Thursday, December 31, 2009

ragam tahun baru

cerita manusia menyambut tahun baru ... Syabas kepada yang membuat ziarah ksih .. DPP / DMP dll

Tahun Baru M 2010


1.1.2010 @ 15 Muharam 1431 H Jumaat ,

Cuti tahun baru ... biasa keadaan jalan sibuk dengan kenderaan , kesesakan berlaku di mana mana bandar besar . Orang ramai begitu teruja dan peka dengan kehadiran tahun baru Masehi ini . Tak larat komen .. lumrah sangat tahun baru dengan maksiat , hari ni nak tulis simple je . Azam tahun baru pun sama .. topik streotaip ... ah dah lama tak buat posting ni ... ok lihat lah dulu hadiah sempena tahun baru ni .. kat atas tu . Ehsan dari NASA ... patut pun ada gelas genting tu , tapi tidak jelas melambangkan mungkar boleh terima untuk tatapan/hiasan .
Apa pun ... menyambut hari cuti tahun baru ... semalam dah 'bengkak' dengan perangai staff , di asak pulak dek bos .. (bukan big boss lagi) maklum nak tahun baru ni , nak tutup buku tak nak kerja lebih , nak habiskan cuti , off day dsb . Jadual kerja tak nak ikut . Bos kata ambil tindakan je ... buat surat tunjuk sebab atau seperti nya . Akhirnya buat juga 3 surat untuk 3 staf yang kebetulan 'ponteng' semalam . Betul jugak kerja berpasukan ni kena semua sepakat jangan ada yang tak sebulu .. silap sorng je ... melibatkan satu pasukan .. satu jabatan dan yang payahnya bila hati dah luka .. lambat sembuh atau terus bernanah dan ... busuk . Jadi kena lah ambil tindakan ... sebelum bertambah parah .. Harap harap membawa kebaikan belaka .. dan Allah memberi petunjuk .. azam tahun baru ke ni .. Ape apa lah ..

Gambar Bukti Kebesaran Allah - Ajakan untuk Kritis -

Gambar Bukti Kebesaran Allah - Ajakan untuk Kritis

sila klik link untuk melihat rasional ' ajakan untuk kritis' di Web Islami Al Habib di atas .

Thursday, December 24, 2009

tokoh sezaman .. Inspirasi ummah (bukan memuja)

TGN Aziz Nik Mat
Barisan Mursyidul Am dan pimpinan Ikhwan ...
Tribulasi ... perjuangan ...
Gambar hiasan ... semangat juang ummah sudahkah hilang ??
Ikon ... pimpinan mujahid abad 20 ... As Syahid Hasan Al Banna ...merintis jejak Rasul aw ...

cubaan entry by e mail


25.12.09 ... layari blog sendiri hari ini dan dapat satu cara entry baru / dulu tidak perasan .. cubaan ini untuk pastikan Ok tak...

Wednesday, December 23, 2009

tahun baru

BOH TEA di Sg Palas di CH ni dah berapa lama ujud .. sehingga orang tak boleh lupa .. bangun pagi minum teh Boh .. ummmph .. gambar hiasan je .. pada yang terlbat mohon izin guna gambar ni ..

26.12.09 @ 3.14 ptg (waktu tempatan )
Selepas beberapa hari menyambut maal hijrah @ 18.12.09 ( 1Muharam1431H ) kini menjelang pula tahun baru masehi 2010 .. .azam tahun baru ?? hanya mahu membuat yang terbaik ... dalam semua penglibatan dan seterusnya sentiasa memupuk diri agar tidak jemu menjadi hamba Allah yang bersyukur .. sentiasa berbakti dan membuat islah .

1. Institusi .. kebajikan dalam perancangan : Dulu di sebutkan orang kita kurang kerja kebajikan maka tahun ini akan mula mengasaskan 'rumah kebajikan' setidak tidak nya satu kertas cadangan akan di siapkan tahun ini dan akan di kemukakan kepada pihak yang berminat ....
2. Di tempat kerje : tinggal 1 tahun 6 bulan lebih kurang .. nak bersara dah .. saya rasa ada beberapa perkara yang perlu di bereskan ... perkhidmatan Com. Psy. perlu di asas dan di aktifkan dengan kemudahan sedia ada dan di tingkatkan dengan aktiviti masyarakat .. promosi dan pemulihan . Ada kaitan dengan 'institusi kbajikan ' yang di rancang ...
3. NGO PDK TH Temerloh ... nak cari tapak baru agar lebih maju dan ceria .. ruang sedia ada untuk mendapat tempat dan sokongan JKM ... ada kaitan juga dengan perkara 1.
4. Tumpuan dalam J pun akan di pertingkatkan dengan aktiviti 'niche' ini ... khususnya bagi zone Jalan Triang ... sehingga 'Amal' ini akan mengubah landskap dan gerakkerja J selama ini . Selain itu pembinaan ' rijal' perlu di lipatgandakan dan di susun rapi .. LTLP .. perlu professional .
5. Kerja kemasyarakatan JUTPML ... sedia ada jangan di talkin kan .. perlu terus dan berkesan .

