Saturday, October 24, 2009

ngape Just as I am

Gambar ni di ambil kat rumah sewa umur 22 tahun @ 1977 , semasa belajar di Seremban , minat juga , tapi tak de group masa tu jadi syok sendiri je .. ada hikamah la tu ...
(imej tak elok sebab scan dari album gambar yang dah tiga puloh tahun , ok la kot )

Assalamua'laikum , bertemu di pagi minggu hari ke tiga menyertai komuniti blogger , acik rasa banyak juga perkara yang nak di kongsi , pertama pengenalan diri , konsep dst . Masih memahirkan diri , cuba sendiri create blog ni jadi masih nak cari display yang sesuai dengan cita rasa , belum bertemu lagi , namun terus akan updates je bila ada kesempatan .


Mengenai nama Just as I am , sebenarnya ada sebuah lagu dari band The Strollers sebelum zaman Alleycat, black dog bone , era tujuh puluhan la kira , sezaman / ada pengaruh barat Beatles , Tom Jones , Rolling Stones , CCR , Eagles juga Bad Company ( lagu mereka evergreen sampai sekarang ). Nama Sweet Charity , Wings , Search ni semua baru je era rockers hujung tujuh puluhan dan 80 an . Malaysia dulu mempunyai penyanyi dan band yang established juga . Just As I am adalah satu judul lagu The Strollers yang anggotanya multi etnic .. Nand Kumar antara nama yang masih di ingat ... mereka menerbitkan lagu Inggeris . Acik rasa lagu ni sesuai dengan jiwa dan penghayatan dalam kehidupan ini .. lirik nya kemudian la.. semasa talentime kat sekolah acik bawa lagu ni tapi tak de training ngan band dsb so masa tu ' musik kemana acik nyanyi kemana la.. lintang pukang jadi nya kot .. tak dapat no pun . Bakat terpendam tak kemana .. semua orang ade bakat kan .. Jadi sampai sekarang masa create blog ni Acik teringat 'Just As I am ..' itu la acik dan agaknya begitula selama nya ... asal diri dekat dengan tuhan dah la ... ada rezeki sikit sikit besar dan sekolahkan anak .

Sekarang ni alhamdulillah .. Just As I am ..tu jadi prinsip dan gaya ... Aku seadanya .. hanya lah aku ... begini ni la aku ... konsep yang dapat mententeramkan jiwa .. bukan tidak motivated tapi kaedah tawaddu' yang bertempat ... Salah satu tanda dan keperluan kesihatan mental yang baik ... terima lah diri anda seada nya .. redha dengan ketentuan ilahi . ie Selesa dengan diri sendiri / anda ... pegangan kepada prinsip ni makin lama makin serasi dan ' evergreen ...'

bertemu di lain posting... untuk lirik lagu ini ...


Ni ada anikaragam sempena program anak angkat R ... di kampong tempat 'posting kerja' bersama ' anak angkat nyanyi lagu ' joget Bujang di Rantau BDB ... 1979/80


1 comment:

  1. pengenalan yang nostalgik ... tunggu lirik lagu nya ...sesiapa yang tahu boleh postkan?

    ReplyDelete