Saturday, January 16, 2010

isu kalimah Allah dan bakar gereja .


lawatan ke Gereja yang di serang

17.1.10 Semalam seorang sahabat sambil berbual mengenai isu kalimah Allah telah berkata . " enta perasan banyak kejadian dan tarikh penting tahun ini jatuh pada hari Jumaat ... contohnya 1 Januari ( tahun baru) hari Jumaat. Menjelang tahun 2010 18.12.09 @ Awal Muharam hari Jumaat , 25.12.09 @ Hari Krismas jatuh pada hari Jumaat seterusnya 15.1.10 Gerhana Matahari hari Jumaat , Maulidur Rasul 26.2.10 @ 12 Rabiul awwal juga hari Jumaat ... ' Hari Wesak 28.5.10 adalah hari Jumaat , Nuzul Quran juga pada hari Jumaat 17 Ramadhan 1431 , Hari Raya Puasa 1 jatuh pada hari Jumaat @10.09.10 . Hari Deepavali 5.11.10 juga hari Jumaat . Esok nantinya menurut ulama berlakunya hari Kiamat pada hari Jumaat . Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Saya tidak menjawab ... hanya menyatakan setuju dengan kenyataan beliau . Mudah mudahan itu adalah petanda baik .
Awal tahun 2010 ini pula @ Januari bermula dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian Herald . Berbagai pendapat dan pertikaian , demonstrasi di ikuti dengan isu pembakaran gereja .. ini menjadi sensitif . Cuba kita lihat ...
1. Majlis Fatwa negeri negeri .. bagaimana .. cari lah sendiri
2. Pemakaian kalimah Allah di Sabah dan Serawak sejak berapa lama dahulu .
3. Kenyataan Prsedien PAS melalui bertarikh 7.1.10 .
Penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian ... ramai orang yang teruja dan terpanggil untuk membela .. tetapi penafian hukum Allah tidak ramai yang sensitif malah buat tak tau je .. sebaliknya mereka yang menyatakan untuk mendaulatkan hukum Allah itu pula di tuduh pelampau .. mana yang lebih penting .. hanya mmepertahankan penggunaan kalimah Allah dalam penulisan majalah Kristian (takut umat Islam 'terpengaruh' @ menjadi Kristian) daripada menghina hukum Allah dan tidak melaksanakan hukum Allah sedang kan telah di beri amanah memerintah negara selama 50 tahun .. malah terlalu banyak perlanggaran hukum Allah di biarkan ....
Memang umat Islam yang lemah iman akan terpengaruh dan keliru bila di tuliskan tuhan orang Islam dan Kristian kedua duanya ialah Allah jadi mungkin ada yang akan berkata Islam dan Kristian sama je .. tapi bukan ke ramai dah orang 'Islam' yang beramal dengan Islam Liberal (yang menyamakan semua agama) melalui filem , media dan jurucakap mereka lama sebelum isu penggunaan kalimah Allah di putuskan oleh di mahkamah. Apakah ini agenda mereka untuk menjayakan fahaman mereka ) Jadi akan ada dari orang Islam yang akan memilih Kristian . Pun begitu ada orang Islam dah murtad sebelum ini pun , heboh .. kita desak adakan undang undang murtad ... yang berkuasa buat tak tau je .. macam macam alasan . Kita mahu supaya penggunaan kalimah itu tidak di benarkan jika di salah gunakan . Ada kaedah dalam Islam , hak dan kepentingan awam , menghormati agama lain , dakwah dan sebagainya mempunyai seni dan ilmu yang ada hujah yang jelas pula . Bukan hanya dari satu sudut . Mengapa sekarang menjadi isu ? .. sedang di Sabah kalimah itu telah di gunakan sejak dulu . Filem yang boleh memesongkan umat pula di biarkan malah di beri anugerah pula sebagai filem terbaik .. tak de pula orang yang berdemo ... lihat Gubra , Sepet dll . Pengarah nya pula di angkat sebagai pengarah yang kreatif dan di puji melambung ..... sedang karyanya boleh merosakkan .
Al Quran pula ada menyebutkan... ' Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhamad bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu .. '' Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? '"Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah" . " Ucapkanlah (wahai Muhamad) " Alhamdulillah (sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka demikian - tidak mengingkari Allah ) Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui ( hakikat tauhid dan pengertian syirik ) Luqman ayat 25.
Lihat juga Al ankabut :61 , Al Ankabut :63 , Az Zummar : 38 az Zukhruf : 9 dan 87

