Saturday, November 28, 2009

cuti sekolah n raya

ladang teh di CH ... tempt bercuti yang nyamnan ... hiasan
CH
29.11.09 Ahad .

Pagi pagi lagi dah 'warm up' sikit kemudian pergi ke belakang rumah betulkan pagar , ade pelihara lembu sepasang buat 'perintang masa' maklum pencen dah tak lama , mula lah berjinak dengan kerja kampong yang memang 'biasa' masa kecik kecik dulu ... menolong 'encik' @ ganti nama ayah waktu tu . Jadi tak kekok sangat malah seronok .Terasa nak pencen awal bila seronok kerja 'kasar' di kampung dan berpeluh begitu ... ada orang kata .. 'terdapat orang tu lebih sihat bila dah pencen ...' itu lah yang di harapkan . Dapat berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih komited nanti ...

Bukan ape pagar dah lama dan uzur .. lembu lembu lepas keluar ... mengacau persekitaran orang , siang tak ape tapi sebelah malam memang salah ... kadang tu tak larat nak cari lembu bila balek dari kerja .. penat dan hari dah hampir maghrib .. sebab tu lembu ni elok di kurung je ... dan pagar perlu baik . Memang terdapat tempat yang boleh lolos ... jadi pasang lah tali besi baru . Selesai ....penat juga di buat nya .

Di rumah anak cucu bercuti raya / cuti sekolah ... Along baru sampai dari T'ganu petang semalam dengan anak anak nya 2 orang , Angah akan balik hujung minggu ni , beraya di T'ganu rumah mertua nya , Kak De terpaksa kerja malam pulak tu ( giliran nya ) sampai hujung minggu @ 5hb. 12.09 . Thirah @ Mak Tam dan Amir @ andak ada di rumah .. sejak hari raya .. Mak su sangat gembira bermain pasir dengan anak buahnya , tu belum minta mandi 'kolam' . Jadi mula minggu hadapan akan meriah lah rumah ni dengan anak cucu yang bercuti .. ade yang transit .. nak ke Johor pula kerana ada event 4x4 anjuran kelab Rentas akan bermula 5hb nanti . Bersilih ganti rumah ni mereka singgah bercuti sementara sibuk dengan aktiviti masing masing .

Tengah hari ni pula Amir @ Andak pulang ke asrama Tahfiz Tg Lumpur kerana kuliah nya akan bermula bagi sem ke dua ... . Sama2 lah berdoa semoga dia berjaya menjadi 'hafiz' dan seterusnya ke Mesir melanjutkan pelajaran nya setinggi yang termampu ... Insya allah . Terlalu banyak dugaan yang terpaksa di lalui sebagai remaja kerana pengaruh rockers dan musik semasa juga dunia sukan .. yang tidak terlepas bila kawan kawan ajak ber'futsal' ke bandar . Harap dia dapat menyesuaikan diri di semua lapangan sebagai remaja dan pelajar .. Namun nampak nya beliau mampu .. Syukur ....

Sebagai umat di zaman ini memang pergerakan dan penglibatan yang casual dan bersahaja tetapi teguh memegang hukum dan istiqomah adalah tuntutan kerana bagi mengajak ' kawan' dan masyarakat kepada kebaikan kita tidak perlu kelihatan ' elit' dalam beragama ... @ cara berpakaian , pergaulan dan sikap , cuma perlu bersikap tegas memelihara agama .. dan berakhlak mulia sebagaimana Nabi saw adalah : Nabi adalah , suami , imam di masjid dan panglima di medan perang , bergaul dengan sahabat dan umatnya dari masjid hingga ke padang padang pasir hatta di pasar . Rehlah bersama keluarga dan para sahabat dan pernah luka di medan perang melayani semua gulungn miskin dan kaya . Ini lah contoh kepimimpinan dan akhlak Baginda saw . Jadi sikap yang di tunjukkan oleh Andak boleh di kira sesuai namun berisiko .. moga dia mampu dan semua keluarga sentiasa mendoakan kejayaan nya .

Amin ... teruskan ... semoga Allah memberkati perjalanan anda / kita bersama .






