Friday, December 4, 2009

orang kita masih kurang kerja kebajikan

5.12.09 Hari ini saya ke HoSHAS Temerloh tempat kerja untuk beberapa bulan lagi ... kami ada anjurkan kursus Perawatan Gantian Methadone untuk staff HoSHAS ( jemputan terhad ) bagaimanapun ramai juga yang tak hadir . Mungkin kerana pagi ini hujan turun agak lebat sejak malam nya .

Turut hadir adalah aktivis DIC dari Pejabat mereka di Pekan Awah Hj Hashim dan rakan.. ringkas cerita dan nak simpulkan ialah kita orang Melayu Islam masih ketinggalan dalam kerja kerja kebajikan. Beliau ada menceritakan terpaksa menghantar seorang yang di tinggalkan oleh keluarga melayu Islam nya di sebuah pondok di kawasan kubur Cina ke pusat jagaan milik orang Kristian . Banyak orang kritik tetapi mengapa orang Islam sendiri tak mau buat kerja sukarela begini . Kita suka kritik tetapi tidak mau buat kerja ... mana NGO Muslim yang iltizam dengan kerja kebajikan yang bagi khidmat kepada gulongan 'tahap' marheen ni .. ada tetapi terlalu sedikit , syabas dan tahniah .. pada mereka ( nak cerita perkara ni tapi masa agak suntuk .. ade tugas penting .. lain kali la ..

Sebelum akhir saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada teman 'jawajadid.blogspot.com ' yang dah jadi follower di blog saya dan saya baca blog dia ..woi hebat juga isu yang di bawa nya ada nye ..... saya pun nak response lain kali dengan isu seperti dia ... bertukar pandangan .. tapi lain kali .. Selamat Datang dan terima kasih ...

4.09 minit ptg.

No comments:

Post a Comment