Saturday, October 31, 2009

fitnah



30.10.09 jam 7.50an pagi saya terima call dari TP lantas di minta bertemu di CME pagi itu . Duduk dekat TP , rupa nya ada tuduhan ' fitnah ' terhadap saya .. aktif dengan dakyah oposisi di negeri kita tercinta ini . Tak yah cerita lah yang ini ... siapa dapat andaikan ... teruskan lah .

Mula nya tak ingat juga siapa yang punya angkara , tanya kawan akan nama yang di sebutkan oleh TP tak tau .. kemudian ade yang tahu .. saya pun terus maklum mengapa perkara ni berlaku .. bukan kecil fitnah dan kesannya .. tapi saya dah nekad .. tak pandai berbohong semasa di tanya oleh TP ngaku je sebagai AJK biasa oposisi .. di minta buat jawapan bertulis , masa tu susah hati .. tulis terus terang je .. dan nyatakan pendirian sebenar dalam konteks demokrasi sebenar .. ade pandangan lain , ni sebenarnya berisiko ... tapi hati dah nekad .. tanggunglah risiko nya teringat kata hikmat zaman reformasi ' kalau takutkan risiko jangan bicara soal perjuangan ' wah .. oleh kerana hari agak sibuk maka ada masa terluang sebelah pagi tu siapkanlah jawapan bertulis dengan pendirian jelas ...seperti di atas .

Ketika pagi tu sibuk dengan kursus yang sedang di anjurkan.. ada rakan yang tahu .. katanya relaks dan tak pe .. settle dulu .. kami uruskan yang ni ( kursus) terima lah pula surat resmi mengenai aduan ' fitnah ' tadi .. minta jawapan sebelum pukul 5.00 petang . Bila terima surat tu .. wah baru tahu hebat nya fitnah ... rupanya dah sampai ke P negeri dan salinan ke MB maka perlu jawapan bertulis sebelum jam 5 petang tu jugak .. apa lagi edit sikit jawapan asal dan nekad dengan ' pendirian' asal .. dan yang tu lah nak hantar petang nanti .

Bagaimanapun bos tahu dan bila tunjukkan jawapan yang di tulis ... beliau kata ikutlah kaedah Ammar bin Yaser ... baru la terfikir balik .. tapi dah kata 'ya' tentang 'ahli' tu (sekali lagi tak biasa nak bohong .. bukan 'ya' tentang fitnah tu) dan katanya ngaku secara lisan beza dengan secara bertulis .. walaupun pendirian kita tu betul maka dalam konteks 'kerja ni ' perlu ada hikmah .. itu lah yang terfikir .. maka edit lah balik .. dan hantar jawapan yang lebih neutral .

Tengah hari tu tunjuk surat aduan tu pada kawan yang dari dulu memang baik sungguh .. dan tahu sikit mengenai saya ... katanya boleh agak siapa yang tulis ... dan nama yang di tulis tu bukan nama sebenar... wah .. terfikir juga logik nya .. kerana memang ada rekod tak baik dengan orang yang di sebutkan tu ...

Fikir punya fikir .. memang logik orang tu .. asalnya memang ada tak puas hatinya dan dah beberapa banyak SMS di terima dari nya menyatakan tak puas hati nya .. yang akhirnya malas nak balas .. biar je dia SMS dengan kata ' b**#a ' , ' b#**@t ' malas dah nak layan ... dan akhirnya hari ini dapat 'fitnah' yang ada kemungkinan 'dia ' yang merekaciptanya ..

Pengajaran ... rupanya hati manusia ni .. ada yang memang 'busuk' hingga sampai begitu ... asyik mencari jalan nak lepas geram dan kepuasan hati sendiri .. baik dan sebagainya boleh di lakunkan bila berhadapan dengan kita tapi bila di belakang dan jauh pula dia boleh jadi begitu busuk . memfitnah dan merekacipta .. Saya sekarang menyimpan je la SMS busuk tu dan kalau kesabaran sampai di batasnya .. ada jalan dan bukti yang boleh di ambil tindakan ... biar kata katanya akan makan diri nya sementara saya pasti Tuhan akan sentiasa melihat dan akan membalas setimpal dengan kesalahan yang di lakukan ..

Jangan sekali kali memfitnah .. dosanya lebih besar dari membunuh ..begitu juga mengumpat .. upama memakan daging saudara sendiri ....

Namun ingat balasan dari Allah tidak hanya kepada orang yang zalim sahaja .. begitu tsunami di Aceh , gempa di Padang dll .Orang baik dan zalim semua kena .. dan orang 'baik' lebih layak kena kerana tidak bekerja mencegah kezaliman orang yang zalim .. maka sekiranya kita bekerja mencegah kezaliman ( mungkar) dan menegakkan yang makruf ( kebaikan ) dan sekiraya kita turut terkorban dalam peristiwa ' balasan ' dari Allah maka kita berharap Tuhan mengasihani kita dan tidak tergulong di kalangan mereka yang zalim itu .. Kematian berada di mana mana dan dengan apa jua caranya .. itu ketentuan Tuhan .. kerja Tuhan Maha Kuasa .. yang penting .. di mana dan landasan mana kita mati dan bagaimana dalam husnul khatimah atau su'ul khotimah ..

Kita terlalu kerdil .. sebenarnya .. lihat gambar ni ..

ketika laut dan ombak menggulong Taufan Nargis dulu dan kesan nya cuba lihat ..
' another posting ..la'



























No comments:

Post a Comment