Friday, November 27, 2009



27.11.09 Hari Raya Eidul Adha 1430H .

Alhamdulillah hari ini dapat merayakan eidul Adha dan solat sunat di masjid lama kampung di ikuti dengan majlis korban . 'Join' korban tahun ni untuk arwah adik @ A Jamal . Selesai daging di lapah dan di agihkan kepada mereka yang bekerja kemudian beberapa jiran dan kenalan yang sempat di ingati . Jiran yang uzur dan warga emas menjadi pilihan. Sebahagian nya juga di jadikan lauk untuk di makan tengahari bersama petugas .Kebetulan hari ini hari Jumaat jadi majlis makan tengahari tidak meriah kerana sahabat datang makan selepas solat jumaat secara 'beruncit runcit' .

Hari Eidul Adha kurang meriah bagi masyarakat di negeri kami , ziarah menziarahi kurang , ucapan selamat sms dsb pun tidak sebanyak aidil fitri . Namun hakikatnya eidul adha sebenarnya amat bermakna kerana ia di kaitkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang di uji oleh Allah dengan seberat berat ujian , keturunan dan pengikut yang sedikit , anak yang di tunggu di perolehhi di usia tua di perintahkan supaya di tinggalkan di tempat yang kontang tiada penghuni ( awal Kota Mekah ) kemudian apabila kembali , setelah anak agak besar ( pandai bermain dan keletah berkata @ Nabi Ismail ) di perintah kan pula supaya di sembelih . Keduanya ayah dan anak di uji keimanan dan keduanya patuh tanpa membantah redha ... bayangkan lah .. anak kesayangan yang di tunggu tunggu ... di perintah di sembelih pula ..

Akhir cerita Nabi Ismail di gantikan oleh Allah dengan seekor kibas . Sejurus apabila Nabi Ibrahim membuka mata selepas ' menyembelih' Ismail di dapati yang di sembelih adalah seekor kibas .. @ menyerupai biri biri dan Nabi Ismail di selamatkan oleh Allah / di ganti dengan kibas tadi . Dari peristiwa ini ibadah korban menjadi sunah yang amat di tuntut sebagai bukti iman yang tertanam .. Berkorban kerana Allah .. bukti takwa dan kepatuhan sejati .. seperti Nabi Ibrahim dan anak nya Nabi Ismail .

Serentak dengan itu juga Kota Mekah dan Madinah sedang menerima limpahan / jutaan umat Islam yang sedang menunaikan Haji menurut semua yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail dan Siti Hajar .. ruklun sa'i , tawaf , wukuf mempunyai nilaian tersendiri menguji keimanan umat Islam . Mereka zahirkan melalui rukun amali / demontsrasi peristiwa tersebut . Mereka melontar jamrah adalah melontar syaitan yang mengganggu Nabi Ibrahim ketika mahu menyembelih ' melaksanakan ' perintah Allah tadi . Iktibar nya adalah umat Islam perlu melontar dan melawan godaan syaitan yang sentiasa mengganggu kita dari melakukan taat kepada Allah . Janganlah pula hendaknya apabila kembali dari haji ' berkawan' pula dengan syaitan yang sentiasa menentang kedaulatan Islam ... tiadak mahu pula mendaulatkan Islam dalam diri dan negara . Kita perlu menghayati sebenarnya pengertian haji dalam kontek 'survival' umat Islam hari ini . Adakah anda puas hati hanya memegang Islam dalam ibadat sahaja ( itu pun dalam keadaan yang minima sekali @ sempit ) sedangkan banyak sistem nya di ' larang' untuk di praktikkan . Negara Islam dan Hukum Islam tidak berjalan / tidak di daulatkan.

Negara ini hanya milik umat Islam ... tetapi peraturan nya tetap peraturan / sistem penjajah Inggeris yang di warisi oleh ' pewaris'nya yang di didik di 'madrasah' mereka yang di beri nama @ Malay College , Anderson School , Clifford School , King George School dll. Ingeris tidak mewariskan negara tercinta ini kepada 'pencinta dan pejuang' Islam .. sehingga apa yang di warisi kini dan masalah yang di hadapi adalah ' penolakan ' terhadap perlaksanaan Islam yang syumul dan menyeluruh ....

