Thursday, December 23, 2010

SUKANEKA PDK


Pada hb Disember 2010 di Dewan Seri Mentakab telah di adakan hari sukaneka PDK Titian Harapan Temerloh . Program di adakan sebagai acara tahunan untuk merapatkan lagi silaturrahim anatara kanak kanak dan keluarga mereka dengan ajk pengurusan PDK kakitangan JKM Temerloh dan masyarakat amnya . Kali ini AJK telah memilih dewan sebagai tempat berlangsungnya program bagi keselesaan dan keselamatan peserta anak anak OKU dan ahli keluarga apatah lagi sekarang adalah musim tenkujuh @ hujan di negeri pantai timur . Walaupun hari ini sibuk dengan kenduri kahwin dsb anak anak dan keluarga OKU sempat juga menjayakan program yang telah di rancang . Alhamdulillah program berjalan dengan baik dan menyeronokkan peserta . Gambar gambar berikut menunjukkan mereka yang hadir berintereksi antara mereka dan peserta OKU .

peserta sedang melukis




Program telah di rasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh Dato' Dr Hj Sharifudin bin Ishak . Dalam ucapan perasmian nya beliau menyatakan betapa sebenarnya gulongan OKU ini sangat memberi kesan kepada seseorang lebih lebih lagi ibu bapa mereka . Kepergian mereka amat di rasai di mana menurut satu kajian yang di lakukan di barat menjelaskan bahawa ibu bapa yang kehilangan anak OKU (kematian) lebih di rasai berbanding dengan anak yang sihat .

Kehadiran anak OKU dalam keluarga dan masyarakat seharusnya tidak membebankan dan perlu di berikan perhatian . Ibu bapa dan keluarga serta masyarakat tidak harus merasa malu atau janggal apabila anak OKU berada di keliling mereka . Gulongan istimewa ini sememang nya istimewa di mana mereka dapat mencuit hati setiap orang malah mengembirakan seseorang atau suasana . Mereka menarik perhatian dan menjadi tajuk perbualan semasa . Ibu atau bapa yang mempunyai dan bersama anak istimewa ini di hormati , di sapa dengan hormat dan lembut penuh ramah dan simpati .

Sekarang adalah masa memberikan khidmat kepada semua . Mereka adalah kurniaan Tuhan bagi menguji keluarga dan masyarakat . Tiada siapa yang minta di lahirkan cacat dan kurang upaya sebegini tetapi kebesaran Allah swt berkuasa menjadikan sekehendak Nya bagi menguji makhlukNya . Ilmu yang di dedahkan oleh Allah swt . Dengan ujudnya gulongan ini mewarnai kehidupan yang maju memberi ruang untuk melahirkan pakar pakar dan para ahli di samping mengujudkan peluang berkhidmat sesama insan yang sungguh banyak dan bermakna . Semuanya saling berkaitan dan berhubong antara satu dengan yang lain . Itulah hikmah kejadian Allah swt terhadap hambanya . Sejak lahir mereka adalah gulongan yang terlepas dari beban tanggungjawab beragama , suci dan bersih dari dosa dan noda . Mereka yang memberi khidmat kepada mereka adalah gulongan mulia. Menjaga ahli ahli 'fitrah' ini mudah mudahan di beri ganjaran pahala oleh Allah swt dan terselamat dari azab siksa di akhirat kelak .

Pengerusi dalam ucapannya menyentuh bahawa PDK Titian Harapan telah mendapat sambutan yang menggalakkan . 64 orang OKU yang mendaftar dengan PDK dan separuh darinya hadir ke kelas bimbingan . Bilangan mereka ramai dan agak kurang selesa dengan ruang yang sempit untuk pembelajaran dan aktivti harian . Pihak PDK berharap dapat berpindah ke rumah baru yang lebih selesa dan mempunyai ruang yang besar untuk menampung keperluan yang sedia ada dan akan datang . Kepada yang berbahagia Dato' Pegawai Daerah hasrat ini di sampaikan agar di beri perhatian .

Akhirnya beberapa rakaman gambar di jadikan kenangan dan memberikan bermanfaat untuk semua . Terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya para petugas PDK dan sukarelawan , ibu bapa yang menjayakan program kali ini .

Pengerusi PDK .

Monday, November 29, 2010

Mengorak Langkah .. 'bersama mu'

aktivivi bersama beberapa orang pesakit yang boleh membantu pemulihan dan
membina keyakinan diri dan merasa bahawa mereka di terima ..


staff yang menjaga dan mengurus pesakit di wad melakukan serahan tugas penjagaan kepada rakan supaya kesinambungan penjagaan dapat di lakukan .. mereka adalah pemilik hati murni yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan gulongan yang memerlukan seperti OKU Mental ...


ini adalah sebahagian tugas yang di berikan ..pemeriksaan tehadap kebersihan diri pesakit walau di mana ..


30.11.2010 @ Selasa .
Hari ini menyiapkan kerja kerja perancangan bulan Disember dan menyediakan kertas ABM 2012 bagi Jabatan Psikiatri . Sebahagian besar telah siap cuma 'touch up' sikit je lagi . Memang aku cuba meningkatkan lagi aktiviti dan mutu perkhidmatan khasnya di unit komuniti psikiatri tempat aku di tempatkan sekarang .. Bos kata boleh lah aku relaks sikit menjelang hari persaraan bulan jun 2011 nanti . Namun aku akan menggunakan masa yang ada untuk merancang sepenuhnya aktiviti perkhidmatan dan promosi juga penubuhan satu pusat atau institusi penjagaan pesakit mental swasta atau milik awam atau NGO . Ini penting bagi menampung keperluan dan permintaan yang memang tinggi waktu ini dan masa akan datang . Walaupun ianya berupa kebajikan tetapi bagi penerusan dan jaminan untuk 'survival' institusi itu nanti aku tidak dapat menafikan ianya akan ujud sebagai satu institusi swasta yang akan mengutip bayaran kos . Walaupun ianya bukan berorientasikan keuntungan tetapi demi kelangsungan dan melambangkan penglibatan awam khasnya keluarga pesakit bayaran kos adalah perlu dan patut di kenakan . Itu pandangan seorang kenalan ku dalam bidang yang sama . Jadi menjelang persaraan dan di hari hari penghujung hayat ku nanti satu pusat atau institusi penjagaan gulongan Orang Kurang Upaya Mental bakal menjadi kenyataan dan aku bukan lagi bersara tetapi akan menjadi lebih sibuk menguruskannya nanti . Aku berharap sokongan terus di berikan oleh 'anak anak buah ' dan kenalan ku bahkan bekas bos ku nanti .

