Sunday, December 6, 2009

Taja haji TGNA .

6.12.09 @ 9.53.00 pm waktu tempatan ... waktu posting ni mula di tulis .. semalam 5.12.09 ade program sedikit ngan kawan kawan ... timbul isu Tuan Guru Nik Aziz terpaksa batalkan pergi haji tahun ini kerana pemergiannya kali ini di taja oleh seseorang ... pelik juga ramai yang minat dengan isu ni .. ya lah 'MB ade orang taja pergi haji'... kawan tu kata .. kerajaan taja johan qari dan qariah ke Mekah / haji tak de pulak yang bising ... .. saya tahu orang nak kaitkan dengan kerja SPRM . 'dah black out .. pulak .. berhenti dulu ..'

sambung pagi ni ... 7.12.09 ..

Memang kebelakangan ni media utama asyik timbulkan isu tok guru . Ada agenda mereka nak jatuh kan imej tok guru dan kepimpinannya dan parti yang tok guru jadi mursyidul amnya .. Logiknya .. kalau tok guru banyak ' kontroversi' begitu maka gulongan muda , penyokong dan orang awam akan terkesan dan mengkaji semula sokongan mereka ... khasnya orang atas pagar yang dah banyak beri sokongan untuk kemenangan PR jadi bagi menghadapi PRU 13 imej PR mesti di calarkan dan di jatuhkan .. Isu yang di hadapi tok guru kini adalah agenda . Pantang ada kata dan perbuatan tok guru yang boleh di jadikan isu maka di eksploit begitu rupa . Yang tak ada pun boleh di reka dan nampak 'betul' macam kes DSAI dulu yang menurut pengakuan DrM adalah 'rekaan' beliau .

Penulis dan mereka yang 'makan upah' sanggup buat apa saja hatta mengaibkan orang dan memainkan isu bagi mencapai hasrat 'majikan' yang mempergunakan mereka .

Apa salahnya kalau tok guru ada yang taja pergi haji ? sama je kita upah orang buat haji untuk keluarga kita seribu atau dua ribu seorang . Bagi orang yang berduit taja la tok guru mana mana atau orang alim pergi buat haji untuk arwah keluarga ( orang benarkan upah haji tapi tak benarkan orang taja pergi haji ... ) Kerana yang di taja ni MB boleh dan dinamakan 'rasuah' ? 'Beruntungnya kita tok guru apapun tindakan , ramai yang tolong perhati dan ingatkan supaya jangan buat salah' .

Mereka fikir dengan apa yang mereka tahu atau yang mereka selalu buat .. tengok dan kaji la dulu siapa .. jujur pada diri anda .. diri kita .. Kalau dah 20 tahun jadi MB beliau masih tinggal di rumah lama beliau , tak ade rumah baru malah rumah kerajaan pun beliau tak duduk , masih sibuk mengajar di masjid beliau dan tempat tempat lain siapakah orang ini ... kaki rasuah ke ..? Banyak yang beliau boleh 'dapat' dah 20 tahun memerintah ... Bagi orang yang 'makan upah' dan ' majikan'nya apa pun banyak dalih dan andaian mereka .. Mereka boleh kata , kat situ tak de la tapi kat tempat lain manalah tau kat Australia ke , Turki ke dll ada 'istana' beliau . Dia ingat tok guru macam dia .. boleh 'di beli' . Takutlah wahai saudara dan mereka yang begitu . Allah maha mengetahui .. tak ade orang yang tidak tersilap / berdosa tapi sebaiknya umat kata Nabi saw ialah 'orang yang kembali ke pangkal jalan @ bertaubat' ..

Jadi TGNA batalkan pergi haji nya ... kawan tu kata ... aku kalau ada duit pun nak taja tok guru pergi haji suami isteri dan minta beliau buat haji untuk arwah ibu dan bapa aku .. ' itu taja juga namanya .. Orang alim / ulama yang buat haji untuk ibu dan bapa kita .. besar fadhilat nya .. saya pun fikir gitu . Mengapalah mereka ni sanggup besarkan isu ni .. tak lain ada agenda politik mereka nak jatuhkan tok guru dan PR .

Tok guru minta menantu nya letak jawatan dan dulu tok guru tak melenting dan melatah bila orang tahan anak nya dalam ISA .. itu lah lumrah perjuangan dan keikhlasan beliau . Harapan mereka supaya tok guru melatah tak menjadi . Bagi saya payah nak cari pengganti tok guru .. itulah yang di tunjukkan oleh masyarakat khasnya Pemuda di Kelantan dalam perhimpunan sokong Tok guru baru baru ni .

sekian dulu

No comments:

Post a Comment