Wednesday, December 23, 2009

tahun baru

BOH TEA di Sg Palas di CH ni dah berapa lama ujud .. sehingga orang tak boleh lupa .. bangun pagi minum teh Boh .. ummmph .. gambar hiasan je .. pada yang terlbat mohon izin guna gambar ni ..

26.12.09 @ 3.14 ptg (waktu tempatan )
Selepas beberapa hari menyambut maal hijrah @ 18.12.09 ( 1Muharam1431H ) kini menjelang pula tahun baru masehi 2010 .. .azam tahun baru ?? hanya mahu membuat yang terbaik ... dalam semua penglibatan dan seterusnya sentiasa memupuk diri agar tidak jemu menjadi hamba Allah yang bersyukur .. sentiasa berbakti dan membuat islah .

1. Institusi .. kebajikan dalam perancangan : Dulu di sebutkan orang kita kurang kerja kebajikan maka tahun ini akan mula mengasaskan 'rumah kebajikan' setidak tidak nya satu kertas cadangan akan di siapkan tahun ini dan akan di kemukakan kepada pihak yang berminat ....
2. Di tempat kerje : tinggal 1 tahun 6 bulan lebih kurang .. nak bersara dah .. saya rasa ada beberapa perkara yang perlu di bereskan ... perkhidmatan Com. Psy. perlu di asas dan di aktifkan dengan kemudahan sedia ada dan di tingkatkan dengan aktiviti masyarakat .. promosi dan pemulihan . Ada kaitan dengan 'institusi kbajikan ' yang di rancang ...
3. NGO PDK TH Temerloh ... nak cari tapak baru agar lebih maju dan ceria .. ruang sedia ada untuk mendapat tempat dan sokongan JKM ... ada kaitan juga dengan perkara 1.
4. Tumpuan dalam J pun akan di pertingkatkan dengan aktiviti 'niche' ini ... khususnya bagi zone Jalan Triang ... sehingga 'Amal' ini akan mengubah landskap dan gerakkerja J selama ini . Selain itu pembinaan ' rijal' perlu di lipatgandakan dan di susun rapi .. LTLP .. perlu professional .
5. Kerja kemasyarakatan JUTPML ... sedia ada jangan di talkin kan .. perlu terus dan berkesan .

Takwim dan jadual kerja yang ada dan bakal di adakan ' wajib' di ikuti ... memang untuk mencapai kejayaan kerja perlu mengikut jadual dan disiplin .. kalau tidak lambat lagi la ... inilah yang menjadi lumrah bagi kebanyakan .. tidak ketinggalan saya .. perlu berubah .. Hijrah ..

Bagaimanapun pengkhususan dan komitmen pada satu aktiviti ' niche' akan membuatkan ia lebih berkesan dan berjaya . Saya rasa memang sudah sampai masanya 'menginstitusi'kan aktiviti supaya lebih berdaya saing ... dan professional . Seorang tidak upaya membuat semua perkara ... Marilah kita bekerja lebih fokus dan dedikasi dalam semua bidang khasnya untuk 'mengislah' kan ummah dan cari lah keistemewaan anda dan teruskan semoga Allah memberkati perjalanan kita nanti . Esok 27.12.09 taklimat PTS di KIAS ... jadikan lah sebagai titik mula merubah dan mengislah diri juga ummah ...

Demikian 'azam' untuk 1431H @ 2010M .. doa ku semoga di perkuatkan azam dan tekad serta iltizam ... Amin .. ya Allah ..




















No comments:

Post a Comment