Friday, October 23, 2009

Salam perkenalan ..

Assalamualaikum wrh , menemui bloggers baru dan lama , sebagai orang baru dalam mengenali sumber alternataive perkongsian ilmu dan maklumat 'acik tidak melepaskan peluang berkongsi beberapa pengalaman hidup semoga dapat di kenang dan di amati bersama . Khusus buat anak anak dan sahabat handai , sanak saudara (mereka yang muda muda) telah mempunyai rakaman sendiri di dunia bloggers . Jadi ada follower ke tak ade 'acik tak kisah , Blog ini akan merakamkan kenangan dan pengalaman suka duka kehidupan dan beberapa pandangan terkini mengenai kesejahteraan hidup , politik , kebajikan dan perjuangan kemanusiaan hari ini dan akan datang .

Bagi mereka yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog ini di ucapkan terma kasih dan mana yang tak kena tu boleh lah di betulkan , marilah kita menggunakan kemudahan terkini ini sebaik mungkin .

Beberapa catitan dan entry nanti adalah diary yang mengungkap rasa dan cita cita orang lama sebagai kenangan peribadi yang boleh di kongsikan .

Mudah mudahan menjelang dunia persaraan dari kerja 'gomen' dapat terus meneliti dunia bloggers yang makin ramai pengikut dan berpengaruh . Gambar dan coretan kalau di simpan saja tak guna juga , mungkin di luar sana ramai yang sama minat dan hobi , perjuangan dan prinsip hidup yang boleh bertukar pandangan dan komentar yang boleh membuat kan hidup ini lebih bermakna dan berjasa .

Sekian dulu sebagai entry pengenalan .. dah jauh jua ni .. dah tua nak berjaga lebih dah tak larat . Jumpa lagi di masa yang lain .24.10.2009 @ 12.40 pg.

No comments:

Post a Comment