Beberapa posting terdulu yang menggambarkan bahawa masyarakat khasnya Melayu Islam tidak ramai yang terlibat dengan porgram kebajikan yang 'established' maka inilah ruang yang boleh aku manfaatkan ilmu , sisa umur dan kesihatan ku guna menabur bakti dan mengasaskan sesuatu yang mudah mudahan boleh membantu dan berkhidmat yang akan di nilai oleh Allah swt sebagai amal an ibadat di sisinya ..

Jumpa lagi ..

Wednesday, November 10, 2010

MENGENALI PDK TITIAN HARAPAN TEMERLOH .

ALAMAT : KUARTERS KERAJAAN , NO 63-64 JALAN MERDEKA , 28000 TEMERLOH , PAHANG DM .

NO TALIPON: 019-9933841 .

PENDAHULUAN :

Gulongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan gulongan yang harus di beri perhatian oleh setiap lapisan masyarakat .Ini termasuk pertumbuhan dan perkembangan mereka perlulah di beri perhatian sewajarnya selaras dengan kehendak penjagaan dan perlindungan terhadap gulongan tersebut . Dengan adanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 ( Akta 685) dan Panduan Pengurusan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang memberi penekanan dalam aspek keperluan , kehendak , perlindungan , pemulihan , penjagaan dan sebagainya .Rangkuman semuanya adalah bagi menjamin gulongan ini diberi hak kehidupan sewajarnya .

Pengerusi PDK bersama Penyelaras di majlis jamuan

LATAR BELAKANG .

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Titian Harapan ) Temerloh telah di buka sejak dari tahun 1996 dan telah di rasmikan oleh YB Dato’ Hj Mohd Sarit bin Yusoh ADUN Semantan pada 30.10.1996. PDK ini beroperasi dengan kerjasama antara Ahli Jawatan Kuasa yang ahli nya terdiri dari penduduk setempat ( ibu bapa/ penjaga murid/peserta OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh sebagai penaung .

Di peringkat awal PDK Titian Harapan beroperasi dengan menyewa sebuah rumah di Taman Karpaga . Pada tahun 30.10.1998 telah berpindah ke rumah kerajaan No 63-64 Jalan Merdeka . Bangunan ini telah di ubah suai dan di gunakan sebagai kelas , pejabat urusan , ruang aktiviti , dapur dan ruang makan untuk peserta dan petugas PD K .

Majlis menyampaikan elaun peserta dan jamuan..

Sehingga kini seramai 71 orang klien / peserta OKU telah mendaftar dengan PDK yang terdiri dari pelbagai jenis kecacatan seperti Down Syndrome , Terencat Akal , Lembam , Cacat Anggota , Autisme , Cerebral Palsy dan Masalah Pembelajaran . PDK ini memberi khidmat mengajar pra- sekolah dan aktiviti harian seperti mengurus diri dan pendedahan awal . Pengajaran kemahiran seperti kemahiran motor halus , kamahiran motor kasar dan kraftangan juga di ajar kepada peserta bagi mengoptimakan kemampuan dan kefungsian berdirkari mereka . PDK Titian Harapan beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Pada hari Jumaat penyelia dan petugas PDK akan melakukan lawatan ke rumah bagi peserta yang berdaftar dengan PDK tetapi tidak dapat hadir ke kelas di atas sebab yang munasabah .

Pengerusi menyampaikan elaun ..

RASIONAL PENUBUHAN DAN SOKONGAN ANGGOTA KOMUNIT I.

Pertambahan dan perubahan sosio budaya dan ekonomi masyarakat Malaysia khasnya menjadikan bentuk sosio kehidupan menjadi kompleks . Ianya memberi kesan terhadap gulongan yang di amanahkan mengasuh , menjaga , melatih dan memulih gulongan OKU ini . Situasi tersebut mendorong komuniti setempat , JKM dan anggota masayarakat berganding bahu mengadakan aktiviti dan program bersama bagi membolehkan pengurusan dan pemulihan yang berkualiti . Sokongan dan penglibatan anggota sesuatu komuniti amat di galakkan dari segi moral dan material .

Sila hubongi PDK Titian Harapan Temerloh 019-9933841 (Penyelia/ petugas ) Pengerusi : 012-9504278 .

Friday, October 29, 2010

PDK Titian Harapan Temerloh / Hari Keluarga 2010



30.10. 10 @ Sabtu , Mesy. khas PDK Titian Harapan Temerloh untuk menganjurkan program sukaneka dan hari keluarga bg tahun 2010.

Majlis bersetuju untuk mengadakan program tersebut pada 4.12.10 di Dewan Seri Mentakab mulai jam 8.00 pg - 01.00 th. Perasmian akan di sempurnakan oleh YB Chua ADUN Mentakab . PDK Titian Harapan T'loh adalah badan sukarela mengurus keperluan anak anak OKU di Daerah Temerloh. Mula beroperasi pada tahun 1996 .Sekarang mempunyai 72 orang pelatih / murid @ Anak OKU yang berdaftar . 34 orang dari nya hadir ke kelas pembelajaran dan pemulihan manakala selebihnya menerima khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas / guru PDK di rumah masing masing . Lawatan rumah di lakukan pada hari Jumaat setiap minggu dan kelas di buka pada hari Isnin hingga Khamis mulai jam 08.00 pagi hingga 01.00 tengah hari .

