Monday, December 14, 2009

Hijrah @ JSP

14.12.09 Isnin (waktu tempatan @4.19)
Cuti , hingga 17.12.09 .. dalam diam Maal Hijrah menjelang lagi . Bertambah usia semua di bumi Allah ini ...yang datang dan pergi silih berganti .. yang membina kehidupan baru @ mendirikan rumah tangga memulakan kehidupan baru Tahniah dan Selamat Pengantin Baru tak kurang juga yang nak betunang .. Semoga semua perubahan dalam hidup ini menambahkan lagi takwa dan taat , meningkatkan kefahaman dan semangat juang . Sesungguhnya kita bersyukor kerana di lahirkan sebagai muslim dan menyambung sunnah perjuangan .. berada di landasan tugas yang di wariskan oleh para Nabi as dan mujhidian sepanjang zaman dan semoga kita istiqomah ..
Semangat hijrah dan pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul saw ke Madinah .. bukan setakat menyeru manusia supaya berubah dari jahat kepada baik , memperbaiki hidup dari miskin kepada kaya dan senang .. lebih dari itu ialah dari duduk bersenang lenang di rumah .. kepada perjuangan menegakkan agama Allah kerana hendaklah kita tahu mereka yang ingin merosakkan ummah dan mengikut neraca akal dan nafsu bekerja siang malam untuk
'menegakkan' kemungkaran mereka . Umat Islam @ kita yang melihat saban hari dalam TV dan media bagaimana umat Islam di 'ratah' maka kita perlu melakukan hijrah .. letakkan diri anda dalam kumpulan umat Islam yang berjuang .. menegakkan 'amarmakruf nahi mungkar . Bukan bersendirian tetapi hendaklah menyertai jemaah .. organisasi ..

" Hendaklah ada di kalangan kamu suatu umat yang menyeru kepada kebaikan 'dan menyuruh yang makruf ' dan mencegah kemungkaran ( nahi mungkar ) , dan mereka lah yang akan beruntung ... " Maksud ayat ..

satu ummah .. kumpulan / organisasi ... Hijrah ... dari orang awam yang 'menonton' kepada mereka yang mencipta sejarah bagi kebaikan umat ini . Jom SP ...

Sekian ..

No comments:

Post a Comment