Friday, September 2, 2011

Renungkan dan fikirkan lah .. fakta ini ..


Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat,

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam

mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.“Secara peribadi, saya

merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji

dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,”

kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media

perdana.

Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad

dalam satuceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat

oleh Umno baru-baru ini,Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan

siapa pengkhianat amat berkait rapatdengan bagaimana isu asas itu.

"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap

kita sebagai hero ataupun penjajah?

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah,

maka secaralogiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap

sebagai hero. "Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau,

Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut,Abdul Rahman Limbong dan yang

lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan

British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,”

kata beliau. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-

baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa

Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun

dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota

polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan

di balai tersebut. Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada

pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri

Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu, Utusan

melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek

Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn

dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang

kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa

Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis

sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam

sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British

tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan

dalam tafsiran sejarah. “Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950,

apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan

British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun

pengkhianat?” soal beliau.

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British

telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk

bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang

bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya

maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris

oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM

dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan

mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan

menganggap tokoh- tokoh pejuang yang melawan penjajah British

sebagai hero. Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan

golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah

mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

“Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya?

Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat?

Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut,

itulah persoalannya.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah

secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero,

maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya

sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan

yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,”

terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat

bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu

(1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan

mana mereka berjuang sekalipun. Namun demikian, kata beliau ia

tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain

selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti,

“menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama

golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah

ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British.

Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang

mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol

dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah

ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih

rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah

sebab utama mereka perlu ditentang habis- habisan.

Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza

situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam

mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil

menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa

prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah

berlainan daripada satu era ke satu era.


“Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya

ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang

saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing

ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang

paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British,

katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama

Jepun melawan British atau kekal menyokong British.


“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam

yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman

Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya

hero di dunia dan akhirat.


"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan

mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin

tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh

Umno ini,” nasihat beliau.


Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata

kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang

dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan

tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk

menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya

meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.


sekian ..untuk berkongsi ... bagi mereka yg lupa ..

.. dalam kehidupan dan amalan Islam , Niat dan Asas/prinsip perjuangan yang menjJustify Fulladi penilaian Keadaan dan kekuasaan .. kadang kadang di putar belitkan .. oleh mereka yang berkuasa .. sebab itu jangan cepat menghukum ... Sejarah tidak menipu .. jadi berterus terang lah walau pahit .. Dato TITM .. BETULL ... Setuju ..!!

alat penguasa .. zaman moden ... gambar hiasan ...

alat penguasa dulu .... penjajah dengan bantuan polis
upahan sikh dan melayu juga .

Font size
jenazah pejuang yang di labelkan pengganas ..
Tok Janggut @ Panglima H M Hasan bin Monas .. asSyahid ..
kekejaman penjajah tidak pernah di kutuk kecuali oleh mereka yang tahu sejarah ..

wajah tenang syahid Tok Janggut menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol
dengan nya.. beliau telah menunaikan tanggungjawabnya .. bagaimana kita ...?

Gambar ganmbar adalah dari sebuah buku terbitan
UKM yang mencatitkan perjuangan Tok Janggut ..

Terima kasih .. mohon di izinkan ..

3.9.2011 .. sekadar berkongsi maklumat .. Sejarah tidak menipu ..

baca ni.. Lepas tu jawab, siapa pengkhianat: polis Melayu penjajah atau
Posted on Wednesday, August 31 @ 23:18:09 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

* perkongsian dengan TKO ..

Oleh Pak Teh Aris Awang

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA ' LEBAK MEMBARA'


1 SEPT.2011 @ 3 SYAWAL 1432 H ..

Berlangsung hari yang bersejarah buat Mukim Lebak .. di mana sempena hari raya tahun ini anak anak Lebak berama keluarga mereka yang tinggal dan mencari rezki di perantauan bergabung tenaga dan semangat telah berjaya menganjurkan majlis sialturrahim dan ukhuwah serta ramah mesra di antara mereka dan sedara mara yang tinggal menetap di kampong . Banyak kenangan dan rakaman yang tinggalkan .. namun dengan kemudahan terkini saat itu dapat di kongsi bersama oleh mereka yang tidak sempat hadir , saudara mara , sahabat handai dan rakan taulan dan yang penting oleh generasi yang akan datang .. moga amalan ini ..khasnya mengiratkan silaturrahim dan persaudaraan ini dapt di pertingkatkan serta saling berpesan supaya menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal menurut perintah Nya berterusan dan memberi kebaikan untuk semua . Berikut adalah sebahagian dari rakaman dan kenangan yang boleh di kongsi bersama ..