Bermakna orang kafir akur bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah dan menyebut nama Allah .. dalam konteks ini salahkah mereka mengakui dan menggunakan kalimah Allah .. Tidak ..
kerana jawapan itu di nyatakan dalam Al Quran .. dan itulah hakikatnya tuhan bagi alam ini adalah ALLAH ...termasuk tuhan bagi orang kafir .. Kristian dan lain lain. Dalam ayat lain ... agama samawi ( yang asalnya dari langit ) Yahudi , Nasrani dan Islam di seru kepada agama Allah bersatu dengan nama Allah... Ali mran : 64

Ada pentafsiran yang lebih jelas terhadap ayat di atas tetapi melihat pada zahir ayat sudah jelas dan memang hakikat tuhan kepada alam ini adalah Allah .. mengapa tidak kita berharap dalam konteks hari ini mereka dari Kristian dan lain lain yang melihat kebesaran Allah tadi agar menerima Islam sebagai agama mereka . Mengapa mesti di bakar gereja mereka .. sedangkan telah jelas Islam melarang memusnahkan rumah ibadat agama lain hatta dalam perang sekalipun inikan pula masa aman Mereka yag terlibat membakar gereja memang tidak faham agama dan ada agenda tersendiri .. terancang .. mencari kambing hitam yang akan di mangsakan .. siapa yang berkuasa membuat ini ..?? jawablah sendiri . Merekalah yang bermain api sekarang ini .
Bagi pejuang Islam sebenar jelas berbeza dalam isu ini .. dan ia bukan politik murahan kerana ini adalah sikap dan Islam mengajarkan bagaimana toleransi dan menghormati agama lain . Ada hujah . Tidak perlu demonstrasi malah simpati dan menjalin keramahan bila kunjungan di buat ke gereja yang aniaya . Mereka pula jelas , rujuk kepada perlembagaan dan resolusi majlis fatwa negeri negeri dan KDN sebenarnya boleh menjalankan peranan mereka . Mengapa di bimbangkan ...
Kesimpulan nya :
1. Islam tidak memaksa penganut agama lain menganut Islam , masing masing dengan kerelaan dan kefahaman nya dan akan menerima ketentuan Allah .
2. Umat Islam yakin dengan kebenaran dan keterbukaan Islam dan sentiasa membuka pintu kepada manusia untuk menerima Islam tanpa paksaan .
3. Penggunaan kalimah Allah adalah tidak di larang dalam batas nya , malah Allah adalah sebenarnya tuhan kepada semua, bukan milik orang Islam semata mata tetapi orang kafir telah memilih tidak bertuhankan Allah seperti yang Islam bawa.
4. Demonstrasi dan kejadian membakar gereja adalah di larang dan BUKAN dari ajaran Islam .

Kepada mereka yang berdemonstrasi .. mengapa ketika berdemonsrasi apabila hujan turun kamu menjadikan ' manila kad ' dll yang kamu tulis kalimah Allah di atasnya sebagai payung kemudian apabila sampai ke tempat teduh kamu campakkan kertas itu (yang tertulis nama Allah ) kemudian ada orang yang memijak nya .. sengaja atau tidak .. Bukan kah kamu telah menghina nama Allah dengan melontarkannya ke tanah dan memijaknya sama dengan kamu marahkan Israel memijak mijak bendera Israel .. apa pula hukum nya . Bagaimana pula jadi nya kamu ?? Satu masa kamu menentang pengunaan kalimah Allah oleh orang kafir tetapi pada masa yang lain kamu menggunakan nama Allah dalam demonstrasi kamu dan kemudian memijak nya pula .. Hipokrit , dan tak faham nya kamu ... tuaian kamu di akhirat nanti adalah dari apa yang kamu tanam .
Mudah mudahan peristiwa tahun 2010 ini yang banyak jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan dan kemenangan kepada Islam kerana Jumaat adalah penghulu segala hari. Penghulu adalah pentadbir .. pemerintah . Islam bakal memerintah tidak sekarang .. akan datang .. Tuhan maha Mengetahui .. kita hanya akan di tanya adakah kamu berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ... hanya Allah akan menentukan tertegaknya agama Nya... dan kita hanya perlu bekerja @ beramal ke arahnya . Bertenang dan fikirkan lah jangan terlalai dan menjadi 'budak' dari pencatur ghaib yang zalim .

Wallahu a'lam .