PDK di tadbir oleh AJK PDK TH yang di pilih dalam mesyuarat agung PDK yang di hadiri oleh ibu bapa/penjaga murid / peserta setiap dua tahun sekali . Pembiayaan guru dan keperluan asas adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan peruntukan khas setiap tahun . Seorang penyelaras dari JKM di tugaskan sebagai pemantau perjalanan PDK dan memberi panduan serta sokongan teknikal kepada guru dan AJK PDK di mana beberapa program kesedaran OKU dan bimbingan serta pembelajaran untuk ( guru , ibu bapa / peserta ) di anjurkan setiap tahun . Tidak ketinggalan program sukan @ Special Olympic di adakan di Kuantan . PDK Titian Harapan turut mengambil bahagian .

AJK PDK di galakkan / di minta menjalankan aktiviti sosial dan sebagainya untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terhadap keperluan gulongan OKU serta penjagaan mereka . Program sukaneka dan hari keluarga yang akan di adakan adalah bertujuan seperti di atas di samping meningkatkan silaturahim dan ukhuwah antara peserta , AJK , staff JKM serta orang awam . Walaupun di adakan di dalam dewan orang awam adalah jemput sama untuk menjayakan dan memeriah program tersebut . Kami juga mengalu alukan sukarelawan yang sudi hadir dan bersedia untuk membantu .

AJK di minta menyumbang sebanyak RM50/: minima seorang manakala ibu bapa / keluarga OKU RM10/: sekeluarga bagi memupuk kebersamaan dalam setiap aktiviti yang di anjurkan .
Pihak swasta dan komuniti / awam amat di galakkan untuk memberikan sumbangan tenaga , idea dan material bagi menyokong dan menambahbaik aktiviti dan penjagaan serta kebajikan peserta PDK .

Keperluan utama yang sedang di usahakan sekarang ialah mendapatkan rumah / premis baru dengan kawasan yang luas dan selesa bagi aktiviti riadhah dan sebagainya juga menampung peserta yang semakin bertambah .

Di sertakan gambar aktiviti terbaru untuk tatapan umum mudah mudahan anda semua terpanggil untuk menyertai kami atau menghulurkan sumbangan : Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi melalui talian berikut : En Shohaimi - 0129504278 atau AJK serta guru PDK - 0199933841 .

Sekian .

Saturday, October 16, 2010

BN Belanjawang rakyat ..

17.10.10 @ Ahad .. melihat kepada peruntukan seimbas lalu .. dah terbayang apa di maksudkan dengan tajuk diatas .. rasenya orang biasa pun dapat memahami .. kalau belanja wang rakyat untuk rakyat tak ape .. tapi .. bangunan 100 tingkat (contohnye) tu buat ape ? .. tanggunglah dan jawablah di hadapan Allah swt di atas pengurusan yang 'cekap' dan 'tepat' ini .. berape kerat rakyat marheen yang boleh menjejak kaki dan mendapat manfaat dari projek ini .. tumpang berteduh di kakilima pun takut di marahi jaga / sekuriti .. baik tak baik rakyat Bangla dll . Anak negeri sendiri di 'halau' dari bangunan yang di bina oleh kerajaannya sendiri dengan wang peruntukan 'bajet' untuk dirinye sebagai rakyat . Bajet ' mesra rakyat' .. untuk rakyat .. betul ke ...?? Cakap cakap .. dan laungan semata ..

Wahai rakyat .. sedarkan pemimpin anda yang lalai ni ..

Wahai para wartawan dan pengampu .. aku tahu engkau pun tahu dan sedar .. tapi demi 'rezki' dan saku keegoan mu .. nafsu mu .. kamu tolak kata hati mu sendiri .. andainya semua orang yang 'faham' ini mahu berubah .. dah lama kita boleh lakukan perubahan .. dan orang yang tidak faham kamu beri kefahaman .. dah lama keadaan ini berubah .

Wahai rakyat memang kita hidup di zaman yang penuh pancaroba .. peringatan nabi saw terlalu banyak memberikan gambaran akan situasi kita sekarang .. namun kita yang tidak 'peduli'..

Wahai rakyat .. wartawan atasan ternama ...
aku hanya menulis di ruang yang sekecil ini ..tak mampu merubah ' pandangan umum ' hanya meluah rasa dan sebagai catitan peribadi ..

Namun aku mohon .. kepada semua .. kembalilah kepada saranan Islam dan carilah kebenaran di dalam nya ... berusaha untuk tidak bersama gulongan yang ' JAUH ' dari Rahmat Allah ..

Fikir fikir kan lah dengan akal yang di tunjangi iman anda..

TK .




Friday, June 18, 2010

Melawat ke Sabah

gambar yang di paparkan di bawah adalah beberapa kenangan yang memberikan sedikit gambaran mengenai kawasan yang dilawati iaitu pergunungan Kinabalu dan Kundasang serta wajah pendduk tempatan semasa 2010 . P/S banyak gambar dalam fcebook Simi Latif..

Wednesday, June 16, 2010

perkara 2







seterusnya perkara 2 - ialah sumber alam yang di manfaatkan dan perlu di jaga bersama .
Masyarakat tempatan memang layak di gelar juara ... yang berjaya meneruskan kehidupan ... lasak , tangkas dan berani .Tubuh yang tegap dan mampu mendaki dan hidup di kampung pergunungan mereka . Rumah di bina di lereng bukit dan gunung dari kayu dan batu . Lelaki dan perempuan sama sahaja ... Damai dan semangat kejiranan masih mekar .. Aku temui seorang porter sambilan @ musim cuti sekolah (tingkatan 2) mengutip sampah di perjalanan turun dari Gunung Kinabalu dan aku bertanya berapa upah mengutip sampah dan siapa yang bayar .. beliau mengatakan tiada siapa .. 'tanggungjawab' . Beliau hanya mendapat upah sebagai porter sebanyak RM8 untuk satu kilo bebanan yang di bawa semasa mendaki . Gunung @ kampung mereka boleh mendatangkan pekerjaan dan rezeki tambahan bagi mereka .. Oleh itu ini perlu di jaga dan di majukan tanpa merosakkan ekosistem yang ada dan jangan di biarkan pihak swasta yang meraih keuntungan terlalu dan penduduk tempatan di mangsakan di masa akan datang . Nampak nya perkara ini masih terjaga ..

bercuti






17.6.10

11.6 - 16.6.10 .. bercuti ke Sabah Negeri Di bawah bayu ..memang aku merasa aman dan damai , dengan cuaca sejuk apalagi di pergunungan Kinabalu .. desa @ perkampungan di lereng gunung begitu indah dan memiliki kekuatan tersendiri . Bayangkan bagaimana membuna rumah di lereng gunung .. Aku bermalam dua malam di Homestay Kg Sinisian Kundasang .. meresapkan cuaca sejuk yang nyaman dan kehidupan yang sederhana dan mesra penduduk kaum Dusun .. Aku memang menyukai suasana begini .. sekiranya aku di tempatkan bekerja di daerah ini .. tidak aku tolak .. Pupu isteri ku sudah 33 tahun berkhidmat di Sabah .. dan akan pencen di sini .. semua tidak menyusahkan nya .

