Wednesday, September 26, 2012

KHIDMAT SULONG .. VAN

26.9.2012 @ 7.30 AM

Begitulah masa yang di catitkan lebih kurang ...  Van Jenazah putih milik Masjid Lebak d/a Kg Tg Kerayong memulakan tugasnya .. pagi lebih kurang 5.15 telah menerima maklumat seorang dari Kg Tg Belengu telah kembali ke rahmatullah di HoSHAS Temerloh dan keluarganya memohon menggunakan van jenazah yang baru di terima dari peruntukan zakat BSN pada 14.9.12 yang lalu .

Setelah berurusan dengan Bendahari  maka van berkenaan bergeraklah menuju ke HoSHAS  bagi tugas sulongnya mengambil jenazah anak kariah masjid yang meninggal di sana . Van di pandu oleh En Abu Hanafiah @ Bendahari Masjid dengan di temani oleh AJK En Shohaimi ... di harap semuanya berjalan lancar selepas ini dan AJK di pangil mesyuarat khas bagi penyenggaraan dan perkhidmatan van ini . Dimana patut di tempatkan dan SOP penggunaan dan penjagaan nya perlu di uruskan dengan baik . 

Lebih penting ianya dapat membantu semua yang memerlukan di masa akan datang .. Itulah harapan semua dan pihak yang 'menghadiahkan' nya . Bagaimana pun  semua selamat dan  terima kasih di atas  kerjasama yang di berikan .

Sekadar catitan ...   

No comments:

Post a Comment