Friday, September 2, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA ' LEBAK MEMBARA'


1 SEPT.2011 @ 3 SYAWAL 1432 H ..

Berlangsung hari yang bersejarah buat Mukim Lebak .. di mana sempena hari raya tahun ini anak anak Lebak berama keluarga mereka yang tinggal dan mencari rezki di perantauan bergabung tenaga dan semangat telah berjaya menganjurkan majlis sialturrahim dan ukhuwah serta ramah mesra di antara mereka dan sedara mara yang tinggal menetap di kampong . Banyak kenangan dan rakaman yang tinggalkan .. namun dengan kemudahan terkini saat itu dapat di kongsi bersama oleh mereka yang tidak sempat hadir , saudara mara , sahabat handai dan rakan taulan dan yang penting oleh generasi yang akan datang .. moga amalan ini ..khasnya mengiratkan silaturrahim dan persaudaraan ini dapt di pertingkatkan serta saling berpesan supaya menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal menurut perintah Nya berterusan dan memberi kebaikan untuk semua . Berikut adalah sebahagian dari rakaman dan kenangan yang boleh di kongsi bersama ..


sdr Bob @ Borhan A Wahab sedang menyediakan menu istimewa majlis berkenaan ..kambing panggang sambil di perhatikan oleh ?? peminat cilik ni .. terima kasih Bob ..

anak cucu koi antara yang awal datang .. menunggu majlis di mulakan .. tengah Mak Su ( anak bongsu koi ) kanan balqis dan kiri ialah Wafa .. cucu cucu yang begitu rapat dengan mak su nye .. anak along ..

suasana majlis sedang di langsungkan .. hadirin sedang memenuhi ruang dewan sekolah lebak yang dulunya tempat komer belajar peringkat sekolah rendah .. tapi bangunan lama telah digantikan dengan yang baru .. sedih juga .. ade bangunan yang lama dan antik yang dibuat dari kayu yang baik turut di bongkar ..
patutnya tak gitu tapi tu la , aok mer duduk jauh .. tak dapat nak bagi pendapat .. moh kita pakat semula weh ..

antara hadirin yang hadir .. 'aokmer sedara koi belake' tema tahun ni ..

No comments:

Post a Comment