Beberapa perkara yang suka aku catitkan di sini .

1. kenyamanan dan kedamaian di pergunungan .. perlu di rasai sendiri tetapi satu keadaan yang menarik .. pembangunan di lakukan tidak melampau ... mengekalkan suasana pergunungan .. tetapi akan datang merungsingkan juga sekiranya tidak berhati hati .. umpama Cameron Highlands.
2.

Tuesday, June 8, 2010

PGPO VS HAMAS















09.06.2010

Peristiwa rampasan 'lanun' dulu dan selamanya Yahudi yang bernegara haram Israel terhadap misi kemanusiaan PGPO ( Malaysia ) dan gabungan mereka (NGO dan negara terlibat) yang membawa bantuan kemanusiaan belum reda . Berita TV , Media malah Parlimen Malaysia mendesak Israel di dakwa .. dan sekitar bulan 8 / Ogos di beritakan pula wakil BN DUN P Pinang akan bawa usul mengutuk Israel sama dengan yang mereka (PM Dato' Najib) bawa di Parlimen tempoh hari . Isunya mengapa peristiwa ini mereka 'berebut' jadi juara .. ya lah ada yang kata peristiwa ini membuka mata dunia bahawa keganasan Israel tidak kira siapa .. Al Quran dah beri amaran ..

PGPO - siapa orang kuat PGPO ni ..? Mantan PM Malaysia Dr M.. cuma di zaman pemerintahannya dulu beliau pernah memenjarakan aktivis anti Israel yang berdemontrasi menentang kehadiran pasukan kriket dari negara Israel menyertai satu pertandingan kriket di Malaysia. Aktivis tersebut YB Dato' Mahfuz Omar ( dulu Sdr Mahfuz Omar ) memilih di penjarakan dari membayar denda atas tuduhan mengetuai demonstrasi itu . Di zamannya lah juga di hebohkan ada ahli perniagaan Malaysia yang berkunjung ke Israel meninjau peluang perniagaan . Di beritakan juga pada satu PRU Malaysia , beliau yang menarajui BN waktu itu mendapatkan 'nasihat' khidmat sebuah syarikat Yahudi Sachi n Sachi menjalankan kerja kempen bagi BN maka lahirlah beberapa karikatur pimpinan PAS dengan paparan gambar kepala mereka berbadankan ular . Akhirnya membawa keruntuhan APU .

Sekarang ni .. bila di kaitkan dengan APCO World Wide @ Syarikat Yahudi sebagai 'penasihat' kempen BN yang di terajui pula oleh PM Dato Najib .. keadaan memang terdesak di tambah dengan kekalahan dalam PRK Sibu baru baru ini ( kubu yang sudah mula retak) Isu 'lanun' Israel yang merampas bantuan kemanusiaan ke GAZA nampaknya boleh di gunakan . Dengan Mantan PM Dr Mahathir dan PM sekarang Dato' Najib yang mempunyai rangkaian yang sama @ BN isu ini mudah di eksploit bagi kepentingan BN .

Dari sejarah BN dan hubungan dengan Israel ni .. BN ada agenda sendiri selain dari 'misi kemanusiaan ' . Misi kemanusiaan telah di gerakkan oleh banyak NGO . Sejak tahun 1946 hingga peristiwa Sabra Shatilla , kebangkitan Intifidah @ HAMAS dan lain lain. Namun bila HAMAS memenangi PRU Palestin dan menjadi pemerintah di Palestin dalam satu persidangan OIC yang di adakan di Malaysia perwakilan Palestin yang di jemput oleh kerajaan Malaysia waktu itu ialah dari puak yang kalah dalam PRU Palestin iaitu Mahmoud Abas . Mengapa ??

Hari ini sibuk benar mereka dengan isu 'flotila' dan lanun Israel .. dah lama dah Israel jadi lanun dan dah lama juga kerajaan Malaysia jadi 'penyokong' . Bantuan kemanusiaan kita sokong .. sebab itulah kita tidak 'kutuk' misi ni .. tapi 'streotype' , memang saudara kita di GAZA memerlukan bantuan itu .. cuma mengikut sejarah dan keperluan sebenar bahasa yang boleh mengajar Israel @ Yahudi ini adalah BAHASA PELURU sahaja .. HAMAS dan HIZBULLAH telah membuktikan.

Mengapa negara Arab / Islam lain tak mampu berpakat . Bukankah ada OIC dll yang di anggotai oleh negara umat Islam . Mesir sendiri nampak 'mengkhianati' umat Islam GAZA saudaranya sendiri dengan menutup sempadan nya di Rafah . Banyak sangat peristiwa yang menyedihkan begini ... Ini lah nasib umat Palestin .. sama kita fikirkan .

Hanya PELURU sahaja bahasa yang di fahami Israel ... Mimpikah tuan untuk Syahid di Palestin ...


Sunday, April 25, 2010

hulu selangor




26.4.2010
Keputusan PRK Hlu Selangor telah di ketahui, sejak awal tidak berminat dengan PRK kali ini . Mungkin telah terlalu banyak PRK selepas PRU12 . Terlalu banyak kepincangan , asyik isu yang sama malah kali ini terlalu banyak fitnah dan serangan peribadi . DSAI macam biasa beliau tidak bertanding pun diserang begitu hebat . Dato' Zaid pun .. cerita sebelum masuk PKR dsb timbul ..