Takwim dan jadual kerja yang ada dan bakal di adakan ' wajib' di ikuti ... memang untuk mencapai kejayaan kerja perlu mengikut jadual dan disiplin .. kalau tidak lambat lagi la ... inilah yang menjadi lumrah bagi kebanyakan .. tidak ketinggalan saya .. perlu berubah .. Hijrah ..

Bagaimanapun pengkhususan dan komitmen pada satu aktiviti ' niche' akan membuatkan ia lebih berkesan dan berjaya . Saya rasa memang sudah sampai masanya 'menginstitusi'kan aktiviti supaya lebih berdaya saing ... dan professional . Seorang tidak upaya membuat semua perkara ... Marilah kita bekerja lebih fokus dan dedikasi dalam semua bidang khasnya untuk 'mengislah' kan ummah dan cari lah keistemewaan anda dan teruskan semoga Allah memberkati perjalanan kita nanti . Esok 27.12.09 taklimat PTS di KIAS ... jadikan lah sebagai titik mula merubah dan mengislah diri juga ummah ...

Demikian 'azam' untuk 1431H @ 2010M .. doa ku semoga di perkuatkan azam dan tekad serta iltizam ... Amin .. ya Allah ..




















Monday, December 21, 2009

perbekalan di perjalanan

hadiah untuk anda semua ... di hari cuti dan untuk apa sahaja ...

21.12.09 @ 4.20 Satu perjalanan perlu bekalan , mengikuti jalan yang pernah di lalui bunyi nya mudah tetapi untuk tidak tersasar kita perlukan panduan di sepanjang perjalanan itu . Berbekallah dengan KEBENARAN .

'Demi masa Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian , kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh , berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran .. ' maksud ayat .. Surah Al Asry 1-3

1. Manusia selama mana hidupnya akan sentiasa berada di dalam kerugian ... itu peringatan Allah '.. Demi masa ..' Allah swt 'bersumpah' dengan masa yang menjadi pengukur umur manusia dan perjalanan kehidupan kita .. ( pentingnya masa ... masa itu emas ... pepatah melayu ; Masa itu seperti pedang jika kamu tidak memotongnya (bersedia memanfatkannya) dia akan memotong kamu , meninggalkan kamu dan tidak akan kembali lagi). Selama mana pun kita hidup maka akan sentiasa dalam kerugian ...tidak ada makna di sisi Allah ...
2. ' Kecuali ... mereka yang beriman dan beramal soleh ...' bagi orang beriman .. syukorlah tetapi ada lagi syarat nya .. bukti iman @ pengakuan perlu melakukan amal soleh .. baik yang khusus maupun yang ammah (umum) wajib , sunat ... meninggalkan maksiat dan mematuhi segala perintah Allah ... ikhlaslah hanya kerana Allah dalam semua amal kita .. dan istqomah serta sentiasa memperbaiki diri dan amal tadi semoga di terima sebagai amal soleh .. namun tidak cukup setakat ini ... wahai sahabat ..
3. ...'dan berpesan pesan dengan kebenaran .. ' @ ingat mengingati dengan kebenaran .. segala yang di turunkan Allah melalui kitabNya @ segala ajaran Islam perlu di sampaikan dan di ikuti ... 'amar makruf nahi mungkar' puncak amal soleh ...Masyarakat perlu di pesan supaya mengikut perintah Allah ... melaksanakan hukum dan saranan @ peraturan Allah .

