Friday, November 27, 2009



27.11.09 Hari Raya Eidul Adha 1430H .

Alhamdulillah hari ini dapat merayakan eidul Adha dan solat sunat di masjid lama kampung di ikuti dengan majlis korban . 'Join' korban tahun ni untuk arwah adik @ A Jamal . Selesai daging di lapah dan di agihkan kepada mereka yang bekerja kemudian beberapa jiran dan kenalan yang sempat di ingati . Jiran yang uzur dan warga emas menjadi pilihan. Sebahagian nya juga di jadikan lauk untuk di makan tengahari bersama petugas .Kebetulan hari ini hari Jumaat jadi majlis makan tengahari tidak meriah kerana sahabat datang makan selepas solat jumaat secara 'beruncit runcit' .

Hari Eidul Adha kurang meriah bagi masyarakat di negeri kami , ziarah menziarahi kurang , ucapan selamat sms dsb pun tidak sebanyak aidil fitri . Namun hakikatnya eidul adha sebenarnya amat bermakna kerana ia di kaitkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang di uji oleh Allah dengan seberat berat ujian , keturunan dan pengikut yang sedikit , anak yang di tunggu di perolehhi di usia tua di perintahkan supaya di tinggalkan di tempat yang kontang tiada penghuni ( awal Kota Mekah ) kemudian apabila kembali , setelah anak agak besar ( pandai bermain dan keletah berkata @ Nabi Ismail ) di perintah kan pula supaya di sembelih . Keduanya ayah dan anak di uji keimanan dan keduanya patuh tanpa membantah redha ... bayangkan lah .. anak kesayangan yang di tunggu tunggu ... di perintah di sembelih pula ..

Akhir cerita Nabi Ismail di gantikan oleh Allah dengan seekor kibas . Sejurus apabila Nabi Ibrahim membuka mata selepas ' menyembelih' Ismail di dapati yang di sembelih adalah seekor kibas .. @ menyerupai biri biri dan Nabi Ismail di selamatkan oleh Allah / di ganti dengan kibas tadi . Dari peristiwa ini ibadah korban menjadi sunah yang amat di tuntut sebagai bukti iman yang tertanam .. Berkorban kerana Allah .. bukti takwa dan kepatuhan sejati .. seperti Nabi Ibrahim dan anak nya Nabi Ismail .

Serentak dengan itu juga Kota Mekah dan Madinah sedang menerima limpahan / jutaan umat Islam yang sedang menunaikan Haji menurut semua yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail dan Siti Hajar .. ruklun sa'i , tawaf , wukuf mempunyai nilaian tersendiri menguji keimanan umat Islam . Mereka zahirkan melalui rukun amali / demontsrasi peristiwa tersebut . Mereka melontar jamrah adalah melontar syaitan yang mengganggu Nabi Ibrahim ketika mahu menyembelih ' melaksanakan ' perintah Allah tadi . Iktibar nya adalah umat Islam perlu melontar dan melawan godaan syaitan yang sentiasa mengganggu kita dari melakukan taat kepada Allah . Janganlah pula hendaknya apabila kembali dari haji ' berkawan' pula dengan syaitan yang sentiasa menentang kedaulatan Islam ... tiadak mahu pula mendaulatkan Islam dalam diri dan negara . Kita perlu menghayati sebenarnya pengertian haji dalam kontek 'survival' umat Islam hari ini . Adakah anda puas hati hanya memegang Islam dalam ibadat sahaja ( itu pun dalam keadaan yang minima sekali @ sempit ) sedangkan banyak sistem nya di ' larang' untuk di praktikkan . Negara Islam dan Hukum Islam tidak berjalan / tidak di daulatkan.

Negara ini hanya milik umat Islam ... tetapi peraturan nya tetap peraturan / sistem penjajah Inggeris yang di warisi oleh ' pewaris'nya yang di didik di 'madrasah' mereka yang di beri nama @ Malay College , Anderson School , Clifford School , King George School dll. Ingeris tidak mewariskan negara tercinta ini kepada 'pencinta dan pejuang' Islam .. sehingga apa yang di warisi kini dan masalah yang di hadapi adalah ' penolakan ' terhadap perlaksanaan Islam yang syumul dan menyeluruh ....

Pengorbanan Nabi Ibrahim hanya di ingat di sudut peristiwa tetapi jauh dari ruh untuk melaksanakan seluruh perintah Allah sebagaimana di perintahkan dalam Al Quran .. dan ayat Al Quran tinggal di baca dan di lagukan dst tetapi tidak boleh / tidak di perjuangkan supaya di amalkan segala arahanNya . Terlalu banyak perintah / peraturan yang tinggal dalam lipatan kitab Al Quran dan kitab kitab tulisan para ulama' ... tidak menjelma dalam realti hidup umat Islam masa masakini . Lantas bagaimana ... siapa dan di mana para 'rijal' harapan Rasul saw untuk membela dan mendaulatkan Islam ...

Tanya iman anda .. dalam merayakan Eidul Adha ... hari pengorbanan .. apa pengorbanan anda untuk agama ?? Adakah anda puas dengan keselesaan sendiri .. tanpa mempedulikan 'kedudukan agama yang anda anuti ... tanpa mempedulikan nasib saudara se iman di negara negara seperti Thailand , Iraq , Palestin , Syria , Filipina dll . Apa kah anda hanya puas dengan keselesaan rumah besar berharga ratusan ribu , berkereta besar , berkerjaya besar dan hebat , menjadi usahawan yang berjaya yang hakikatnya adalah pinjaman dari Allah . Ada iktibar apabila Allah kehendaki dalam sekelip mata semua itu akan hilang dan hapus begitu sahaja .. Betapa Tsunami , betapa Gempa di Padang malah yang berskala kecil seperti kemalangan , kebakaran , lemas dsb . Semua yang anda milikki dan sanjungi hilang sekelip mata ... Apa yang kekal adalah yang anda simpan di sisi Allah .. derma bakti anda , ilmu dan bimbingan anda dan keturunan anda yang bertakwa dan mendoakan yang terus bekerja untuk agama dengan 'jihad' yang benar dan tulus sebagaimana di bawa oleh Anbiya dan mujahidin ...hingga akhir zaman .

Adakah anda puas dengan hanya rutin yang tidak produktif bagi umat ini sedang 'musuh' mengetuk pintu rumah rumah saudara anda setiap hari ..... bukan hanya menawarkan 'kesesatan' malah membunuh ...

Adakah anda puas dengan dunia anda hanya .. rumah ---- > tempat kerja .... > balik ke rumah ..... > petang cuci kereta .... > pagi minggu jogging di taman tasik / mana mana lah .... > cuti ... > makan makan bersama anak isteri .... dan tidur ?? dan anda menjadi ' penonton' bisu kepada segala 'keruntuhan' umat hari ini ... Ada Saudara anda / para remaja / belia malah rakan anda berkata ... ' mana tangan tangan tangan saudara kami .. buat menarik kami dari lembah ... kehancuran / kehinaan ini ...' .

..' Umat Islam umpama buih ' ... di akhir zaman ? berdoa lah agar kita menjadi gulongan yang sedikit yang redha dan istiqomah dengan amal ' amar makruf nahi mungkar ' ..

Lihat Surah Al Asry ..bermaksud : " Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian , kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh . Nasihat menasihati di atas kebenaran dan nasihat menasihati (berpesan pesan ) di atas kesabaran (agar bersabar ) ''.

Bertemu di lain ... masa . ' Lu fikirlah sendiri dan tanya iman ...'




No comments:

Post a Comment