Thursday, January 15, 2015

BANJIR2014-15

15.1.15  Jumaat ..

Sudah lama tidak menulis .. namun mengenangkan keadaan banjir yang baru berlaku ingin juga berkongsi beberapa catitan untuk tatapan di kemudian hari . Saya mengalami ujian banjir pada tahun 1970/71 yang di katakan lebih besar dari yang terjadi baru baru ini . Hakikatnya memang begitu .. dapat saya ingat air yang melimpah pada tahun 1970/71 hingga ke pinggir bukit tempat terletaknya sekolah keangsaan Lebak tempat pemindahan yang di sediakan . Sebahagian dari kami  berundur  juga ke bukit yang lebih tinggi kerana bimbang air akan naik lebih tinggi sehingga  meliputi puncak  bukit sekolah tempat kami berpindah . Namun ianya tidak berlaku di mana air kemudiannya surut .

Begitulah air kali ini di lihat untuk sampai ke tahap 1970/71 masih jauh .. antara 7 hingga 10 kaki menegak baru menyamai paras 70 /71 . Namun kerosakan dan kerugian adalah lebih besar kerana  orang ramai 'yang di uji' kali ini  mempunyai banyak harta dan peralatan serta kemudahan rumah tangga yang jauh berbeza dari zaman 70/71 . Lantaran itu kerugian dan kemusnahan amat terasa . Demikianlah  Allah swt mengajar manusia ..hanya dengan air .. di tenggelaminya buat beberapa hari sem ua nya idak berguna lagi ..rosak dan perlu di baiki yang menelan belanja yang besar atau di buang .


Banjir tahun 70/71 ..hampir mencecah masjid Abu Bakar Temerloh  dan 
menenggelami sebahagian besar sekitarnya ... Namun  tahun 2014/15 ia hanya 
2-3 kaki dalam di atas di jalan raya  di bawah bukit masjid tersebut 
yang juga di bina di tas lembah yang di tambun ..


jambatan yang di bina  selepas banjir 70/71 oleh pihak tentera ( kemudahan tentera ) 
sementara menunggu jambatan yang ada sekarang di bina  ( sekitar tahun 72-73 )


Pun begitu antara yang amat membanggakan ialah  sikap prihatin masyarakat begitu  ketara di mana bantuan makanan dan keperluan harian termasuk untuk  bayi dan kanak kanak datang mencurah curah . Selepas banjir bantuan mencuci dan membersih  .. Rakyat Malaysia , saudara mara datang bersilih ganti tanpa mengenal penat dan tiada batasan kaum dan agama . Syabas rakyat Malaysia. Namun ada juga mereka yang acuh tak acuh dengan keadaan yang menimpa saudara mereka .

Amat di kesali juga segelintir di kalangan 'yang  di uji ' maupun  mereka yang menjaga kebajikan di tempat tempat pemindahan yang bersikap tidak telus . Saya di uji dengan suasana yang tidak dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa berikutan di sekitar rumah , masjid dan sekolah di jadikan tempat pemindahan di tambah lagi dengan tiada bekalan api letrik selama beberapa hari .  Saya di uji lagi selepas banjir dengan kunjungan petugas dan konvoi bantuan dari luar menyampaikan bantuan dan pertolongan membersih rumah sekitar kampong tempat tinggal . Bertindak sebagai penyelaras tenaga petugas yang ramai dan tidak ketinggalan menyampaikan amanah dari beberapa NGO yang menghantar bantuan makanan dan peralatan untuk mereka yang terjejas dan di uji oleh banjir . Antara NGO yang sempat di temui ialah Islamic Relief Malaysia , Unit AMAL  Malaysia , IKRAM , pelajar - pelajar KUIS dan perseorangan .

Beberapa gambar untuk tatapan  bersama khasnya mereka yang terlibat  sebagai kenangan  dan tanda yang boleh menceritakan  segalanya .

1. Semasa dan selepas banjir di kampong saya dan daerah Temerloh .
2. Bantuan  yang sampai  tenaga kerja sukarelawan dan konvoi bantuan makanan dan peralatan 
    keperluan : - 




pemandangan dari esplanade Temerloh . air sedang naik .



pemandangan di kawasan resort Taman Negara @ sekitar jeti  Kuala Tahan 


gambar hiasan ...

MP Temerloh meninjau keadaan .. Teluk Ira 

Bus stop dekat simpang naik ke KD dan Masjid Lebak ... sekitar Gerai PLB  



kemuncak banjir  ... dari  bangunan pejabat UPU Lebak  ...

sisi kanan bangunan pejabat UPU Lebak ...

Simpang masuk ke KD Lebak , masjid dan rumah saya .... 


gambar hiasan 

depan ru,ah ayah Tam Hj A Bakar Saleh ... kemuncak banjir @ 26.12.14
  
gambar semasa air sedang naik dan beberapa tempat  di tenggelami  air ...
Nantikan gambar selepas banjir dan misi bantuan MP P088 , IRM , Unit AMAL dan konvoi dari Johor ..

catitan : sebahagian besar gambar di ambil dari kamera dan penglibatan sendiri .






No comments:

Post a Comment