Wednesday, September 12, 2012

MERDEKA .. bersama PDKTH 2012

31.8.2012 .. Hari Sambutan Kemerdekaan ke 55  tahun negara ku tercinta Malaysia .

Kemerdekaan secara langsung sudah tidak berlaku dengan desakan para pejuang kemerdekaan  yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat Malaysia ( Malaya ketika itu ) . Oleh kerana desakan ramai dan kerugian yang mereka tanggung British terpaksa mencari jalan memberikan kemerdekaan .. Kepada siapa ??  

Ramai pejuang kemerdekaan awal @ orang Melayu  di anggap gulongan kiri oleh British . Ramai yang di penjara dan di buang daerah .. baca sejarah Mat Kilau dan Dato Bahamn di Pahang , Tok Janggut di Kelantan Tuan Guru Abd Rahman Limbong di Trengganu , Dol Said di Negeri Sembilan dan ramai lagi . Di era moden nama nama seperti Mohd Boestamam , Ishak Hj Mohamad , Dr Burhanudin Al Helmy , Mat Indera ( kontroversi ni .. ) Ibrahim Cik , Kamaruzaman Teh serta teman seperjuangan yang lain .Walau di label sebagai radikal @ gulongan kiri malah pengganas / komunis oleh British jasa mereka tidak boleh di lupakan . 


Sampai sekarang cerita Peristiwa Pasir salak , perjuangan Mat Kilau tidak dapat @'boleh' di filemkan ..kenapa ? . Menurut seorang kenalan @ aktivis teater ".. macam mane nak buat tak ada stesen TV yang sanggup membeli / menayangkan filem tersebut ..."   tak ade penaja .. tak ade pawagam yang berani menayangkan dan seterusnya  .. mengapa ?  Jadi malam kemerdekaan atau musim perayaan kemerdekaan rakyat di buai dengan cerita rekaan mengenai kemerdekaan . Cerita Sarjan Hasan  boleh di katakan wajib .. kita tahu musuh Sarjan Hasan  ialah Jepun , kempitai Jepun ( Buang) dan adik angkat nya ( lakunan Jins shamsudin ) . Itu hanya menonjolkan keperwiraan dan perbezaan watak antara hero ( Sarjan Hasan @ P Ramlee ) dengan musuhnya yang turut di bantu oleh seorang kawan lama berbangsa Cina di kampung nya di samping keluarga teman wanita nya . Tetapi musuh yang menjajah iaitu  ' Orang Putih ' tetap menjadi ketua Sarjan Hasan ... jadi  Sarjan Hasan berjuang  di pihak tentera British dengan kata lain bertuankan British . Sedang isu kita ialah Merdeka dari penjajah iaitu British .. di mana releven nya cerita ini di sajikan untuk rakyat di musim perayaan kemerdekaan . Kita bukan menuntut kemerdekaan dari Jepun  walau pun Jepun pernah menjajah negara kita . Penjajah yang memeras dan mencampuri urusan negara kita adalah British . 

Begitu juga cerita rekaan yang lain menjelang kemerdekaan . Cerita hanya berkisar tentera Melayu menentang Komunis di hutan .. apa relevennya . Sedang yang menjajah adalah British . Seolah olah kita  tidak berani menyatakan kesah sebenarnya .. siapa yang kita tentang , siapa musuh kita yang mengaut kekayaan negara  dan menanamkan sikap pak turut di kalangan rakyat kita . Sudah 55 tahun merdeka pun kita tidak mampu menjelaskan atau bercakap benar siapa sebenarnya musuh kita .. kita mendapat kemerdekaan dari siapa . Adapun komunis lahir di zaman peralihan Jepun mnyerah kalah dan kemasukan semula British di tentang oleh segulongan anak Melayu dan masyarakat Cina yang wujud pada awalnya yang di bawa masuk oleh British sebelum kemasukan Jepun cuma kebetulan mereka Cina dan komnunis Cina sedang menggiatkan pengaruhnya lantas mereka ini 'bersekongkol' dan semua di labelkan komunis oleh penjajah British . Termasuk orang Melayu yang terpaksa meneruskan perjuangan kemerdekaan ke dalam hutan .Mereka juga di panggil komunis . Walhal mereka tidak mahu bertuankan British lagi dan meningkatkan penentangan walaupun secara gerila di dalam hutan .

Kesempatan di ambil oleh segulongan malah di 'rancang' British bagi melahirkan UMNO yang menentang Malayan Union gagasan British yang boleh menghakis kekuasaan Raja Melayu . Mereka membentuk UMNO yang waktu itu baru 'sedar' berjuang untuk menentang Malayan Union .. itu lah di sajikan sebagai pencetus perjuangan kemerdekaan  kepada anak anak kita . Sedangkan gendang  kemerdekaan telah lama  di palu oleh mereka yang di sebutkan terdahulu , siapakah yang menentang mereka waktu itu ? .. tidak lain adalah orang Melayu juga yang besekongkol dengan British . Gulongan yang di 'bayar' oleh  British , yang makan gaji dengan British . 

Maka atas desakan mereka , di atas pengorbanan mereka , British yang menanggung banyak kerugian 'terpaksa' memberikan kemerdekaan . Tidak lain  gulongan  yang diberikan kuasa ialah UMNO ( tajaan mereka ) dan di bentuklah pula MCA dan MIC sebagai 'syarat kemerdekaan' yang akan di anugerahkan oleh British . Bersetujulah mereka dengan plan itu maka 'merdekalah ' Malaya dan akhirnya hilang Malaya / Tanah Melayu  hingga menjadi Malaysia . Itu ringkasan sejarah yang aku faham dan mahu di fahami oleh generasi ku . Bahawa UMNO menerima  kemedekaan dari British  dengan syarat menjalankan apa yang pernah British lakukan . 

Oleh itu betapa gelojonhnya mereka yang menerima kemerdekaan ini sebelum mereka mati mereka ingin memboleot apa saja yang ada di bumi Malaya ( Malaysia ) ini sehingga orang putih tak berani lakukan maka mereka lakukan . Contohnya , hak istimewa raja raja Melayu yang mereka takut tergugat semasa British membawa idea Malayan Union ( mereka tentang waktu itu ) tetapi di masa mereka jugalah , belum pun sampai 50 tahun telah mereka hapuskan .  Biasiswa untuk anak bumiputera melanjutkan pelajaran yang termaktub dalam perlembagaan mereka lah juga yang menghapuskan , seterusnya mereka berniaga dengan rakyat dengan 'pinjaman' PTPTN . Anak muda boleh menkaji sejarah sebenar negara kita  dan anak muda boleh mencipta sejarah  baru bagi  Malaysia yang lebih adil dan berkebajikan .

Tiada jalan melainkan kembali kepada kebenaran Islam . Zaman kebangkitan semula sedang menenggelamkan semua kebatilan dan kemungkaran . Diktator dan penzalim menunggu gilirannya pula ke bawah . Bahagialah mereka yang bersama ISLAM . MERDEKA .. jasad dan ruh . Kita hanya milik Allah  semata .  Allah u akhbar !!. 

Aku sempat merayakan hari kemerdekaan  ke 55 bersama beberapa orang anak anak OKU Titian Harapan  sebagai menunjukkan bahawa aku juga cintakan negara ku Malaysia . Gambar gambar ..berikut sebagai kenangan .












No comments:

Post a Comment