Saturday, January 17, 2015

MAK SU KE MAAHAD FAQEH TING 1 2015

17.1.15 Sabtu

Selepas ujian hafazan dan proses taklimat temuduga bersama kuluarga Maksu Nurin Intishar  semalam beliau di terima masuk untuk  sesi sekolah menengah di Maahad Tahfiz Faqeh Temerloh setelah menamatkan sekolah rendah di SRA Al Mukmin Temerloh (sekolah swasta ) . 

Sekolah Al Mukmin saban tahun di landa banjir .. kali ini lebih teruk sebagaimana penduduk Temerloh dan ramai di Kelantan , Trengganu dan daerah lain di Pahang . Walau serba kekurangan Al Mukmin yang bermula sejak tahun 1991 terus berbakti kepad ibu bapa yang mahu anak meraka di didik dengan biah islmiah dan mnghayati kehidupan beragama sebagai bekalan di kemudian hari .   

Adalah di harap kesinambungan sekolah agama ini memberikan pendidikan sempurna untuk beliau . Walaupun memerlukan kos namun pengorbanan perlu dalam mendapatkan yang terbaik untuk anak anak . Selamat belajar Nurin Intishar di Maahad faqeh Temerloh .. takdir Allah dan kepada Nya kita berserah . Segalanya .. rezeki , jodoh , ajal maut dan tanah kubur adalah ketentuan  dari Nya . Kita perlu lakukan yang terbaik .. 


bangunan baru untuk mengelakkan banjir  @ menyelamatkan perabot sekolah semasa banjir .
Sekolah Al Mukmin sentiasa bergerak maju ... dan mengalami pembinaan berterusan .



No comments:

Post a Comment