Thursday, December 17, 2009

maal hijrah

fikrah gambar hiasan ....


gambar hiasan ... tak de kena mengena dengan cerita .

gambar hiasan .... dengan anak di kawasan hospital CH april 2009

18.12.09 @ 10.47 waktu tempatan .
Hari ini cuti menyambut tahun baru hijrah , masa yang di tunggu telah tiba namun jika tidak di tunggu pun ia akan tetap menjelma .. begitu sunnahtullah . Di kampong khasnya di masjid di adakan sambutan yang di anjurkan oleh MP Temerloh dengan kerjasama AJK Masjid .. agak ramai juga yang hadir ..yang import pun ramai sebab muka muka yang tak biasa pun ramai ... meriahlah sedikit pagi pagi Jumaat ni .Di adakan pertandingan gubahan ... sementara acara senaman pagi tak dapat diadakan kerana hari hujan sejak subuh.
Hari ini juga cuba menjerat lembu peliharaan supaya senang di bawa ke kebun dan tempat makanan di padang tetapi tidak berjaya . Dah semakin liar jadinya ..walaupun jinak , boleh di pegang dan di belai semasa makan tetapi bila nampak tali lain jadinya . Itulah lembu tau pulak kebebasannya nak di sekat . Manusia bagaimanapun begitulah tetapi ada orang boleh tahan orang lain tanpa bicara .. bertahun tahun ... di peruk dalam penjara ...di pisah dari anak isteri ... cuba dia yang rasa .. kejam.Tak de hati perut .. alasannya mengancam keselamatan negara .. yang tidak pernah di buktikan malah dari pendedahan 'mangsa' di dalam tu lain pula yang di tanya dan soal selidik di jalankan ... semua sekitar penglibatan dengan 'pembangkang' di negara .. Di reka cipta tuduhan konon suspek menyimpan bom dan senjata untuk menggulingkan kerajaan dsb . Itulah yang di canang oleh media mereka. Sehingga mangsa di bebaskan semua cerita tu tak timbul lagi ... hanya disebut 'tahanan' dah insaf ..
Balik ke cerita sambutan maal hijrah di kampong malah di seluruh negara menyambutnya . Bagitu bersemangat dengan berbagai cara dan acara ... hingga pertandingan gubahan pun di adakan di di masjid . Memang itulah umpan untuk meraikan pemimpin 'bersama' rakyat . MP dia lah ... Semangat hijrah selalu di sebut , perlu ada pandangan alam , pandangan yang baru. Orang Islam mesti maju .. berpolitik dengan lebih baik , dengan lebih islamik .. kata MP mereka .
Hakikatnya Islam masih takat tu ... tidak di daulatkan , hukum hakam hanya tinggal dalam kitab malah dari hari ke hari cerdik pandai Islam di 'gula' dengan mata benda dan keseronokan hidup, di tempatkan di mahligai ilmu dan bercakap Islam tetapi menurut cita rasa 'tok guru ' Yahudi dan Nasrani .. kerana bukan sedikit mereka mendapat 'restu' PHD dari orientalis ... di UK dan negara Uncle Sam .. tidak menyedari mereka menjadi jurucakap yang memenjarakan Islam di sebuah jabatan (Jabatan Agama Islam) setaraf dengan pejabat tanah , jabatan pertanian dll dan yang mentadbirnya ialah Pejabat Menteri Besar / Jabatan Perdana Menteri dengan kuasa tertinggi ialah Parlimen dan perlembagaan Malaysia .
Bukankah Islam itu yang tertinggi dan yang berhak memerintah .. Itu lah izzah seorang muslim yang telah terbenam ... Sedarlah wahai saudara saudara ku ... anda ada ilmu dan kedudukan .. apapun strategi .. mesti ada dalam hati mu Islam mesti berdaulat dan di tegakkan di bumi Malaysia ini .. dan seluruh dunia tidak sekarang tetapi akan datang .. namun usaha mesti bermula .... Itulah hijrah ... seperti di sebutkan dahulu ..

' Yahudi dan nasrani tidak akan redha dengan kamu sehingga kamu mengikuti jalan mereka...' maksud ayat .

Dengan cara halus Nasrani 'membantu' memerintah negara kita tetapi dalam masa yang sama membina 'madrasah' mereka dengan berbagai nama Anderson School , Mehodist Girl School , Clifford School (sekadar menyebut sedikit) itulah semaian awal mereka sehingga tawaran untuk mendapat PHD peringkat paling tinggi dalam pengajian ilmu yang mereka iktiraf . Lantas bercakap lah anak didik mereka ini mengikut 'lidah' tok tok guru ini yang memandang dunia dari kacamata 'orientalis' sekular .
Sebab itu ulamak @ gulongan PHD dari kalangan para pejuang , pemimpin Gerakan Islam perlu di 'tohmah' , di fitnah supaya tidak mendapat tempat dalam arus perdana masyarakat kerana suara mereka boleh mengubah 'semaian benih' yang telah di tabur. Begitulah jika anda ingin berubah .. berhijrah ... menjadikan diri sebagai 'pejuang' Islam maka bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan ... malah kebebasan akan terancam .. atau hidup anda akan di tamatkan ... semua ini setimpal dengan niat dan usaha anda kerana itu semua adalah 'pengiktirafan' @ ijazah dari Allah. Syahid di jalan Allah adalah kematian yang mulia .. lebih tinggi nilainya dari bumi dan isi nya ...



No comments:

Post a Comment