Monday, December 14, 2009

pengurusan stress

apakah kesudahan .. nasib nya setelah anda 'sakit '
15.12.09 .. Hari ini masih bercuti tapi telah di jemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan kesihatan mental @ Stress .. memang dengan rela hati menunaikan permintaan itu kerana berasa bertangungjawab untuk menyampaikan mesej kesihatan mental kepada masyarakat. Peluang yang ada baik sangat di ambil kesempatannya , apalagi menjayakan program JSP anjuran Helwa DMP Temerloh .
Umumnya masyarakat masih rendah kesedaran mereka terhadap kesihatan mental .. apabila di sebut 'mental' maka terbayanglah akan seseorang yang berpakaian compang-camping , bercakap dan tersenyum sendiri atau berkelakuan anih serta merbahaya malah membunuh .. Itu gambaran umum, mereka hanya terbayangkan 'orang gila' atau tak siuman .. Sebenarnya itu hanyalah sebahagian kecil dari isu kesihatan mental seperti juga masalah fizikal , banyak jenis masalahnya . Asalnya seseorang yang bermasalah mental itu tidak di rawat , di pinggirkan oleh keluarga dan masyarakat lantas terus berkelana hidup (menjadi pesakit mental kronik) hingga mengutip sampah dari tong sampah untuk makan .. tak kesian ke ..?
Ceramah hari ini adalah pengenalan kepada satu masalah mental yang amat kerap berlaku dan di hadapi oleh sebahagian besar anggota masyarakat hari ini yang kalau di biarkan boleh menjadi psikosis @ gila. Ambil masa hanya 20 minit lebih sahaja kerana hadirin banyak aktiviti yang nak di ikuti. Stress boleh di simpulkan dengan gambaran berikut : andai nya sebuah kereta yang enjinnya telah di hidupkan , gear sudah masuk ' enggage' , minyak di tekan tapi brakenya tidak di lepaskan malah di tekan dengan kuat lagi ... bagi manusia ... satu keadaan yang menekan upaya dirinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang mendesak : jadi , orang yang mengalami stress/tekanan akan kelihatan tidak ceria , mudah marah , tiada mood untuk bekerja susah untuk tidur dan berdukacita , tiada jalan keluar .. di tambah lagi dengan tiada sokongan dan dorongan , tidak dapat di kongsi atau di lepaskan .. semuanya ini akan memberi kesan terhadap diri nya baik secara fizikal , emosi , pemikiran dan tingkah laku seperti berikut:-
Secara fizikal nya : sakit kepala , sakit perut / gastrik , jantung berdebar dsb . Emosinya : cepat marah , mudah menangis , resah dan panik , tidak tenteram , merasa terancam , putus asa dan hilang keyakinan. Tingkah lakunya : menggigit kuku/jari , bercakap tanpa henti , resah gelisah , mula merokok dsb , pemikiran @ kognitifnya : kurang daya tumpuan , pelupa , kelam kabut , suka mencari kesalahan orang , menjadi malas , lari dari tanggungjawab dan sering membuat silap dalam keputusan . Apabila keadaan ini berterusan tanpa di urus dengan baik .. maka seseorang itu akan menjadi seorang pesakit mental yang mana semua tanda dan gejala di kumpulkan dan tempoh masa di kenalpasti maka doktor akan membuat ' diagnosis' nya .. umpama kereta tadi akan di 'tunda' ke workshop untuk di 'ubat'. Jadi sbelum semua ini terjadi maka stress peringkat awal perlu di urus dengan bijak ..dengan mengenal pasti punca , berbincng dengan kawan , luahkan perasaan atau bersantai , rekreasi atau bersukan , beribadat dsb supaya stress dapat di atasi tanpa perlu mengambil ubat .. sekiranya tidak dapat di uruskan maka berjumpalah dengan doktor untuk mendapat bantuan ...jangan di tunggu sehingga keadaan menjadi parah ...
Stress adalah kebiasaan di dalam hidup .. sedikit stress boleh membuat manusia cemerlang dan produktif ...umpama pelajar yang menghadapi peperiksaan ..mereka stress tetapi boleh menjadi motivasi untuk berjaya dengan cemerlang dsb . Tetapi berbahaya apabila keadaan nya teruk tanpa di urus... dan di selesaikan .. silap silap gaya boleh membahayakan keselamatan diri dan orang ramai ... jam tu .. tak de jalan .. orang ramai akan report polis dan akhirnya baru lah masuk kategori yang 'terbayangkan' sejak awal tadi(apabila mendengar perkataan 'mental').
Kesimpulannya stress hanya masalah biasa lebih lebih lagi di zaman yang serba mencabar dan canggih ini , masalah kewangan , kekeluargaan , kegagalan dan suasana tempat kerja dan kediaman boleh menjadikan kita stress. . dan jika tidak di urus maka akan menjadi penyakit ..

Sekian untuk di kongsi kan bersama ... .




No comments:

Post a Comment