Tidak berdaya seorang tentunya . Nabi saw pun mengasaskan dan membina 'jemaah' nya untuk melaksanakan amal ini .. apalagi memberi amaran tentang perkara maksiat @ larangan Allah manusia yang lalai dan degil perlu di beri amaran ... ancaman dosa dan balasan neraka Allah ( di akhirat ) hukum yang di tetapkan oleh Allah semasa di bumi @ hayat , manusia perlu di hukum dengan hukuman Allah . Perlu di beri amaran dengan hukum dan peraturan Allah semasa di bumi lagi sebelum bertemu Allah di mahkamah akhirat semoga dengan hukuman di dunia mengikut hukumnya terselamat dari hukuman Nya di akhirat ... nahi mungkar yang utama @ jihad ... berkata benar walau di hadapan pemerintah yang zalim... ' berat' .. sebab itu perlunya berjemaah ..
CARILAH JEMAAH YANG MELAKSANAKAN KERJA INI ... ADA ... BUKA TELINGA DAN HATI ... masih ada yang ikhlas .. dan sedang berjalan di atas jalan ini ... jalan dakwh yang di rintis oleh Para Anbiya' dan mujahidin ada di sepanjang zaman ... CARI LAH DAN GABUNGKAN DIRI ANDA ... TANYA IMAN ANDA ...
4. ... maka dengan JEMAAH ... tugas akan menjadi senang dan ...' berpesan pesan dengan kesabaran ...' boleh di laksanakan . Sahabat anda / kita dalam jemaah akan sentiasa melaksanakan tugas ini .. berpesan sesama sendiri supaya bersabar menghadapi segala dugaan dan cabaran kerana apabila beramal soleh dan 'amar makruf nahi mungkar' kita akan berhadapan dengan berbagai tomahan ... umpat keji , fitnah malah penjara dan di bunuh ... maka berpesan pesanlah dengan kesabaran ... Sabar dengan kesenangan dan kebahagiaan kurniaan Allah pun ujian ... berapa ramai orang yang mampu sabar bila susah tetapi apabila senang dan bahagia .. lupa akan nikmat dan ujian Allah .. tinggal segala kerja dan amal @ jihad .. .. lantas bertukar madah ... jihad kita hari ini di bidang ekonomi ... memajukan umat Islam di bidang pelajaran dll ... betul tetapi bukan setakat itu sahaja ... Lupa dah dia dengan banyak hukum dan perintah Aallah hanya tersimpan di dalam kitab dan dada ulama ... tak boleh di amalkan dalam dunia moden ... maka jangan begitu .. tanya semula iman dan fikirkanlah ... di mana kita ...mana sahabat kita .. mana jemaah kita .. mana ikutan kita ... RUGI KAH KITA ATAU ... DIMANA ..

Sekian ... sedikit kefahaman ringkas dari beberapa siri 'menadah kitab' di surau dan masjid ... tak pergi ke U ... takat tu je kurniaan Allah .. namun tak pernah menyesal .. kerana DUNIA INI ADALAH UNIVERSITI KEHIDUPAN' kata orang bijak pandai ... berapa ramai yang tidak masuk universiti tetapi orang universiti anugerahkan Doktor Falsafah .. PHD kepadanya (dalm bidang masing masing ...) seperti Drs HAMKA ... Drs Hamzah Dolmat dan lain lain , tak lupa Drs Kasim Ahmad pun ... yang ni jaga jaga .

Sekian ..

Thursday, December 17, 2009

maal hijrah

fikrah gambar hiasan ....


gambar hiasan ... tak de kena mengena dengan cerita .

gambar hiasan .... dengan anak di kawasan hospital CH april 2009

18.12.09 @ 10.47 waktu tempatan .
Hari ini cuti menyambut tahun baru hijrah , masa yang di tunggu telah tiba namun jika tidak di tunggu pun ia akan tetap menjelma .. begitu sunnahtullah . Di kampong khasnya di masjid di adakan sambutan yang di anjurkan oleh MP Temerloh dengan kerjasama AJK Masjid .. agak ramai juga yang hadir ..yang import pun ramai sebab muka muka yang tak biasa pun ramai ... meriahlah sedikit pagi pagi Jumaat ni .Di adakan pertandingan gubahan ... sementara acara senaman pagi tak dapat diadakan kerana hari hujan sejak subuh.
Hari ini juga cuba menjerat lembu peliharaan supaya senang di bawa ke kebun dan tempat makanan di padang tetapi tidak berjaya . Dah semakin liar jadinya ..walaupun jinak , boleh di pegang dan di belai semasa makan tetapi bila nampak tali lain jadinya . Itulah lembu tau pulak kebebasannya nak di sekat . Manusia bagaimanapun begitulah tetapi ada orang boleh tahan orang lain tanpa bicara .. bertahun tahun ... di peruk dalam penjara ...di pisah dari anak isteri ... cuba dia yang rasa .. kejam.Tak de hati perut .. alasannya mengancam keselamatan negara .. yang tidak pernah di buktikan malah dari pendedahan 'mangsa' di dalam tu lain pula yang di tanya dan soal selidik di jalankan ... semua sekitar penglibatan dengan 'pembangkang' di negara .. Di reka cipta tuduhan konon suspek menyimpan bom dan senjata untuk menggulingkan kerajaan dsb . Itulah yang di canang oleh media mereka. Sehingga mangsa di bebaskan semua cerita tu tak timbul lagi ... hanya disebut 'tahanan' dah insaf ..
Balik ke cerita sambutan maal hijrah di kampong malah di seluruh negara menyambutnya . Bagitu bersemangat dengan berbagai cara dan acara ... hingga pertandingan gubahan pun di adakan di di masjid . Memang itulah umpan untuk meraikan pemimpin 'bersama' rakyat . MP dia lah ... Semangat hijrah selalu di sebut , perlu ada pandangan alam , pandangan yang baru. Orang Islam mesti maju .. berpolitik dengan lebih baik , dengan lebih islamik .. kata MP mereka .
Hakikatnya Islam masih takat tu ... tidak di daulatkan , hukum hakam hanya tinggal dalam kitab malah dari hari ke hari cerdik pandai Islam di 'gula' dengan mata benda dan keseronokan hidup, di tempatkan di mahligai ilmu dan bercakap Islam tetapi menurut cita rasa 'tok guru ' Yahudi dan Nasrani .. kerana bukan sedikit mereka mendapat 'restu' PHD dari orientalis ... di UK dan negara Uncle Sam .. tidak menyedari mereka menjadi jurucakap yang memenjarakan Islam di sebuah jabatan (Jabatan Agama Islam) setaraf dengan pejabat tanah , jabatan pertanian dll dan yang mentadbirnya ialah Pejabat Menteri Besar / Jabatan Perdana Menteri dengan kuasa tertinggi ialah Parlimen dan perlembagaan Malaysia .
Bukankah Islam itu yang tertinggi dan yang berhak memerintah .. Itu lah izzah seorang muslim yang telah terbenam ... Sedarlah wahai saudara saudara ku ... anda ada ilmu dan kedudukan .. apapun strategi .. mesti ada dalam hati mu Islam mesti berdaulat dan di tegakkan di bumi Malaysia ini .. dan seluruh dunia tidak sekarang tetapi akan datang .. namun usaha mesti bermula .... Itulah hijrah ... seperti di sebutkan dahulu ..