Pengorbanan Nabi Ibrahim hanya di ingat di sudut peristiwa tetapi jauh dari ruh untuk melaksanakan seluruh perintah Allah sebagaimana di perintahkan dalam Al Quran .. dan ayat Al Quran tinggal di baca dan di lagukan dst tetapi tidak boleh / tidak di perjuangkan supaya di amalkan segala arahanNya . Terlalu banyak perintah / peraturan yang tinggal dalam lipatan kitab Al Quran dan kitab kitab tulisan para ulama' ... tidak menjelma dalam realti hidup umat Islam masa masakini . Lantas bagaimana ... siapa dan di mana para 'rijal' harapan Rasul saw untuk membela dan mendaulatkan Islam ...

Tanya iman anda .. dalam merayakan Eidul Adha ... hari pengorbanan .. apa pengorbanan anda untuk agama ?? Adakah anda puas dengan keselesaan sendiri .. tanpa mempedulikan 'kedudukan agama yang anda anuti ... tanpa mempedulikan nasib saudara se iman di negara negara seperti Thailand , Iraq , Palestin , Syria , Filipina dll . Apa kah anda hanya puas dengan keselesaan rumah besar berharga ratusan ribu , berkereta besar , berkerjaya besar dan hebat , menjadi usahawan yang berjaya yang hakikatnya adalah pinjaman dari Allah . Ada iktibar apabila Allah kehendaki dalam sekelip mata semua itu akan hilang dan hapus begitu sahaja .. Betapa Tsunami , betapa Gempa di Padang malah yang berskala kecil seperti kemalangan , kebakaran , lemas dsb . Semua yang anda milikki dan sanjungi hilang sekelip mata ... Apa yang kekal adalah yang anda simpan di sisi Allah .. derma bakti anda , ilmu dan bimbingan anda dan keturunan anda yang bertakwa dan mendoakan yang terus bekerja untuk agama dengan 'jihad' yang benar dan tulus sebagaimana di bawa oleh Anbiya dan mujahidin ...hingga akhir zaman .

Adakah anda puas dengan hanya rutin yang tidak produktif bagi umat ini sedang 'musuh' mengetuk pintu rumah rumah saudara anda setiap hari ..... bukan hanya menawarkan 'kesesatan' malah membunuh ...

Adakah anda puas dengan dunia anda hanya .. rumah ---- > tempat kerja .... > balik ke rumah ..... > petang cuci kereta .... > pagi minggu jogging di taman tasik / mana mana lah .... > cuti ... > makan makan bersama anak isteri .... dan tidur ?? dan anda menjadi ' penonton' bisu kepada segala 'keruntuhan' umat hari ini ... Ada Saudara anda / para remaja / belia malah rakan anda berkata ... ' mana tangan tangan tangan saudara kami .. buat menarik kami dari lembah ... kehancuran / kehinaan ini ...' .

..' Umat Islam umpama buih ' ... di akhir zaman ? berdoa lah agar kita menjadi gulongan yang sedikit yang redha dan istiqomah dengan amal ' amar makruf nahi mungkar ' ..

Lihat Surah Al Asry ..bermaksud : " Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian , kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh . Nasihat menasihati di atas kebenaran dan nasihat menasihati (berpesan pesan ) di atas kesabaran (agar bersabar ) ''.

Bertemu di lain ... masa . ' Lu fikirlah sendiri dan tanya iman ...'




Sunday, November 22, 2009


gambar hiasan... acik dengan kawan ..

Saturday, November 21, 2009

Nikmat

22.11.09 : Pagi ini , minggu , seawal jam 5.10 pagi 'acik' bergerak ke masjid Tg Besar , di beritahu bahawa Al Ust Datuk M Ammar Abdullah exco Agama KelantanDN akan memberi kuliah subuh . Beliau datang khas untuk menjayakan beberapa program di sini .

Beliau mengimbau nikmat yang Allah kurniakan kepada kita umat manusia :

1. Nikmat kehidupan ... dengan adanya hidup kita mampu menikmati segala keindahan dan keseronokan hidup lantas kita wajib bersyukur dengan tidak mensyirikkan nya dengan sesuatu apa pun . Wajib mempertahankan kehidupan yang taat dan patuh sepenuhnya kepada perintahNYa .