Aku terus mem'boikot' siaran TV berkaitan PRK dan Berita yang sungguh menyakitkan .. bila lah media di negara ini akan bebas dari menjadi alat .. yang milik negara tu ..faham je la tetapi yang swasta .. aku faham juga .. nak dapat lesen beroperasi tu pun mesti ada syaratnya kerana aku dengar kerajaan Negeri Kelantan nak adakan siaran TV sendiri sampai sekarang tidak di benarkan .. sebuah kerajaan .. oleh kerana kerajaan dari parti pembangkang (di peringkat persekutuan). Ini lah rupa demokrasi di Malaysia yang di laungkan oleh pemimpin nya hanya bila 'demo kasi' baru lah boleh segalanya . Sesuai dengan slogan Malaysia Boleh ..

Majoriti memang besar, mencecah 1700 lebih tetapi adakah mereka ini pengundi tulin di HS ..bagaimna pula yang termakan dengan janji manis dan 'sogokan' minum teh tarik - nasi lemak di pagi 24.4.2010 dan lain lain lagi yang amat 'menguja...'

Satu peralihan sokongan kata PM .. kita menang di negeri yang di kuasai parti Pembangkang .. ' .Sekali lagi jelas beliau memperbodohkan rakyat , bukankah peringkat persekutuan mereka yang berkuasa sehingga semua jentera kerajaan di kerah mengadakan program di HS hinggakan program Nasi Lemak Teh Tarik tu di anjurkan oleh jabatan kerajaan manakala agensi lain tentu menjadi 'komponen' mereka hatta masjid surau di seluruh negara pun telah di ambil alih .. maka terpaksa beberapa kali di sebut di Selangor umpamanya di larang berpolitik di dalam masjid ..kerana di Selangor dan negeri lain yang di kuasai PR isu isu politik telah di bincangkan di dalam masjid kerana sunnah Nabi SAW memang pernah memberi ingatan kebangkitan dan kepentingan ummah di masjid malah merancang dakwah , menerima diplomat asing dsb di dalam masjid .Cuma perbincangan strategi parti dan aktiviti bercorak organisasi kepartian tertentu memang tidak sesuai dan bolehlah di larang . Tetapi bagi BN tiada halangan pulak ..bagi hamper , pertandingan mewarna kanak kanak , gubahan bunga dan penyampaian hamper dan ucapan pemimpin-pemimpin 1 Malaysia.

Oh Malaysia negara ku..

Sunday, February 28, 2010

sikap berhati hati @ hazar

gambar hiasan

1.3.2010 Dalam dunia 'gerakan Islam' dan politik Islam terdapat beberapa pendekatan yang tidak sama . Malah kadang kadang bertentangan khasnya mengenai gerak kerja dan melebarkan sokongan . Lihat saja mengenai ahli dan cawangan parti . Apa yang berlaku apabila 'membawa' Ibrahim Ali bertanding sebagai calun PAS dan menang .. bagaimana menerima calun PKR dan membentuk kerajaan di Perak kemudian mereka 'lari' sehingga membusukkan kedudukaan YB YB di DUN .. bersidang di bawah pokok seperti sebuah filem alahyarham P Ramlee , bergasak dan sebagainya . Memang nampak konspirasi BN dan agensi kerajaan yang masih setia dengan BN di Perak .. mereka yang tidak boleh menerima hakikat Demokrasi ... lantas 'merampas kuasa' . Ini berlaku apabila ADUN PKR yang berpaling tadah ...

Dalam kontek politik kerjasama dengan mereka yang 'mahu' bekerjasama kita alu alukan tetapi itulah risikonya ... seperti di Perak dan kisah Ibrahim Ali yang melompat kesana kemari . Memepengerusikan Perkasa dan terkini dengan MPM yang kononnya 76 NGO yang turut serta memperjuangkan bangsa Melayu dan Islam ? . Fikrah Assobiyah yang ketara ... kita perlu melihat semua sudut kehidupan ini dengan kacamata Islam ... Itulah pesan Rasul saw ... 'Aku tinggalkan pada mu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada nya kamu tidak akan sesat selamanya ... ' maksud hadis .
Menerima sesiapa saja kedalam parti politik dengan 'alasan' politik itulah natijah nya kita berpolemik tak sudah dengan perkara remeh ... bak kata TGN Aziz 'kemuncup' di jalanan. Apabila beberapa individu yang kita 'terima' hanya apabila mereka setuju naik pentas kita tanpa usul periksa .. rupa nya menjadi musuh dalam selimut dan membawa isu 'kemuncup' bagi melambatkan kita ...
Di Selangor ... kerana beberapa yang petah berkata ... menjadi YB kita ... tetapi 'menimbulkan' kontroversi . Memang musuh sentiasa membesarkan perkara yang kecil dari kita ...sehingga bergegar . Memang mereka berusaha bermatian dengan apacara sekalipun untuk menjatuhkan kita .
Peristiwa saman menyaman antara YB kita pun berlaku ... dalam isu kalimah Allah .. mengapa terseret begitu jauh dengan permainan BN dan 'perancang strategik' mereka yang berusaha supaya tidak tenggelam dalam PRU13 nanti. Pun begitu bila ada orang kita @ YB kita @ PR yang menuduh dari kalangan kita PR @ para pemimpin PR khasnya di PP menjadi 'pengkhianat agama' iaitu menurut DAP ( rakan kongsi PR di PP ) bersetuju perarakan Maulud tidak di adakan di PP (tapi sebaliknya yang berlaku). Soalnya menuduh pemimpin PR ada yang menjadi pengkhianat Islam .. sanggup mengenepikan kepentingan Islam @ perarakan maulud .. demi mendapatkan kerusi empuk kekuasaan politik katanya .. Cakap beliau begitu diperbesarkan oleh media mereka MM di muka hadapan ... memang untuk memecahkan .. PR . khasnya di PP dan persiapan PRU 13 akan datang . Apakah perarakan maulud itu sendiri soal pokok / teras / prinsip dalam Islam bukankah untuk mengingati Nabi saw banyak caranya ... bukan hanya berarak ...
Soalnya inilah gerak kerja yang berbeza antara parti politik dengan gerakan Islam hatta parti politik Islam ... perkiraan politik di hadapan asal ramai menyokong kita di kira 'kekuatan' @ menang walaupun satu undi. Apabila terjadi perkara yang di timbulkan oleh 'orang kita' tadi maka masyarakat awam berkata tiada perbezaan antara parti politik Islam @PAS dan UMNO . Bagi ahli yang faham tiada masalah tetapi yang mengundi kita ramai orang awam yang tidak berparti ... dan pemerhati .. suasana begini boleh menimbulkan perasan kecewa ..
Kita lihat bagaimana Gerakan Islam Ikhwan Muslimin memenangi PR di Mesir ? .. bila mereka berkempen dari rumah ke rumah .. perang poster dsb ... tetapi mereka mampu menang besar dalam PRU yang hanya di buka sedikit ruang untuk mereka bertanding . Sehingakan pengundi mereka di larang mengundi. Hampir setiap hari mereka menjadi perhatian masyarakat dan kerajaan , hampir setiap hari anggota mereka menyuarakan isu Islam dan survival umat Islam khasnya di Palestin . Isu besar ... mereka meraih sokongan dengan isu yang mereka bawa dan tokoh mereka di yakini mampu menerajui suara rakyat dan Islam . Tetapi kita ... terpalit dengan isu moral pemimpin , walaupun kita kata konspirasi tapi masyarakat telah muak ,... saman menyaman antara YB kita .. tindakan disiplin dsb. Isu remeh yang melambatkan dan mencemarkan imej .. Islam dan parti Islam ...
Mengapa antara kita ada yang sanggup bertindak seperti musuh dalam selimut ... kita kata mereka yang begitu asalnya biasa dengan kemewahan dan apabila menyertai PR yang banyak dugaaan dan halangan mereka tak 'tahan' tetapi jangan kita leka .. ada yang di SENGAJAKAN @ DI ARAH MENYERTAI KITA . Masuk untuk menjadi musuh dalam selimut ... dalam erti kata moden .. mereka adalah SB yang akan bertindak mengikut arahan 'majikan' mereka ... Itu lah yang di harapkan parti politik Islam perlu mengambil sikap ' hazar' sama seperti dalam gerakan Islam .
Kita perlu juga menapis dan meletak syarat ketat menerima siapa yang akan menjadi ahli kita khasnya menjadi calun kita dalam PRU .. jangan 'harapkan pagar yang memakan padi ...' dan 'sokong yang membawa rebah ..' namun LAWAN TETAP LAWAN ' .

