Friday, October 29, 2010

PDK Titian Harapan Temerloh / Hari Keluarga 2010



30.10. 10 @ Sabtu , Mesy. khas PDK Titian Harapan Temerloh untuk menganjurkan program sukaneka dan hari keluarga bg tahun 2010.

Majlis bersetuju untuk mengadakan program tersebut pada 4.12.10 di Dewan Seri Mentakab mulai jam 8.00 pg - 01.00 th. Perasmian akan di sempurnakan oleh YB Chua ADUN Mentakab . PDK Titian Harapan T'loh adalah badan sukarela mengurus keperluan anak anak OKU di Daerah Temerloh. Mula beroperasi pada tahun 1996 .Sekarang mempunyai 72 orang pelatih / murid @ Anak OKU yang berdaftar . 34 orang dari nya hadir ke kelas pembelajaran dan pemulihan manakala selebihnya menerima khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas / guru PDK di rumah masing masing . Lawatan rumah di lakukan pada hari Jumaat setiap minggu dan kelas di buka pada hari Isnin hingga Khamis mulai jam 08.00 pagi hingga 01.00 tengah hari .

PDK di tadbir oleh AJK PDK TH yang di pilih dalam mesyuarat agung PDK yang di hadiri oleh ibu bapa/penjaga murid / peserta setiap dua tahun sekali . Pembiayaan guru dan keperluan asas adalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan peruntukan khas setiap tahun . Seorang penyelaras dari JKM di tugaskan sebagai pemantau perjalanan PDK dan memberi panduan serta sokongan teknikal kepada guru dan AJK PDK di mana beberapa program kesedaran OKU dan bimbingan serta pembelajaran untuk ( guru , ibu bapa / peserta ) di anjurkan setiap tahun . Tidak ketinggalan program sukan @ Special Olympic di adakan di Kuantan . PDK Titian Harapan turut mengambil bahagian .

AJK PDK di galakkan / di minta menjalankan aktiviti sosial dan sebagainya untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat terhadap keperluan gulongan OKU serta penjagaan mereka . Program sukaneka dan hari keluarga yang akan di adakan adalah bertujuan seperti di atas di samping meningkatkan silaturahim dan ukhuwah antara peserta , AJK , staff JKM serta orang awam . Walaupun di adakan di dalam dewan orang awam adalah jemput sama untuk menjayakan dan memeriah program tersebut . Kami juga mengalu alukan sukarelawan yang sudi hadir dan bersedia untuk membantu .

AJK di minta menyumbang sebanyak RM50/: minima seorang manakala ibu bapa / keluarga OKU RM10/: sekeluarga bagi memupuk kebersamaan dalam setiap aktiviti yang di anjurkan .
Pihak swasta dan komuniti / awam amat di galakkan untuk memberikan sumbangan tenaga , idea dan material bagi menyokong dan menambahbaik aktiviti dan penjagaan serta kebajikan peserta PDK .

Keperluan utama yang sedang di usahakan sekarang ialah mendapatkan rumah / premis baru dengan kawasan yang luas dan selesa bagi aktiviti riadhah dan sebagainya juga menampung peserta yang semakin bertambah .

Di sertakan gambar aktiviti terbaru untuk tatapan umum mudah mudahan anda semua terpanggil untuk menyertai kami atau menghulurkan sumbangan : Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi melalui talian berikut : En Shohaimi - 0129504278 atau AJK serta guru PDK - 0199933841 .

Sekian .

No comments:

Post a Comment