' Yahudi dan nasrani tidak akan redha dengan kamu sehingga kamu mengikuti jalan mereka...' maksud ayat .

Dengan cara halus Nasrani 'membantu' memerintah negara kita tetapi dalam masa yang sama membina 'madrasah' mereka dengan berbagai nama Anderson School , Mehodist Girl School , Clifford School (sekadar menyebut sedikit) itulah semaian awal mereka sehingga tawaran untuk mendapat PHD peringkat paling tinggi dalam pengajian ilmu yang mereka iktiraf . Lantas bercakap lah anak didik mereka ini mengikut 'lidah' tok tok guru ini yang memandang dunia dari kacamata 'orientalis' sekular .
Sebab itu ulamak @ gulongan PHD dari kalangan para pejuang , pemimpin Gerakan Islam perlu di 'tohmah' , di fitnah supaya tidak mendapat tempat dalam arus perdana masyarakat kerana suara mereka boleh mengubah 'semaian benih' yang telah di tabur. Begitulah jika anda ingin berubah .. berhijrah ... menjadikan diri sebagai 'pejuang' Islam maka bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan ... malah kebebasan akan terancam .. atau hidup anda akan di tamatkan ... semua ini setimpal dengan niat dan usaha anda kerana itu semua adalah 'pengiktirafan' @ ijazah dari Allah. Syahid di jalan Allah adalah kematian yang mulia .. lebih tinggi nilainya dari bumi dan isi nya ...



