Sunday, June 10, 2012

10 TAHUN KAMI DI SINI ..

10.6.2012 @ 3.00 ptg. Ahad

Lajnah Kebajikan bersama YB Sy Hamid telah menziarahi  sekeluarga yang susah dan memerlukan.. Sebenarnya telah beberapa kali rombongan YB Sy Hamid ke rumah beliau dan YB sendiri telah menyelesaikan beberapa perkara yang perlu bagi keluarga ini . Antaranya urusan surat beranak , bantuan JKM dan  bantuan pakaian serta keperluan harian . Mempunyai 4 orang anak semuanya perempuan yang sepatutnya bersekolah di darjah 3 , 1, dan pra sekolah . Oleh kerana kekangan kesusahan dan perhubungan mereka tidak ke sekolah seperti rakan yang sebaya dengan mereka . Dunia mereka hanyalah di pinggir sungai yang sukar untuk di dekati dan jauh dari masyarakat oleh kerana sekitar nya adalah tanah / kebun getah yang di datangi hanya oleh penoreh getah di waktu pagi . 

Keluarga ini hidup dengan  usaha mencari ikan dan menoreh getah berhampiran ( getah yang di tanam oleh arwah bapa di pinggir sungai ( simpanan sungai ) . Satu ketika dengan usaha yang di mulakan oleh seorang yang prihatin dari Pekan ( ayah saudara yang bekerja di sana / Istana ? ) maka berbagai agensi telah turun untuk melihat dan membantu keluarga ini seterusnya pusat zakat yang bersedia untuk membina rumah kos rendah tetapi mereka memerlukan tapak yang waktu ini masih tiada yang menyatakan kesanggupan .

Di atas adalah beberapa gambar keluarga ini untuk tatapan anda semua .

 keadaan di dalam rumah ..dan bahagian dapor yang ....
 anak yang patutnya bersekolah di darjah 3 ...

 
anak anak kecil bermain  bersama tanpa rakan sebaya yang lain 

pemandangan rumah dari sungai pahang ... di ambil semasa menaiki bot ..

Pada kunjungan yang lepas ceritanya masih sama .. anak tak bersekolah , tapak untuk rumah pun masih belum dapat . Urusan surat beranak selesai . Masih ada masalah yang membelenggu dan mungkin inilah punca masalah dan ' pengasingan' keluarga ini . Si Isteri tidak mempunyai pengenalan diri dan status kerakyatan yang sah . Menurut keterangan si isteri (Irdawati) yang kini mengandung 5 bulan . Beliau di lahirkan di Indonesia dan di bawa oleh bapanya ( yang sudah lama menetap ) ke Malaysia  pada usia 2 tahun . Bapa nya juga tidak di ketahui status kerakyatan masih tinggal di Malaysia (sekitar Paya Pulai Temerloh ) Mereka tinggal di Lanchang ( awalnya ) , belum di ketahui bagaimana mereka bertemu dan  berkahwin dengan mempunyai kad kahwin yang di keluarkan oleh pihak berkuasa di Indonesia ( mungkin di uruskan oleh si bapa ) tetapi sekian lama tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan JAIP . Diatas usaha YB Sy Hamid dan kerjasama agensi Pejabat Pendaftaran , JAIP urusan ini telah selesai . Perkahwinan mereka di daftarkan dan sah di sisi agama  namun anak anak mereka sedang menunggu surat beranak yang sedang di proses oleh JPN. 

 YB Sy Hamid  bergambar di rumah ... En Faizal ... 
kelihatan juga SU Lajnah  Kebajikan PAS Kawasan Temerloh .. 
Keluarga En Faizal  di hadapan rumah ... 
 En Faizal bersalaman dengan YB sambil menghantar rombongan kami  
pulang  ke kereta  di dalam kebun getah  berhampiran rumahnya ..  
Sedang meneliti dokumen yang sudah di uruskan ....

Namun status si isteri masih belum di selesaikan . Inilah juga yang menjadi sebab mereka memilih untuk tinggal jauh dari orang ramai ( di pinggir sungai tanah simpanan sungai ) bagi mengelak dari pihak berkuasa . Dengan kedudukan sekarang setelah kes meraka di bawa kepengetahuan  pejabat TM di Pekan maka mudah bagi semua agensi membantu , mengeluarkan sijil tinggal sementara atau seumpamanya bagi membolehkan keluarga ini ( si isteri ) menjalani kehidupan dalam masyarakat . Sementara pihak JKKK kelihatan tidak berminat dan merasa terkilan dek kerana masalah keluarga ini di ketahui lebih awal oleh 'orang' di Pekan sedang mereka yang bertanggungjawab di kampong tidak mengetahui . Namun pihak YB dan agensi kerajaan yang lain sedang berusaha untuk membantu . 

Mudah mudahan usaha mereka akan berjaya di mana misi utama adalah untuk memastikan anak En Faizal bersekolah , isteri mempunyai permit (status kerakyatan  yang jelas ) dan mempunyai rumah untuk meneruskan kehidupan . Si suami boleh berusaha kerana sudah biasa dengan kerja yang lasak dan gigih tetapi beliau yang mendakwa 'buta huruf' tidak mempunyai pengetahuan untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi selama ini . Beliau bersyukor dengan perkembangan sekarang  dan bersedia untuk berpindah (jika ada rumah yang boleh di tumpang ) dan akan mempelajari ilmu ilmu agama dan  bersama dengan masyarakat ( jiran ) ke masjid atau surau beramal demi bekalan di ahkirat bagi diri dan anak anak . Semoga semua usaha mereka yang terlibat di terima oleh Allah swt sebagai amal jariah berpanjangan .       

Kami menunggu perkembangan selanjutnya .. tapak untuk rumah , anak ke sekolah secepat mungkin serta keluarga ini dapat belajar dan beramal dengan agama Islam anutan turun temurun mereka dan masyarakat kampong ini .  Misi ini belum selesai ...

Sekian untuk di kongsi bersama .. 

No comments:

Post a Comment