Tuesday, September 11, 2012

MERINTIS JALAN MUJAHID ..

11.9.12 @ Selasa @ 12.00 - 03.00 ptg  yang lalu  kami sekeluarga  berada di KLIA  mengiringi  anakanda ke 6 berlepas ke Mesir menyambung pelajaran Quran nya . Beliau berminat dengan Qiraat .. semoga mendapat keberkatan dan di permudahkan oleh Allah swt . Berjaya dan berpeluang bertemu para mujahid di bumi Mesir yang telah mengukir sejarah .. Terima kasih kepada penaja YP dan pengurusan MTNP yang memberi peluang semoga Allah swt membuka dan menambah hidayah kepada anda dan kita semua .

Bumi yang  menyaksikan perjuangan rakyat menuntut  tertegaknya hukum Islam sejak berpuloh tahun. Dakwah mereka yang menerima 'bintang' syuhada yang ramai seperti Sheikh Abdul Kadir Audah , Syed Qutb , Imam Hasan Al Banna dan ramai lagi yang tak mampu di ingati (beribu ribu di penjara , di tali gantung malah di tembak ) Rejim sekular yang mabuk darah umat Islam akhirnya runtuh pada 2012 .. 

Lama juga  kami / saya mengimpikan seorang dari keluarga ku menjejak mereka di sana juga para mujahid di Afghanistan . Aku serahkan kepada Allah swt segala nya untuk memelihara beliau agar mencapai tujuan dan  menjadi insan mujahid . Moga bahang dan ruh syuhada di bumi  Mesir merahmati cita cita beliau dan diriku juga . Beliau aku namakan Amir Saiyaf sempena nama mujahid dan ulama pemimpin mujahidin di Afghanistan yang berjaya menghalau komunis Rusia dari bumi Afghanistan di tahun 90an . 

Bagaimanapun  berisiko juga nama itu kerana perkembangan terbaru dunia yang 'fobia' dengan nama 'Saiyaf' lantaran peristiwa '11Sept' dan gelombang di dunia Arab masakini . Namun seperti aku katakan di permulaan tadi , aku berserah kepada Allah Azzawajalla  sepenuhnya .

Amir Saiyaf .. teruskan cita cita dan selamat berjuang menuntut ilmu  dan 'mentarbiah' diri dengan rahmat dan berkat  para syuhada di bumi Mesir . Jaga diri dan keluarga mu di sana ( nama) .. fokus pada misi mu .. tenang dan sabar dengan cubaan dan halangan .. DOA KAMI SELALU UNTUK KEJAYAAN  KAMU DAN  ISLAM  YANG KITA DUKONG BERSAMA .

Salam untuk Dr Muhamad Morsi .. teruskan perjuangan ..

majlis tahlil dan doa selamat di rumah pada 8.9.12 

atuk dan saudara mara yang hadir ..beramah mesra .

mula sampai di KLIA pada 11.9.12 .. meninjau teman dan sekeliling ..

bertemu usata @ wakil MTNP ..


bersama teman se angkatan ..

Mak ngah yang begitu mengambil berat  dan  gembira  
mendorong kejayaan  .. Terima kasih .

selepas check in di lobi untuk melalui  pemeriksaan dan ruang menunggu seterusnya 
bersama teman .. hafiz dan hafizah  lain 

pandangan dan senyuman sebelum berlepas .. 


langkah permulaan menuju merintis  jalan Mujahid ..
ke bumi Mesir yang bersejarah 

Sekian  .. bertemu lagi selamat berjuang .. 
dari ayahanda dan keluarga ..

No comments:

Post a Comment