2. Ini di ikuti dengan nikmat Iman .. walaupun selalu di sebutkan tetapi bagi mengukuhkan nya dan sebagai ingatan bersama inilah nikmat dan anugerah Allah yang terbesar . Tiada ertinya perkara dan berbagai kejayaan, pangkat dan harta sekiranya nikmat iman tidak menjengah dan singgah mantap di jiwa . Namun yang penting orang ramai tidak di fahamkan bahawa iman boleh batal .. seperti juga batalnya air sembahyang , batal puasa , batal solat dan seterusnya . Batal iman apabila berlakunya syirik kepada Allah @ menduakan Allah @ mengadakan saingan di samping Allah ...

Syirik pula berlaku dalam berbagai bentuk dari sudut iktikad ( keyakinan) perkataan dan perbuatan . Kita hanya di beri tahu syirik berlaku apabila kita menyembah patung @ berhala tetapi tidak di ingatkan bahawa apabila keyakinan kita mengenai hukum , peraturan dan cara hidup , pemujaan dan kecnderungan lain yang melebihi dari apa yang Allah tentukan dalam Al Quran maka berlaku lah syirik .. na'uzubillah .. maka kita akan temui syirik dalam ekonomi bermakna apabila kita yakin sistem ekonomi yang kita gunakan / praktiskan seharian lebih baik dari apa yang di tetapkan oleh Allah dalam Al Quran . Syirik dalam kebudayaan dan seni apabila pemujaan kita lebih tinggi kepada budaya sehingga sanggup membelakang hukum agama ...atau kerana budaya / seni kita sanggup lakukan apa saja ...

Seterusnya syirik dalam hukum hakam ... atau peraturan , apabila peraturan lain kita rasa lebih baik dan kita yakin sungguh sehingga kita berani katakan kalau kita ikut peraturan Islam (Allah) akan ' kacau' atau huru hara ... seolah kita mengatakan sekarang hukum Allah tidak berguna lagi ... seolah tuhan hanya ujud di zaman Nabi saw dan para sahabat sahaja dan sekarang kita boleh ikut peraturan lain ... Na'uzubillah . rujuk kesah Adi bin Hatim bertemu Nabi saw di Madinah ...

Lihatlah sekarang ni , memang banyak berlaku . Semua perkara mengenai Islam apabila hendak di daulatkan / di amalkan secara tepat dan menyeluruh menjadi heboh dan di perlekehkan . Dalih di cari , kelemahan teknikal di perbesarkan sedangkan ia mendedahkan kejahilan kita sendiri. Setelah 50 tahun lebih merdeka maka kejahilan mengenai agama sendiri masih menebal ... rujuk lah masalah ni dalam kitab Mustika Hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri dalam bab 'Perkara yang membatalkan syahadah ...' banyak lagi yang perlu di fahami .

Maka mula lah kita mengorak langkah memahami realiti kita hari ini ... siapa yang mahu bangkit .. ok sekian .

Posting kali ini dan berikutnya akan banyak bincang dan berkongsi mengenai perkara sebegini ...mengenai kehidupan dan agama ... 'survival' dalam memegang / mengamalkan agama di dalam masyarakat ' jahiliyyah ' moden . Khas untuk anak anak dan pembaca budiman ... kuliah subuh pagi tadi ... boleh jadi pembuka jalan nya . Sampai jumpa lagi

Acik ... dah asar dah ...

Sunday, November 15, 2009

tambah seri

15.11.09 : Pagi ni teruskan lagi lepa simen court , tengah hari rehat , petang buka blog ni dan buat beberapa entry @ gadget untuk menambah seri blog semoga lebih menarik dan bermanfat . Tambahan boleh di dapati di side bar dan bottom ...

Moga junpa lagi .... ingat nak load banyak lagi gambar nostalgik untuk di kongsi dengan anak anak dan anda @ visitor semua .

Monday, November 9, 2009

tak jadi kursus / banjir


awal banjir 1990an jalan kat 'tebing kubur' - cuci van keluarga

9.11.09 ... mula hati semangat nak pergi kursus kat Cherating HV ... on the way banyak bual mengenai tingkah laku generasi sekarang khasnya yang keje 'gomen' kurang komited , kurang minat dan pentingkan diri . Susah para penyelia nak kontrol ...