sdr Bob @ Borhan A Wahab sedang menyediakan menu istimewa majlis berkenaan ..kambing panggang sambil di perhatikan oleh ?? peminat cilik ni .. terima kasih Bob ..

anak cucu koi antara yang awal datang .. menunggu majlis di mulakan .. tengah Mak Su ( anak bongsu koi ) kanan balqis dan kiri ialah Wafa .. cucu cucu yang begitu rapat dengan mak su nye .. anak along ..

suasana majlis sedang di langsungkan .. hadirin sedang memenuhi ruang dewan sekolah lebak yang dulunya tempat komer belajar peringkat sekolah rendah .. tapi bangunan lama telah digantikan dengan yang baru .. sedih juga .. ade bangunan yang lama dan antik yang dibuat dari kayu yang baik turut di bongkar ..
patutnya tak gitu tapi tu la , aok mer duduk jauh .. tak dapat nak bagi pendapat .. moh kita pakat semula weh ..

antara hadirin yang hadir .. 'aokmer sedara koi belake' tema tahun ni ..

gambar sekitar jamuan raya .. pesilat membuka langkah ..

Sdr Lokman Arshad .. pencetus idea jamuan raya Lebak Membara .. sedang melihat persiapan majlis ..juga sebagai pengacara .. kelihatan juga beberapa anggota band sedang membuat persiapan akhir ..
anggota band sedang berehat .. dan berbincang .. ni tak cukup lagi .. mane lagi weh yang regular tu .. Dol je .. nampaknye ..yang dua lagi tu .. nyokong @ sambilan ..

macam biase 'ayoh' Isarul Nisar M Taha pelais / pewaris Silat Cekak Minangkabau dari ayahnya dan guru
pak we Isa membuat persembahan awal ..membuka majlis .

antara langkah seni yang di persembahkan .. syabas ...
lagi ..langkah seni nya ..

lagi ..gambar ..sekitar majlis jamuan hari raya ..


penonon ..hadirin yang memenuhi ruang teruja dengan persembahan silat ..yang jarang mereka tonton ..
lagi .. 'ayoh' membuka langkah .. bunga silatnya..

pasukan gendang warisan yang selalu di undang mengiringi pesilat pesilat .. bagus ..dah ade pelapis tu ..


antara hadirin .. Abang Mubin dari Taman Saga dan anak 2 ..

Sekitar Jamuan Raya .. Lebak Membara ..

1 Sept. 2011 .. Hari yang bersejarah bagi perantau dari Kg Lebak ..melalui rakan Fbook Lebak Membara telah berjaya menganjurkan program tersebut pada jam 3.00 hingga 6 petang ..bertempat di Dewan / Kantin Sekolah Kebansan Lebak .. Sekolah di mana sebahagian besar dari penduduk Lebak bersekolah .. peringkat rendah ..

Gambar yang tertera akan menceritakan belaka .. goner gamoknyer .. sila lawat dan beri komen jika sudi ..

jamuan Raye Lebak Membara 1 Sept 2011

Sdr Roslan Madun .. turut hadir memeriahkan suasana dengan lagu Pahang / Temerloh nye .. waris Lebak Membara .. Din bersama ke pentas .. peminat musik ni ..
sesi perkenalan ringkas .. Dato Shaifudin dan keluarga .. cucu aki ngah Uda dan Wan Che Minah anok De Ramlah ( Mok De Meloh dan Ust Abdullah @ Dollah - arawah moga roh nye di cucuri rahmat .. )
ni keluarga C gu Kamarudin dan waris nya .. titisan Dato Bahaman .. belum habis mai lagi .. Hj Syukor dah jadi orang kuat Lebak walau berasal dari utara .. usahawan yang berjaya ..
ni keluarga waris Tok Hj M Zin .. keluarga koi .. nampak antara nya ngah wok ( pegang mic tu ) , embong yah , Cik peh , Along , Rahim , Jalal dan lain lain anok anok koi .. pun tak semua sempat hadir dan di kenalkan ..
kambing pangang tajaan bob .. sedang di proses .. di bawa khas dari Kuantan ..
'Kambing dari Autralia' ni kata bob ..memang khas untuk panggang berumur dalam 4 bulan ..
lembut dan enak .. nak tempah atau menjamu lagi .. di Kuantan dekat cowboy lama ..
cari la kat situ .. Asia Rasa ..
orang kuat .. penganjur Jamuan Raya Lockman dan Hj Shukor ... tahniah ..

Posted by Picasa