Monday, December 14, 2009

pengurusan stress

apakah kesudahan .. nasib nya setelah anda 'sakit '
15.12.09 .. Hari ini masih bercuti tapi telah di jemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan kesihatan mental @ Stress .. memang dengan rela hati menunaikan permintaan itu kerana berasa bertangungjawab untuk menyampaikan mesej kesihatan mental kepada masyarakat. Peluang yang ada baik sangat di ambil kesempatannya , apalagi menjayakan program JSP anjuran Helwa DMP Temerloh .
Umumnya masyarakat masih rendah kesedaran mereka terhadap kesihatan mental .. apabila di sebut 'mental' maka terbayanglah akan seseorang yang berpakaian compang-camping , bercakap dan tersenyum sendiri atau berkelakuan anih serta merbahaya malah membunuh .. Itu gambaran umum, mereka hanya terbayangkan 'orang gila' atau tak siuman .. Sebenarnya itu hanyalah sebahagian kecil dari isu kesihatan mental seperti juga masalah fizikal , banyak jenis masalahnya . Asalnya seseorang yang bermasalah mental itu tidak di rawat , di pinggirkan oleh keluarga dan masyarakat lantas terus berkelana hidup (menjadi pesakit mental kronik) hingga mengutip sampah dari tong sampah untuk makan .. tak kesian ke ..?
Ceramah hari ini adalah pengenalan kepada satu masalah mental yang amat kerap berlaku dan di hadapi oleh sebahagian besar anggota masyarakat hari ini yang kalau di biarkan boleh menjadi psikosis @ gila. Ambil masa hanya 20 minit lebih sahaja kerana hadirin banyak aktiviti yang nak di ikuti. Stress boleh di simpulkan dengan gambaran berikut : andai nya sebuah kereta yang enjinnya telah di hidupkan , gear sudah masuk ' enggage' , minyak di tekan tapi brakenya tidak di lepaskan malah di tekan dengan kuat lagi ... bagi manusia ... satu keadaan yang menekan upaya dirinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang mendesak : jadi , orang yang mengalami stress/tekanan akan kelihatan tidak ceria , mudah marah , tiada mood untuk bekerja susah untuk tidur dan berdukacita , tiada jalan keluar .. di tambah lagi dengan tiada sokongan dan dorongan , tidak dapat di kongsi atau di lepaskan .. semuanya ini akan memberi kesan terhadap diri nya baik secara fizikal , emosi , pemikiran dan tingkah laku seperti berikut:-
Secara fizikal nya : sakit kepala , sakit perut / gastrik , jantung berdebar dsb . Emosinya : cepat marah , mudah menangis , resah dan panik , tidak tenteram , merasa terancam , putus asa dan hilang keyakinan. Tingkah lakunya : menggigit kuku/jari , bercakap tanpa henti , resah gelisah , mula merokok dsb , pemikiran @ kognitifnya : kurang daya tumpuan , pelupa , kelam kabut , suka mencari kesalahan orang , menjadi malas , lari dari tanggungjawab dan sering membuat silap dalam keputusan . Apabila keadaan ini berterusan tanpa di urus dengan baik .. maka seseorang itu akan menjadi seorang pesakit mental yang mana semua tanda dan gejala di kumpulkan dan tempoh masa di kenalpasti maka doktor akan membuat ' diagnosis' nya .. umpama kereta tadi akan di 'tunda' ke workshop untuk di 'ubat'. Jadi sbelum semua ini terjadi maka stress peringkat awal perlu di urus dengan bijak ..dengan mengenal pasti punca , berbincng dengan kawan , luahkan perasaan atau bersantai , rekreasi atau bersukan , beribadat dsb supaya stress dapat di atasi tanpa perlu mengambil ubat .. sekiranya tidak dapat di uruskan maka berjumpalah dengan doktor untuk mendapat bantuan ...jangan di tunggu sehingga keadaan menjadi parah ...
Stress adalah kebiasaan di dalam hidup .. sedikit stress boleh membuat manusia cemerlang dan produktif ...umpama pelajar yang menghadapi peperiksaan ..mereka stress tetapi boleh menjadi motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dsb . Tetapi berbahaya apabila keadaan nya teruk tanpa di urus... dan di selesaikan .. silap silap gaya boleh membahayakan keselamatan diri dan orang ramai ... jam tu .. tak de jalan .. orang ramai akan report polis dan akhirnya baru lah masuk kategori yang 'terbayangkan' sejak awal tadi(apabila mendengar perkataan 'mental').
Kesimpulannya stress hanya masalah biasa lebih lebih lagi di zaman yang serba mencabar dan canggih ini , masalah kewangan , kekeluargaan , kegagalan dan suasana tempat kerja dan kediaman boleh menjadikan kita stress. . dan jika tidak di urus maka akan menjadi penyakit ..

Sekian untuk di kongsi kan bersama ... .




Hijrah @ JSP

14.12.09 Isnin (waktu tempatan @4.19)
Cuti , hingga 17.12.09 .. dalam diam Maal Hijrah menjelang lagi . Bertambah usia semua di bumi Allah ini ...yang datang dan pergi silih berganti .. yang membina kehidupan baru @ mendirikan rumah tangga memulakan kehidupan baru Tahniah dan Selamat Pengantin Baru tak kurang juga yang nak betunang .. Semoga semua perubahan dalam hidup ini menambahkan lagi takwa dan taat , meningkatkan kefahaman dan semangat juang . Sesungguhnya kita bersyukor kerana di lahirkan sebagai muslim dan menyambung sunnah perjuangan .. berada di landasan tugas yang di wariskan oleh para Nabi as dan mujhidian sepanjang zaman dan semoga kita istiqomah ..
Semangat hijrah dan pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul saw ke Madinah .. bukan setakat menyeru manusia supaya berubah dari jahat kepada baik , memperbaiki hidup dari miskin kepada kaya dan senang .. lebih dari itu ialah dari duduk bersenang lenang di rumah .. kepada perjuangan menegakkan agama Allah kerana hendaklah kita tahu mereka yang ingin merosakkan ummah dan mengikut neraca akal dan nafsu bekerja siang malam untuk
'menegakkan' kemungkaran mereka . Umat Islam @ kita yang melihat saban hari dalam TV dan media bagaimana umat Islam di 'ratah' maka kita perlu melakukan hijrah .. letakkan diri anda dalam kumpulan umat Islam yang berjuang .. menegakkan 'amarmakruf nahi mungkar . Bukan bersendirian tetapi hendaklah menyertai jemaah .. organisasi ..

" Hendaklah ada di kalangan kamu suatu umat yang menyeru kepada kebaikan 'dan menyuruh yang makruf ' dan mencegah kemungkaran ( nahi mungkar ) , dan mereka lah yang akan beruntung ... " Maksud ayat ..

satu ummah .. kumpulan / organisasi ... Hijrah ... dari orang awam yang 'menonton' kepada mereka yang mencipta sejarah bagi kebaikan umat ini . Jom SP ...