Sampai kat HV Cherating ... tak di beri tahu oleh penganjur ' check in ' kena bayar duit sendiri dulu , ini kes 'nyaya' bukan tak ade duit ... tapi penganjur tak beri tahu awal .. nak claim tak tau bila boleh dapat .... boleh dapat ... tapi hati tak sedap nak ikut kursus .. last last nekad ... tarik diri je .. apa jadi .. kemudian kira . Lagi pun ade banyak kerja kat pejabat nak settle kan. Balik Temerloh la kira .. habis cerita kursus .

Sepanjang perjalanan ke Kuantan ... hujan tak berhenti cuma tak lebat ... memang hujan musim tengkujuh ... dan Kelantan 4 ribu lebih di pindahkan ... kedah jugak .. pahang tunggu dulu dan bersiap la semua warga pinggir sungai pahang ... tapi sekarang ni banjir kilat kat bandar tu yang banyak rosakkan harta benda ... maklum sekarang orang dah ' mewah' banyak kumpul perabut dan lain lain barangan rumah ... orang kampong macam kome ni .. selamat nyawa je ... ade sikit sikit perabut .. boleh pakat sesama keluarga .. selesai pindah , lagi pun dah ada pengalaman ... awal awal dah siap kan ...ada rakit lagi .. dan main khemah / macam berkelah pulak ..

Banjir kadang kadang seronok ...terutama budak budak ... teringat mase kecik dulu .. banjir 1971 memang tak de tanding lagi sampai sekarang ... tu jam bukan takut tapi seronok .. orang tua je yang risau ...

nanti ... lain kali pula cerita banjir ni ...


Sunday, November 8, 2009

hari minggu


mandi sungai di kampong tahun 80an ... masih lagi ok air sungai pahang ni .. sekarang tinggal kenangan .. banyak projek menggondolkan tanah di hulu , air sungai jadi mangsa ...
tak seronok dah


Amir dan abang teh (Din) , tengah berisi sungguh .. di tangga depan rumah kat kampung ... sekarang dah lebih selesa ...

8.11.09 , Hari ini buat kerja rumah , hajat nak bina court badminton sebelah umah , ade minta 'rodong' buat gotong royong tapi very poor response , rase hati nak mula bersenam jadi kalau kat rumah ade court tu boleh la mula dengan anak anak dan offer 'rodong' main sama , kalau ade rezeki boleh sponsor lampu untuk main sebelah malam ... open court macam mase muda dulu tahun 70an . La ni anak muda tak pandai nak organise aktiviti , sibuk tak tentu pasai ..

Kami dulu , siap gotong royong buat gelanggang badminton .. (tanah je tak yah simen .. jadi) petang petang main sama sama , adakan pertandingan persahabatan antara kampong , pergi 'lawan' tu naik basikal pun jadi ... sekarang ...? Gelanggang simen tinggal kosong ... dok pergi dewan di bandar.. sewa la pulak dua tiga malam seminggu ..tapi tu hanya bagi yang bekerja dan groupnya aje ... yang ade duit dan kenderaan je maka yang lain melopong di kampong ... Gelanggang futsal pula naik satu satu .. dah mula menarik minat remaja .. semua nya di bandar. Banyak la pula risiko .. pergi dengan motor lepas tu sembang di gerai makan atau tepi tepi jalan sampai larut malam , di kampong sunyi ..

Tu la kalau ade gelanggang kat rumah boleh ajak orang pencen dan anak muda join sekali meriahkan semula malam malam di kampung .. nak bersilat pun macam dulu dulu .. tok guru dah uzur . Ade 'guru kaka' tak upaya nak tarik orang muda sekarang yang dah mula naik motor siang malam .. kaki dah panjang .. lagi pun tarikan di bandar ade macam macam .. Itu lah kampung sekarang sunyi ... orang muda ade tapi melaram ke bandar ... tak nak cerita lah risiko .. lain mase .