Saturday, January 9, 2010

Hati orang tua



9.1.10 Sabtu ..
Dunia yang berlari kencang seakan kita tertinggal jauh . Tak mampu bersaing dengan masa . Kejadian dan peristiwa silih berganti seribu satu macam ... Pada kejadian lalu , kejadian yang terlalu menyayat . Seorang anak yang di syaki membunuh keluarga ayah , datuk nenek dan adik perempuan nya . Kepala ayah di potong. Dari Kg. Kubang Rotan Gemenceh NS di tanam di Shah Alam . Budak cerdik graduan UTM Skudai , bekerja tetapi telah dua kali putus tunang Inilah persoalan nya .. mengapa jadi begitu ... Inilah kecelaruan. Hidup dan kehidupan adalah sandiwara ... namun pelakon nya mempunyai pilihan dan hak untuk bertindak dan memainkan peranan . Itu janji Allah . Kewajipan manusia berikhtiar / berusaha dan ketetapan adalah hak Allah swt .
Ada persoalan yang perlu di rungkai ... apakah dia pesakit mental .. mudah untuk menuduh dan menghukum tetapi ranjau duri yang di tempuh nya sebelum kejadian , mengapa beliau bertindak begitu .. sedang si ibu tetap mengatakan beliau anak yang baik sebelum dan sesudah kejadian . Hati seorang ibu .. tetap redha dengan takdir , kita di uji dengan berbagai cara . Sejauh mana kesabaran dan keyakianan kita dengan takdir dan kewajipan kita untuk akur dan batas kita berikhtiar , menyelaras dan menimbang peranan dan tanggungjawab kita .
Masih tercari cari idea untuk menulis malam ni tapi tak pe lah dengan coretan yang ringkas ini , cukuplah dulu , hanya berharap semua anak anak di perantauan selamat dan tidak terlibat dengan maksiat dan dan dosa . Orang tua di kampong hanya dapat berdoa dan dengan sedikit bekalan ilmu agama .. mudah mudahan mereka semua selamat ... begitu juga dengan para remaja dan pewaris bangsa dan ummah ini semuanya kembalilah ke pangkal jalan mana yang berkenaan .
Wasalam .

Sunday, January 3, 2010

Adam dan bangsa di dunia


2.1.10 Masih bercuti ... hari ini mempunyai sejarah nya , begitu juga semalam 1.1.10 bersamaan 15 Muharam 1431H . Matahari cerah dan langit cerah awalnya. Petangnya tanam pokok kelapa di sisi rumah moga ada berkat nya sempena 15Muharam bulan cerah bersamaan pula 1.1.10 . Kata orang tua nak tanam nyior @ kelapa elok tanam di bulan penuh dan sebelah petang akan cepat dan banyak berbuah . Harapnya gitu la .
Hari ini pula 2.1.10 menerima rombongan meminang kak de .. bincang lebih kurang oleh kerana semua nya telah di atur perbincangan mudah dan lancar .. hanya 1 jam siap bincang dan makan tengah hari kemudian sama sama solat Zohor di masjid berdekatan . Beres .. hari besarnya kalau tak de halangan 9.10.10 akan lansung la . Amin .
Masa dah berubah .. kalau dulu Portuguese dan Belanda di kenali sebagai bangsa yang menjajah negeri Melaka dan Indonesia , berbagai onar dan kerosakan harta dan nyawa , di benci oleh anak pribumi .. episod perang berlaku bertahun tahun malahan puluhan tahun . Di Melaka selepas Portuguese datang pula Belanda . Akhirnya berlaku assimilasi antara pendatang @ penjajah dan penduduk pribumi . Satu kelompok generasi baru muncul seterusnya berlaku kahwin campur lagi sehingga melahirkan satu bangsa lain .. begitu sebenar umat manusia berkembang sejak dari zaman Nabi Adam as lagi berkembang dan terus berkembang , tanah dan daratan serta pulau yang memisahkan . Adam as dan Hawa nenek moyang seluruh manusia di bumi .. Perbezaan benua tempat tinggal , cuaca dan cara hidup melahirkan identiti sesuatu kaum keturunan Adam tadi hingga di kenali sebagai satu bangsa baru / lain ..
Mereka juga akan terus berkembang ... yang penting ialah Mentauhidkan Allah Pencipta yang Esa dan mematuhi serta mengakui Risalah terakhir Nabi Muhamad saw . Menjadi hamba Allah yang taat dan patuh juga menurut jejak para anbia memelihara , menegakkan , membela Islam dan mendaulatkan hukumnya . Itulah bangsa yang akan berjaya ...
Islam tidak di warisi .. tetapi hendaklah di fahami dan di hayati dan di amal segala ajarannya ...dan ia adalah rahmat untuk seluruh umat manusia ... bukan untuk Melayu , Arab , India .atau sesuatu bangsa sahaja , ia untuk semua bangsa . Islam dengan kefahaman maka akan menjadi kan kita lebih takwa .. hanya takwa sahaja yang menjadi ukuran di sisi Allah .. siapa yang lebih takwa itu lah yang mulia dan di kasihi Allah ...
Begitu ... selamat menjalani hidup sebagai seorang Muslim dan keluarga muslim .. Shafie Van V