Friday, September 14, 2012

MAJLIS PENYERAHAN VAN JENAZAH

14.9.2012 @ Jumaat 27 Syawal 1433 H 

Satu majliis penyerahan van jenazah dari BSN  @ sumbangn zakat Bank 2012 / 1433H kepada Masjid Al Ihsaniah Lebak  di tulis sebagai  Masjid Kg Tg Kerayong Lebak , Temerloh  telah selamat diadakan  sebaik sahaja  masuk waktu solat zuhor pada hari jumaat yang lepas @ 14.9.2012 .

Menurut penerangan program sumbangan  van jenazah kepada masjid dan komuniti  daripada wang zakat bank ( Islamic compliance ) ini  bermula sejak tahun 2010 . Setakat ini telah 21 buah buah van telah di sumbangkan melalui permohonan pihak tertentu . Bagaimanapun bagi Masjid Kg Tg Kerayong ini ianya di pilih berdasarkan usaha  pihak masjid melalui Dato' Saifudin bin Abdullah yang di majukan beberapa minggu sebelum bulan Ramadhan yang lalu .

Pihak masjid dan penduduk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak  sehingga hasrat  untuk memilikki sebuah van jenazah untuk kemudahan awam  di Lebak khasnya dan umat Islam amnya di lunaskan dengan sempurnanya  majlis tersebut yang berlangsung di perkarangan masjid pada hari itu .      

Pengerusi masjid bersama Bendahari  sedang bersedia untuk di rakamkan 
gambar mereka dengan plak perasmian masjid yang telah di sempurnakan 
oleh DYMM Sultan Pahang pada bulan Disember tahun  1973 .
Namun masjid telah di gunakan lebih awal iaitu sekitar 1970 .

promo program ... ha ha ..

antara  penduduk yang hadir meneliti .. van yang di sumbangkan ..

catitan yang di tuliskan .. namun ianya adalah untuk kegunaan semua 
masyarakat Lebak khasnya dan umat Islam  amnya ..

antara hadirin  hadir sejak  pagi sempena jamuan hari raya anjuran JKKK Tg Kerayong .
Kelihatan Pengerusi Masjid En Nasarudin bin Silong ..

Di akhir majlis selepas solah Jumaat  semua tetamu dan ahli jemaah telah di hidangkan dengan jamuan makan tengah hari  oleh pihak masjid .. 

Terima kasih kepada semua yang hadir .
Simi latif  @ 15.9.2012 .

No comments:

Post a Comment