Thursday, February 11, 2010

layan facebook gak

kenangan Tsunami di Aceh ... muzium Tsunami
pelakon waris jari hantu ... ihsan kosmo ..
11.2.10 Kebelakangan ni mula berjinak dengan facebook , ramai juga anak anak saudara dan rakan mereka , rakan sekerja dan kenalan ... memang tempat mencari dan bertanya khabar yang baik .. malah pelbagai guna ... tapi yang banyaknya bercerita keadaan seharian yang santai ... memang mengasyikkan dan 'makan' masa ... boleh 'layan' kalau boring ...
Namun tak ketinggalan yang berat dan membawa idealisma masing masing secara mudah dan santai . Cara yang berkesan .. dan punya audiance yang memang ramai .. pendek kata bo leh jadi medan bagi segalanya .. boleh di manfaatkan untuk dakwah .. bagi da'ei dan medan bertukar maklumat ... tapi yang banyak ialah medan kemeriahan anak muda ber'chatting' dan mengumpul ramai kenalan baru dan lama .
Boleh juga tumpang sekaki nak tengok 'trend' hari ini .

Monday, February 1, 2010

takziah

2.2.2010 Selasa .
Hari ini genap setahun bertugas di HoSHAS @ K9 ... warga kerja HoSHAS arif dengan K9 tu apa dia .. ada keperluan untuk menambahbaik perkhidmatan .. tunggu lah . 30 dan 31 .1. 2010 berada di Negeri Terengganu .. menziarahi besan yang meninggal ( ibu mertua Along ) . Takziah bagi semua keluarga beliau .. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya .. inna lillahi wa inna ilaihiraji'un ..

Saturday, January 16, 2010

isu kalimah Allah dan bakar gereja .


