ... for what I am .

And I know.. I'm not the man you hope I'd be ..
Don't have money .. don't have fame ..
But just the same ..
But I know .. that's this is the way I'll always be ...
and all I need is your love so free ...
if you can give me all your love
Just As I am ... for what I am .

Chorus ..

Now this world is fill with hate and loneliness ..
It hard to trust even your best friends ...
I don't understand ..
But remember .. that we could have thing work outright ...
If this cruel world could love a man ..
to give a love due to a man ...
Just as he is ... for what he is ...

And all I need is your love so free ... yeah ..
If you can give me all your love ...
Just As I am ... for what I am .....

repeat .. 3rd verse ... end

The Stroller ...
Note : mungkin ada tersilap ni ..

'...bagi Acik senikata lagu menggambarkan sebahagian dari sikap dan pendirian seseorang , juga memupuk penghayatan dan pegangan dalam hidupnya ... mewakili suara hati dan pendirian nya. Ade banyak juga lagu yang mempunyai lirik yang sebegini dan berkait apat dengan pencipta lagu atau penyanyi dan tidak kurang peminat music / seni . Seni ada sumbangan nya dalam masyarakat , penulisan novel , sajak , lirik lagu dan lukisan mampu 'mewakili' pengubah atau penulisnya dan masyarakat .. selain dari tulisan ilmiah dan creatif yang lain . Sebahagian dari budaya ... yang mewakili bangsa ..

satu persoalan ... lagu generasi sekarang mewakili generasi nya ... tetapi di mana Akar nya .... iringan musik dan bentuk , genre musik ... menggambar identiti .. bangsa dan hati budi nya ...
Di mana kita hari ini ...

Nanti lah ade posting .. lirik lagu yang memberi erti dalam kehidupan yang boleh di kongsi bersama .. renung dan bincangkan ... acik bukan ahli tetapi menghayat dari jauh dengan persepsi sendiri .. apa orang lain kata .. yang pakar pakar tu , acik tak campur la .. dia orang lebih tahu .. Ini cara acik dengan dunia musik ni .. sebagai peminat je ... kontroversi mengenai musik pun , hukum dsb bincang kemudian la...

Ni masih ... kenal mengenal ... @ mukaddimah la..

Saturday, October 24, 2009

ngape Just as I am

Gambar ni di ambil kat rumah sewa umur 22 tahun @ 1977 , semasa belajar di Seremban , minat juga , tapi tak de group masa tu jadi syok sendiri je .. ada hikamah la tu ...
(imej tak elok sebab scan dari album gambar yang dah tiga puloh tahun , ok la kot )

Assalamua'laikum , bertemu di pagi minggu hari ke tiga menyertai komuniti blogger , acik rasa banyak juga perkara yang nak di kongsi , pertama pengenalan diri , konsep dst . Masih memahirkan diri , cuba sendiri create blog ni jadi masih nak cari display yang sesuai dengan cita rasa , belum bertemu lagi , namun terus akan updates je bila ada kesempatan .


Mengenai nama Just as I am , sebenarnya ada sebuah lagu dari band The Strollers sebelum zaman Alleycat, black dog bone , era tujuh puluhan la kira , sezaman / ada pengaruh barat Beatles , Tom Jones , Rolling Stones , CCR , Eagles juga Bad Company ( lagu mereka evergreen sampai sekarang ). Nama Sweet Charity , Wings , Search ni semua baru je era rockers hujung tujuh puluhan dan 80 an . Malaysia dulu mempunyai penyanyi dan band yang established juga . Just As I am adalah satu judul lagu The Strollers yang anggotanya multi etnic .. Nand Kumar antara nama yang masih di ingat ... mereka menerbitkan lagu Inggeris . Acik rasa lagu ni sesuai dengan jiwa dan penghayatan dalam kehidupan ini .. lirik nya kemudian la.. semasa talentime kat sekolah acik bawa lagu ni tapi tak de training ngan band dsb so masa tu ' musik kemana acik nyanyi kemana la.. lintang pukang jadi nya kot .. tak dapat no pun . Bakat terpendam tak kemana .. semua orang ade bakat kan .. Jadi sampai sekarang masa create blog ni Acik teringat 'Just As I am ..' itu la acik dan agaknya begitula selama nya ... asal diri dekat dengan tuhan dah la ... ada rezeki sikit sikit besar dan sekolahkan anak .

Sekarang ni alhamdulillah .. Just As I am ..tu jadi prinsip dan gaya ... Aku seadanya .. hanya lah aku ... begini ni la aku ... konsep yang dapat mententeramkan jiwa .. bukan tidak motivated tapi kaedah tawaddu' yang bertempat ... Salah satu tanda dan keperluan kesihatan mental yang baik ... terima lah diri anda seada nya .. redha dengan ketentuan ilahi . ie Selesa dengan diri sendiri / anda ... pegangan kepada prinsip ni makin lama makin serasi dan ' evergreen ...'

bertemu di lain posting... untuk lirik lagu ini ...


Ni ada anikaragam sempena program anak angkat R ... di kampong tempat 'posting kerja' bersama ' anak angkat nyanyi lagu ' joget Bujang di Rantau BDB ... 1979/80


Friday, October 23, 2009

Salam perkenalan ..

Assalamualaikum wrh , menemui bloggers baru dan lama , sebagai orang baru dalam mengenali sumber alternataive perkongsian ilmu dan maklumat 'acik tidak melepaskan peluang berkongsi beberapa pengalaman hidup semoga dapat di kenang dan di amati bersama . Khusus buat anak anak dan sahabat handai , sanak saudara (mereka yang muda muda) telah mempunyai rakaman sendiri di dunia bloggers . Jadi ada follower ke tak ade 'acik tak kisah , Blog ini akan merakamkan kenangan dan pengalaman suka duka kehidupan dan beberapa pandangan terkini mengenai kesejahteraan hidup , politik , kebajikan dan perjuangan kemanusiaan hari ini dan akan datang .

Bagi mereka yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog ini di ucapkan terma kasih dan mana yang tak kena tu boleh lah di betulkan , marilah kita menggunakan kemudahan terkini ini sebaik mungkin .

Beberapa catitan dan entry nanti adalah diary yang mengungkap rasa dan cita cita orang lama sebagai kenangan peribadi yang boleh di kongsikan .

Mudah mudahan menjelang dunia persaraan dari kerja 'gomen' dapat terus meneliti dunia bloggers yang makin ramai pengikut dan berpengaruh . Gambar dan coretan kalau di simpan saja tak guna juga , mungkin di luar sana ramai yang sama minat dan hobi , perjuangan dan prinsip hidup yang boleh bertukar pandangan dan komentar yang boleh membuat kan hidup ini lebih bermakna dan berjasa .

Sekian dulu sebagai entry pengenalan .. dah jauh jua ni .. dah tua nak berjaga lebih dah tak larat . Jumpa lagi di masa yang lain .24.10.2009 @ 12.40 pg.