Sekian ..

Wednesday, December 9, 2009

Generasi ku .... 2... gambar gambar kenangan ..


1. bersama kawan dan guide .....


2. di puncak Ledang dengan along .... 1995 @ 96 tak ingat dah ...

Nantikan beberapa gambar lagi untuk di kongsi ... xtvt masa muda bersama para remaja ... rakan anak anak remaja ... dalam proses pendidikan awal mereka ... xtvt begini baik untuk meningkatkan semangat setia kawan , baik untuk kesihatan dan sebagai alternatif dari 'lepak' di samping menghayati kebesaran Allah swt .. memupuk cinta kepada Rabb yang Agung dari keindahan dan gahnya ciptaan Maha Kuasa .. Cintakan alam menjana cinta kepada Penciptanya

generasi ku

1. dalam perjalanan mendaki Gunung Tahan

2. di puncak Gunung Ledang
3. di Stadium UITM Shah Alam ... menonton Karnival Sukan KRJ

4. ni biasa la program kem motvasi dsb
5. perkemahan awal di Kuala Gandah Lanchang ... masa tu tak de lagi pusat perlindungan gajah ..

9.12.2009 @ 9.55 waktu tempatan ... Beberape gambar anak muda yang pernah berkongsi aktiviti .... dalam proses pembentukan dan membina sahsiah dan 'ruang' di dunia yang fana ini sebagai hamba kepada Al khaliq ... kehidupan yang mesra alam dan sunnah muslim / muslimat ... namun sepanjang perjalanan anda terlalu banyak rintangan , baik luaran dan dalam diri anda sendiri ... Pandai pandai lah mendayung kehidupan anda semua semoga selamat hingga akhir hayat dan mencapai husnul khotimah .. di redhai Allah .. Pelihara dan berjuang untuk agama anda seterusnya kerana itulah jalan keselamatan dunia akhirat ... pegang agama anda biar anda keseorangan ... walau hanya memamah akar kayu kerana akhir zaman ini untuk berpegang kepada agama dan beramal dengannya begitu getir cubaan nya ...
' .... di akhir zaman .. bersama lah anda dengan jemaah muslimin ' ... itulah jalan keselamatan .. harta adalah alat , jangan anda menjadi 'hamba' harta ...
Cubaan dan dugaan ada di mana mana ... kenali , faham dan pegang keyakinan beragama anda ... namun anda tidak boleh besendirian ... Rasul saw berpesan ... di akhir zaman sukar untuk membezakan mana yang benar dan mana yang salah ... namun ...yang benar itu jelas dan yang salah itu jelas ... anda perlu mencari dan terus mencari ... Islam agama akal bermakna anda wajib sentiasa mencari @ belajar ... pegang kepada hujah yang sahih yang di pegang oleh para solihin. Jauhi pegangan yang samar dan tiada hujah ... gunakan akal anda ... sentiasa mohon pertolongan Allah agar anda dan kita bersama berada di jalan yang lurus ... Sembahyang lima waktu setiap hari dan malam ini permintaan dan doa kita .. pelihara semua rukun dan teguhlah anda ...
Katakan ... 'aku beriman' .. dan tetap teguhlah anda di situ ...' Rasul saw hanya meninggalkan dua perkara sebagai panduan hidup yang menjamin keselamatan .. :
" Tidak ku tinggalkan kecuali dua perkara iatu Al Quran dan Hadis , barang siapa yang berpegang dengan keduanya tidak akan sesat .. selamat dunia akhirat .." maksud hadis . Jadilah anda semua pembela Al Quran danHadis ... @ Agama .. jadilah Jundullah ...
Aspirasi ikhlas .....dan harapan semua orang tua Muslim .

Monday, December 7, 2009

amal jama'iyy

7.12.09 @ 5.58 . Sementara menunggu orang rumah jemput ( dia guna kereta hari ini dan pergi bayar roadtax sekali .. rupa nya dah lama expired) , tulis jap kat sini untuk di kongsi .

Dalam kerja dakwah .. sasaran utama orang muda .. banyak ruang dan aktivti yang boleh di lakukan , mereka tak kesah, badan tengah kuat dan sihat. Aktiviti mendidik dan membimbing perlu ada kesinambungan nya .. begitu untuk memberikan kesedaran mengenai agama , moral juga harga diri dan masa depan . Apa lagi mengenai tanggugjawab sebgagai pewaris negara akan datang, perlu kepada masa yang panjang , terancang dan tesusun rapi .

Lihat sahaja iklan jualan hari raya dan sepertinya berbulan bulan sebelum hari raya iklan telah mula di dengar dan di lihat terbentang di depan mata . Bagaimana pula iklan dan ' pengumuman' untuk sesuatu program agama @ dakwah dsb hanya beberapa hari sahaja di bentangkan dan di 'laungkan' .. tiada kesungguhan . Kesannya tidak merata dan tidak menyeluruh .