lawatan ke Gereja yang di serang

17.1.10 Semalam seorang sahabat sambil berbual mengenai isu kalimah Allah telah berkata . " enta perasan banyak kejadian dan tarikh penting tahun ini jatuh pada hari Jumaat ... contohnya 1 Januari ( tahun baru) hari Jumaat. Menjelang tahun 2010 18.12.09 @ Awal Muharam hari Jumaat , 25.12.09 @ Hari Krismas jatuh pada hari Jumaat seterusnya 15.1.10 Gerhana Matahari hari Jumaat , Maulidur Rasul 26.2.10 @ 12 Rabiul awwal juga hari Jumaat ... ' Hari Wesak 28.5.10 adalah hari Jumaat , Nuzul Quran juga pada hari Jumaat 17 Ramadhan 1431 , Hari Raya Puasa 1 jatuh pada hari Jumaat @10.09.10 . Hari Deepavali 5.11.10 juga hari Jumaat . Esok nantinya menurut ulama berlakunya hari Kiamat pada hari Jumaat . Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Saya tidak menjawab ... hanya menyatakan setuju dengan kenyataan beliau . Mudah mudahan itu adalah petanda baik .
Awal tahun 2010 ini pula @ Januari bermula dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian Herald . Berbagai pendapat dan pertikaian , demonstrasi di ikuti dengan isu pembakaran gereja .. ini menjadi sensitif . Cuba kita lihat ...
1. Majlis Fatwa negeri negeri .. bagaimana .. cari lah sendiri
2. Pemakaian kalimah Allah di Sabah dan Serawak sejak berapa lama dahulu .
3. Kenyataan Prsedien PAS melalui bertarikh 7.1.10 .
Penggunaan kalimah Allah oleh majalah Kristian ... ramai orang yang teruja dan terpanggil untuk membela .. tetapi penafian hukum Allah tidak ramai yang sensitif malah buat tak tau je .. sebaliknya mereka yang menyatakan untuk mendaulatkan hukum Allah itu pula di tuduh pelampau .. mana yang lebih penting .. hanya mmepertahankan penggunaan kalimah Allah dalam penulisan majalah Kristian (takut umat Islam 'terpengaruh' @ menjadi Kristian) daripada menghina hukum Allah dan tidak melaksanakan hukum Allah sedang kan telah di beri amanah memerintah negara selama 50 tahun .. malah terlalu banyak perlanggaran hukum Allah di biarkan ....
Memang umat Islam yang lemah iman akan terpengaruh dan keliru bila di tuliskan tuhan orang Islam dan Kristian kedua duanya ialah Allah jadi mungkin ada yang akan berkata Islam dan Kristian sama je .. tapi bukan ke ramai dah orang 'Islam' yang beramal dengan Islam Liberal (yang menyamakan semua agama) melalui filem , media dan jurucakap mereka lama sebelum isu penggunaan kalimah Allah di putuskan oleh di mahkamah. Apakah ini agenda mereka untuk menjayakan fahaman mereka ) Jadi akan ada dari orang Islam yang akan memilih Kristian . Pun begitu ada orang Islam dah murtad sebelum ini pun , heboh .. kita desak adakan undang undang murtad ... yang berkuasa buat tak tau je .. macam macam alasan . Kita mahu supaya penggunaan kalimah itu tidak di benarkan jika di salah gunakan . Ada kaedah dalam Islam , hak dan kepentingan awam , menghormati agama lain , dakwah dan sebagainya mempunyai seni dan ilmu yang ada hujah yang jelas pula . Bukan hanya dari satu sudut . Mengapa sekarang menjadi isu ? .. sedang di Sabah kalimah itu telah di gunakan sejak dulu . Filem yang boleh memesongkan umat pula di biarkan malah di beri anugerah pula sebagai filem terbaik .. tak de pula orang yang berdemo ... lihat Gubra , Sepet dll . Pengarah nya pula di angkat sebagai pengarah yang kreatif dan di puji melambung ..... sedang karyanya boleh merosakkan .
Al Quran pula ada menyebutkan... ' Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhamad bertanya kepada mereka (orang musyrik) itu .. '' Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ? '"Sudah tentu mereka akan menjawab "Allah" . " Ucapkanlah (wahai Muhamad) " Alhamdulillah (sebagai bersyukur di sebabkan pengakuan mereka demikian - tidak mengingkari Allah ) Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui ( hakikat tauhid dan pengertian syirik ) Luqman ayat 25.
Lihat juga Al ankabut :61 , Al Ankabut :63 , Az Zummar : 38 az Zukhruf : 9 dan 87

Bermakna orang kafir akur bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah dan menyebut nama Allah .. dalam konteks ini salahkah mereka mengakui dan menggunakan kalimah Allah .. Tidak ..
kerana jawapan itu di nyatakan dalam Al Quran .. dan itulah hakikatnya tuhan bagi alam ini adalah ALLAH ...termasuk tuhan bagi orang kafir .. Kristian dan lain lain. Dalam ayat lain ... agama samawi ( yang asalnya dari langit ) Yahudi , Nasrani dan Islam di seru kepada agama Allah bersatu dengan nama Allah... Ali mran : 64

Ada pentafsiran yang lebih jelas terhadap ayat di atas tetapi melihat pada zahir ayat sudah jelas dan memang hakikat tuhan kepada alam ini adalah Allah .. mengapa tidak kita berharap dalam konteks hari ini mereka dari Kristian dan lain lain yang melihat kebesaran Allah tadi agar menerima Islam sebagai agama mereka . Mengapa mesti di bakar gereja mereka .. sedangkan telah jelas Islam melarang memusnahkan rumah ibadat agama lain hatta dalam perang sekalipun inikan pula masa aman Mereka yag terlibat membakar gereja memang tidak faham agama dan ada agenda tersendiri .. terancang .. mencari kambing hitam yang akan di mangsakan .. siapa yang berkuasa membuat ini ..?? jawablah sendiri . Merekalah yang bermain api sekarang ini .
Bagi pejuang Islam sebenar jelas berbeza dalam isu ini .. dan ia bukan politik murahan kerana ini adalah sikap dan Islam mengajarkan bagaimana toleransi dan menghormati agama lain . Ada hujah . Tidak perlu demonstrasi malah simpati dan menjalin keramahan bila kunjungan di buat ke gereja yang aniaya . Mereka pula jelas , rujuk kepada perlembagaan dan resolusi majlis fatwa negeri negeri dan KDN sebenarnya boleh menjalankan peranan mereka . Mengapa di bimbangkan ...
Kesimpulan nya :
1. Islam tidak memaksa penganut agama lain menganut Islam , masing masing dengan kerelaan dan kefahaman nya dan akan menerima ketentuan Allah .
2. Umat Islam yakin dengan kebenaran dan keterbukaan Islam dan sentiasa membuka pintu kepada manusia untuk menerima Islam tanpa paksaan .
3. Penggunaan kalimah Allah adalah tidak di larang dalam batas nya , malah Allah adalah sebenarnya tuhan kepada semua, bukan milik orang Islam semata mata tetapi orang kafir telah memilih tidak bertuhankan Allah seperti yang Islam bawa.
4. Demonstrasi dan kejadian membakar gereja adalah di larang dan BUKAN dari ajaran Islam .