Balik tajuk tadi , mula lah buat court badminton tu sendiri , bancuh simen sendiri , lepa beransur ansur ( kat rumah sendiri siapa nak komen , dah mula lah senaman namanya ) nanti nak 'pelicin' upah la pakar pakar yang ade . Jimat juga .. gotong royong tak jadi , kat rumah mungkin orang tak minat nak gotong royong ... kepentingan sendiri kot .. tapi hajat di hati nak offer semua , mari main badminton / takraw dsb sama sama dekat rumah koi ... meriahkan semula kejiranan kita ..tapi dema tak faham . Tak pe la ..

Anak anak nanti dah siap boleh la tumpang main sama . Buat la apa yang patut .

Sekian dulu ... Abah .

Saturday, November 7, 2009

Cerita bola .. sikit

Sempena bola sepak akhir NS Vs Kelantan

Acik dan kawan kawan se kampong berehat di tangga balai raya selepas main bola..' zaman gemilang bola sepak kampong acik la' .. sekarang dah berumur akhir 40an dan awal 50an .

Pasukan bola... Kg Aur Rompin ..1980an ... acik bertinggung di baris hadapan(kanan anda)

7.11.09 hari ini Sabtu hari cuti: Buat kerja membersih kawasan rumah , baiki pagar kebun . Ambil mak , tak berapa sihat dia , pening dan muntah, bawa rehat di rumah . Keluarga adik yang tinggal sebelah rumah mak nak keluar kerana ada program hari keluarga di Melaka . Tengah hari , lepas makan tengah hari buat entry kat blog , gambar gambar generasi koi di side bar ... masih belum lengkap kerana ade lagi gambar yang lebih sesuai dan nostalgik .. akan edit bila bila ade mase ...

Malam ni sambil taip entry ni .. menonton perlawanan bola sepak NS Vs Kelantan ... NS mendahului 1:0 . Separuh masa kedua baru di mulakan .. awal awal dah kena satu lagi Kelantan ... kelalaian sebenarnya membawa padah ... ni lah ... apa pun yang kita lakukan jangan lalai .

Dulu mase remaja main juga bola .. gambar kat atas tu .. peringkat kampong je..lepas kecederaan di kedua belah lutut dah tak boleh main lagi .. sementelahan prestasi bolasepak negara semakin merudum ... dengan semua kemudahan yang semakin baik dan moden prestasi tidak meningkat . Vietnam , Kemboja dan Singapura kalau di zaman Mokhtar Dahri dan Santokh Singh negara negara ini jauh ketinggalan , Jepun dan Korea Selatan pun payah dan makan Malaysia ... Sekarang mereka ni dah masuk piala dunia tetapi Malaysia terkial kial di baham oleh negara kecil seperti Singapura . Piala Merdeka pun dah tak bermaya .. pasukan besar seperti Korea dan Jepun tak pandang dah .. Pasukan Malaysia kadang kala jadi juara kepada pasukan kerdil yang di hantar untuk mencari pengalaman .

Jadi minat kepada bolasepak negara pun padam ... para pemain sekarang nampak macam 'pemandu kereta di Malaysia' di tengah padang .. kasar dan tidak professional / tiada 'sporting spirit ' , banyak insiden kekasaran. Kat kampong sekarang ni pun dah tak de budak budak muda bermain bola tinggal budak budak kecik yang tiada arah .. tiada pembimbing , tiada sokongan .. akhirnya banyak masa di buang berbual kosong di tepi padang.

Apa komen ...camner nak buat ...

Jumpa lagi .. di entry lain .
Akhirnya Kelantan di kalahkan oleh NS . NS juara Piala Malaysia tahun ni 2009 .

Monday, November 2, 2009

Biography - Family ..

Sekiranya perlu boleh juga beberapa entry nanti ... acik ingin merakamkan biography sebagai kenangan peribadi dan perkongsian dengan anak anak ...serta sahabat handai ..

Sekolah awal di S K L 1961 - 1967 - jah 1-6
Sekolah Menengah SMJB 1968 -1972 - remove - form 3
Sekolah Men ABS T 1972- 1973 - form 4 -5
Liga semi pro la kira : PUO Ipoh 1974-1975 , SLPH Seremban 1977-1979 .... as govt. servant ... 1979-2009 and soon retire ..2011 . So that's life .. boleh recall sjk 1967 sikit sikit accordingly.

Sunday, November 1, 2009