Monday, December 7, 2009

amal jama'iyy

7.12.09 @ 5.58 . Sementara menunggu orang rumah jemput ( dia guna kereta hari ini dan pergi bayar roadtax sekali .. rupa nya dah lama expired) , tulis jap kat sini untuk di kongsi .

Dalam kerja dakwah .. sasaran utama orang muda .. banyak ruang dan aktivti yang boleh di lakukan , mereka tak kesah, badan tengah kuat dan sihat. Aktiviti mendidik dan membimbing perlu ada kesinambungan nya .. begitu untuk memberikan kesedaran mengenai agama , moral juga harga diri dan masa depan . Apa lagi mengenai tanggugjawab sebgagai pewaris negara akan datang, perlu kepada masa yang panjang , terancang dan tesusun rapi .

Lihat sahaja iklan jualan hari raya dan sepertinya berbulan bulan sebelum hari raya iklan telah mula di dengar dan di lihat terbentang di depan mata . Bagaimana pula iklan dan ' pengumuman' untuk sesuatu program agama @ dakwah dsb hanya beberapa hari sahaja di bentangkan dan di 'laungkan' .. tiada kesungguhan . Kesannya tidak merata dan tidak menyeluruh .

Perancangan awal satu soal dan satu lagi yang penting adalah kerja berpasukan .. @ jama'ei . Kita tidak mampu buat kerja yang berterusan dan berkesan berseorangan . Kita perlu berpasukan / berjemaah / berorganisasi . Oleh itu perlu kita bincangkan 'awal' dan bersama ' @ jama'ei . Perlu di set masa , kaji kemungkinan dan alternatif kekuatan dan kelemahan , sasaran dan promosi / publisiti . Semuanya secara bersama supaya tidak 'kepenatan' dan tercicir perkara yang penting dan bagi mengelakkan 'tangkap muat ' . Faktor ramai yang hadir tidak boleh menjadi ukuran kerana ' hard core' akan ikut dimana ada program ... kita perlu muka baru @ sasaran yang di tetapkan , barulah mesej sampai dan akan merata . Semua ini perlu follow up .. baik secara individu atau bersama kerana satu program tidak cukup untuk membentuk 'pelapis' .

Perlu juga di ingati bahawa kita tidak rintis jalan yang boleh menyusahkan orang yang akan melaluinya kemudian ... jangan rasa asal ada 'jalan' terus sahaja boleh di lalui dengan selamat dan berjaya sampai kepada matlamat yang di tuju . Ada jalan tidak sesuai di ikuti dan menjauh dari matlamat .. atau timbul masalah lain yang memburukkan suasana .

Begitu pentingnya kerja berpasukan / amal jama'ei . Antara yang perlu di fikirkan untuk asas kepada sesuatu program / aktiviti ialah : -

a. Aktiviti hendaklah di putuskan oleh organisasi .
b. Adanya organisasi yang tersusun .
c. Selaras dengan dasar dan pendekatan yang telah di tetapkan oleh organisasi .
d. Bertujuan untuk mencapai matlamat yang di tetapkan .

Dengan itu perlu adanya kumpulan sasar yang jelas dan bersesuaian dengan aktiviti . Kumpulan 'hard core' hanya memeriahkan dan 'bertugas' bukan sebagai sasaran atau peserta . Kita perlukan mereka sebagai ' aktivis' yang di khususkan .. dan fokus kepada sesuatu 'keistimewaan' nya . Sama sama kita fikirkan .

Ok .. entri ni adalah untuk para sahabat yang memahami dan memerlukan sedikit panduan 'kerja' yang sama sama di hayati dan mahukan kesan yang maksima ..... mungkin ada yang tak faham ... tak pe , ade yang memahami nya ...

8.12.09 11.56




a.

No comments:

Post a Comment