Kepada mereka yang berdemonstrasi .. mengapa ketika berdemonsrasi apabila hujan turun kamu menjadikan ' manila kad ' dll yang kamu tulis kalimah Allah di atasnya sebagai payung kemudian apabila sampai ke tempat teduh kamu campakkan kertas itu (yang tertulis nama Allah ) kemudian ada orang yang memijak nya .. sengaja atau tidak .. Bukan kah kamu telah menghina nama Allah dengan melontarkannya ke tanah dan memijaknya sama dengan kamu marahkan Israel memijak mijak bendera Israel .. apa pula hukum nya . Bagaimana pula jadi nya kamu ?? Satu masa kamu menentang pengunaan kalimah Allah oleh orang kafir tetapi pada masa yang lain kamu menggunakan nama Allah dalam demonstrasi kamu dan kemudian memijak nya pula .. Hipokrit , dan tak faham nya kamu ... tuaian kamu di akhirat nanti adalah dari apa yang kamu tanam .
Mudah mudahan peristiwa tahun 2010 ini yang banyak jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan dan kemenangan kepada Islam kerana Jumaat adalah penghulu segala hari. Penghulu adalah pentadbir .. pemerintah . Islam bakal memerintah tidak sekarang .. akan datang .. Tuhan maha Mengetahui .. kita hanya akan di tanya adakah kamu berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ... hanya Allah akan menentukan tertegaknya agama Nya... dan kita hanya perlu bekerja @ beramal ke arahnya . Bertenang dan fikirkan lah jangan terlalai dan menjadi 'budak' dari pencatur ghaib yang zalim .

Wallahu a'lam .

Saturday, January 9, 2010

Hati orang tua



9.1.10 Sabtu ..
Dunia yang berlari kencang seakan kita tertinggal jauh . Tak mampu bersaing dengan masa . Kejadian dan peristiwa silih berganti seribu satu macam ... Pada kejadian lalu , kejadian yang terlalu menyayat . Seorang anak yang di syaki membunuh keluarga ayah , datuk nenek dan adik perempuan nya . Kepala ayah di potong. Dari Kg. Kubang Rotan Gemenceh NS di tanam di Shah Alam . Budak cerdik graduan UTM Skudai , bekerja tetapi telah dua kali putus tunang Inilah persoalan nya .. mengapa jadi begitu ... Inilah kecelaruan. Hidup dan kehidupan adalah sandiwara ... namun pelakon nya mempunyai pilihan dan hak untuk bertindak dan memainkan peranan . Itu janji Allah . Kewajipan manusia berikhtiar / berusaha dan ketetapan adalah hak Allah swt .
Ada persoalan yang perlu di rungkai ... apakah dia pesakit mental .. mudah untuk menuduh dan menghukum tetapi ranjau duri yang di tempuh nya sebelum kejadian , mengapa beliau bertindak begitu .. sedang si ibu tetap mengatakan beliau anak yang baik sebelum dan sesudah kejadian . Hati seorang ibu .. tetap redha dengan takdir , kita di uji dengan berbagai cara . Sejauh mana kesabaran dan keyakianan kita dengan takdir dan kewajipan kita untuk akur dan batas kita berikhtiar , menyelaras dan menimbang peranan dan tanggungjawab kita .
Masih tercari cari idea untuk menulis malam ni tapi tak pe lah dengan coretan yang ringkas ini , cukuplah dulu , hanya berharap semua anak anak di perantauan selamat dan tidak terlibat dengan maksiat dan dan dosa . Orang tua di kampong hanya dapat berdoa dan dengan sedikit bekalan ilmu agama .. mudah mudahan mereka semua selamat ... begitu juga dengan para remaja dan pewaris bangsa dan ummah ini semuanya kembalilah ke pangkal jalan mana yang berkenaan .
Wasalam .

Sunday, January 3, 2010

Adam dan bangsa di dunia


2.1.10 Masih bercuti ... hari ini mempunyai sejarah nya , begitu juga semalam 1.1.10 bersamaan 15 Muharam 1431H . Matahari cerah dan langit cerah awalnya. Petangnya tanam pokok kelapa di sisi rumah moga ada berkat nya sempena 15Muharam bulan cerah bersamaan pula 1.1.10 . Kata orang tua nak tanam nyior @ kelapa elok tanam di bulan penuh dan sebelah petang akan cepat dan banyak berbuah . Harapnya gitu la .
Hari ini pula 2.1.10 menerima rombongan meminang kak de .. bincang lebih kurang oleh kerana semua nya telah di atur perbincangan mudah dan lancar .. hanya 1 jam siap bincang dan makan tengah hari kemudian sama sama solat Zohor di masjid berdekatan . Beres .. hari besarnya kalau tak de halangan 9.10.10 akan lansung la . Amin .
Masa dah berubah .. kalau dulu Portuguese dan Belanda di kenali sebagai bangsa yang menjajah negeri Melaka dan Indonesia , berbagai onar dan kerosakan harta dan nyawa , di benci oleh anak pribumi .. episod perang berlaku bertahun tahun malahan puluhan tahun . Di Melaka selepas Portuguese datang pula Belanda . Akhirnya berlaku assimilasi antara pendatang @ penjajah dan penduduk pribumi . Satu kelompok generasi baru muncul seterusnya berlaku kahwin campur lagi sehingga melahirkan satu bangsa lain .. begitu sebenar umat manusia berkembang sejak dari zaman Nabi Adam as lagi berkembang dan terus berkembang , tanah dan daratan serta pulau yang memisahkan . Adam as dan Hawa nenek moyang seluruh manusia di bumi .. Perbezaan benua tempat tinggal , cuaca dan cara hidup melahirkan identiti sesuatu kaum keturunan Adam tadi hingga di kenali sebagai satu bangsa baru / lain ..
Mereka juga akan terus berkembang ... yang penting ialah Mentauhidkan Allah Pencipta yang Esa dan mematuhi serta mengakui Risalah terakhir Nabi Muhamad saw . Menjadi hamba Allah yang taat dan patuh juga menurut jejak para anbia memelihara , menegakkan , membela Islam dan mendaulatkan hukumnya . Itulah bangsa yang akan berjaya ...
Islam tidak di warisi .. tetapi hendaklah di fahami dan di hayati dan di amal segala ajarannya ...dan ia adalah rahmat untuk seluruh umat manusia ... bukan untuk Melayu , Arab , India .atau sesuatu bangsa sahaja , ia untuk semua bangsa . Islam dengan kefahaman maka akan menjadi kan kita lebih takwa .. hanya takwa sahaja yang menjadi ukuran di sisi Allah .. siapa yang lebih takwa itu lah yang mulia dan di kasihi Allah ...
Begitu ... selamat menjalani hidup sebagai seorang Muslim dan keluarga muslim .. Shafie Van V