Perancangan awal satu soal dan satu lagi yang penting adalah kerja berpasukan .. @ jama'ei . Kita tidak mampu buat kerja yang berterusan dan berkesan berseorangan . Kita perlu berpasukan / berjemaah / berorganisasi . Oleh itu perlu kita bincangkan 'awal' dan bersama ' @ jama'ei . Perlu di set masa , kaji kemungkinan dan alternatif kekuatan dan kelemahan , sasaran dan promosi / publisiti . Semuanya secara bersama supaya tidak 'kepenatan' dan tercicir perkara yang penting dan bagi mengelakkan 'tangkap muat ' . Faktor ramai yang hadir tidak boleh menjadi ukuran kerana ' hard core' akan ikut dimana ada program ... kita perlu muka baru @ sasaran yang di tetapkan , barulah mesej sampai dan akan merata . Semua ini perlu follow up .. baik secara individu atau bersama kerana satu program tidak cukup untuk membentuk 'pelapis' .

Perlu juga di ingati bahawa kita tidak rintis jalan yang boleh menyusahkan orang yang akan melaluinya kemudian ... jangan rasa asal ada 'jalan' terus sahaja boleh di lalui dengan selamat dan berjaya sampai kepada matlamat yang di tuju . Ada jalan tidak sesuai di ikuti dan menjauh dari matlamat .. atau timbul masalah lain yang memburukkan suasana .

Begitu pentingnya kerja berpasukan / amal jama'ei . Antara yang perlu di fikirkan untuk asas kepada sesuatu program / aktiviti ialah : -

a. Aktiviti hendaklah di putuskan oleh organisasi .
b. Adanya organisasi yang tersusun .
c. Selaras dengan dasar dan pendekatan yang telah di tetapkan oleh organisasi .
d. Bertujuan untuk mencapai matlamat yang di tetapkan .

Dengan itu perlu adanya kumpulan sasar yang jelas dan bersesuaian dengan aktiviti . Kumpulan 'hard core' hanya memeriahkan dan 'bertugas' bukan sebagai sasaran atau peserta . Kita perlukan mereka sebagai ' aktivis' yang di khususkan .. dan fokus kepada sesuatu 'keistimewaan' nya . Sama sama kita fikirkan .

Ok .. entri ni adalah untuk para sahabat yang memahami dan memerlukan sedikit panduan 'kerja' yang sama sama di hayati dan mahukan kesan yang maksima ..... mungkin ada yang tak faham ... tak pe , ade yang memahami nya ...

8.12.09 11.56




a.

Sunday, December 6, 2009

sokong tok guru .


gambar hiasan dari harakah ... mereka datang tidak di bayar ...

Taja haji TGNA .

6.12.09 @ 9.53.00 pm waktu tempatan ... waktu posting ni mula di tulis .. semalam 5.12.09 ade program sedikit ngan kawan kawan ... timbul isu Tuan Guru Nik Aziz terpaksa batalkan pergi haji tahun ini kerana pemergiannya kali ini di taja oleh seseorang ... pelik juga ramai yang minat dengan isu ni .. ya lah 'MB ade orang taja pergi haji'... kawan tu kata .. kerajaan taja johan qari dan qariah ke Mekah / haji tak de pulak yang bising ... .. saya tahu orang nak kaitkan dengan kerja SPRM . 'dah black out .. pulak .. berhenti dulu ..'

sambung pagi ni ... 7.12.09 ..

Memang kebelakangan ni media utama asyik timbulkan isu tok guru . Ada agenda mereka nak jatuh kan imej tok guru dan kepimpinannya dan parti yang tok guru jadi mursyidul amnya .. Logiknya .. kalau tok guru banyak ' kontroversi' begitu maka gulongan muda , penyokong dan orang awam akan terkesan dan mengkaji semula sokongan mereka ... khasnya orang atas pagar yang dah banyak beri sokongan untuk kemenangan PR jadi bagi menghadapi PRU 13 imej PR mesti di calarkan dan di jatuhkan .. Isu yang di hadapi tok guru kini adalah agenda . Pantang ada kata dan perbuatan tok guru yang boleh di jadikan isu maka di eksploit begitu rupa . Yang tak ada pun boleh di reka dan nampak 'betul' macam kes DSAI dulu yang menurut pengakuan DrM adalah 'rekaan' beliau .

Penulis dan mereka yang 'makan upah' sanggup buat apa saja hatta mengaibkan orang dan memainkan isu bagi mencapai hasrat 'majikan' yang mempergunakan mereka .

Apa salahnya kalau tok guru ada yang taja pergi haji ? sama je kita upah orang buat haji untuk keluarga kita seribu atau dua ribu seorang . Bagi orang yang berduit taja la tok guru mana mana atau orang alim pergi buat haji untuk arwah keluarga ( orang benarkan upah haji tapi tak benarkan orang taja pergi haji ... ) Kerana yang di taja ni MB boleh dan dinamakan 'rasuah' ? 'Beruntungnya kita tok guru apapun tindakan , ramai yang tolong perhati dan ingatkan supaya jangan buat salah' .

Mereka fikir dengan apa yang mereka tahu atau yang mereka selalu buat .. tengok dan kaji la dulu siapa .. jujur pada diri anda .. diri kita .. Kalau dah 20 tahun jadi MB beliau masih tinggal di rumah lama beliau , tak ade rumah baru malah rumah kerajaan pun beliau tak duduk , masih sibuk mengajar di masjid beliau dan tempat tempat lain siapakah orang ini ... kaki rasuah ke ..? Banyak yang beliau boleh 'dapat' dah 20 tahun memerintah ... Bagi orang yang 'makan upah' dan ' majikan'nya apa pun banyak dalih dan andaian mereka .. Mereka boleh kata , kat situ tak de la tapi kat tempat lain manalah tau kat Australia ke , Turki ke dll ada 'istana' beliau . Dia ingat tok guru macam dia .. boleh 'di beli' . Takutlah wahai saudara dan mereka yang begitu . Allah maha mengetahui .. tak ade orang yang tidak tersilap / berdosa tapi sebaiknya umat kata Nabi saw ialah 'orang yang kembali ke pangkal jalan @ bertaubat' ..

Jadi TGNA batalkan pergi haji nya ... kawan tu kata ... aku kalau ada duit pun nak taja tok guru pergi haji suami isteri dan minta beliau buat haji untuk arwah ibu dan bapa aku .. ' itu taja juga namanya .. Orang alim / ulama yang buat haji untuk ibu dan bapa kita .. besar fadhilat nya .. saya pun fikir gitu . Mengapalah mereka ni sanggup besarkan isu ni .. tak lain ada agenda politik mereka nak jatuhkan tok guru dan PR .

Tok guru minta menantu nya letak jawatan dan dulu tok guru tak melenting dan melatah bila orang tahan anak nya dalam ISA .. itu lah lumrah perjuangan dan keikhlasan beliau . Harapan mereka supaya tok guru melatah tak menjadi . Bagi saya payah nak cari pengganti tok guru .. itulah yang di tunjukkan oleh masyarakat khasnya Pemuda di Kelantan dalam perhimpunan sokong Tok guru baru baru ni .

sekian dulu

Saturday, December 5, 2009

masyarakat marheen ...


Ade sedikit bantuan dari sebuah badan koperat tidak lama dulu ...adakah mencukupi ? ...


Rumah salah seorang pesakit mental yang perlu di beri perhatian ...dan pesakit adalah MR 'mental retarded' yang jua perlu prihatin masyarakat ...


Ini juga rumah pesakit yang lain berkeluarga .. dalam rawatan dan mampu berdikari ..sekarang menoreh getah tinggal dengan beberapa orang anak ... mana anggota masyarakat yang prihatin ... NGO dan koporat muslim ... saya ada perncangan kalau anda mau mai kita lakukan sesuatu....

Friday, December 4, 2009

orang kita masih kurang kerja kebajikan

5.12.09 Hari ini saya ke HoSHAS Temerloh tempat kerja untuk beberapa bulan lagi ... kami ada anjurkan kursus Perawatan Gantian Methadone untuk staff HoSHAS ( jemputan terhad ) bagaimanapun ramai juga yang tak hadir . Mungkin kerana pagi ini hujan turun agak lebat sejak malam nya .

Turut hadir adalah aktivis DIC dari Pejabat mereka di Pekan Awah Hj Hashim dan rakan.. ringkas cerita dan nak simpulkan ialah kita orang Melayu Islam masih ketinggalan dalam kerja kerja kebajikan. Beliau ada menceritakan terpaksa menghantar seorang yang di tinggalkan oleh keluarga melayu Islam nya di sebuah pondok di kawasan kubur Cina ke pusat jagaan milik orang Kristian . Banyak orang kritik tetapi mengapa orang Islam sendiri tak mau buat kerja sukarela begini . Kita suka kritik tetapi tidak mau buat kerja ... mana NGO Muslim yang iltizam dengan kerja kebajikan yang bagi khidmat kepada gulongan 'tahap' marheen ni .. ada tetapi terlalu sedikit , syabas dan tahniah .. pada mereka ( nak cerita perkara ni tapi masa agak suntuk .. ade tugas penting .. lain kali la ..

Sebelum akhir saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada teman 'jawajadid.blogspot.com ' yang dah jadi follower di blog saya dan saya baca blog dia ..woi hebat juga isu yang di bawa nya ada nye ..... saya pun nak response lain kali dengan isu seperti dia ... bertukar pandangan .. tapi lain kali .. Selamat Datang dan terima kasih ...

4.09 minit ptg.