Thursday, August 15, 2013

PERANG BERMULA ... 2013 15.8....


Salam musibah dan kesedihan buat seluruh umat Islam pagi ini..

Syukur kepada Allah kerana pagi ini dapat kembali mengemaskini halaman saya ini setelah ia kembali tergendala. Walau bagaimana pun perkembagan semasa Mesir telah saya kemaskini di Facebook Abdul Malik I dan Abdul Malik II sebagai maklumat kepada mereka yang ingin mengetahui.

Sukar untuk menerima hakikat pembunuhan beramai-ramai apa yang berlaku di Mesir semalam. Tidak masuk akal dalam zaman serba canggih dan moden hari ini masih terdapat manusia memperlakukan sesama insan seperti haiwan. Nyawa sudah tidak bernilai lagi.

Serangan dan pencerobohan ke atas perhimpunan rakyat yang dilakukan secara aman di Raba'ah dan Nahdhah berlaku dengan penuh kejam.

Pentas utama juga dibakar bahkan menurut laporan Ikhwanonline, hospital awam yang menjadi pusat rawatan mangsa yang cedera juga turut dibakar. Mangsa yang cedera juga ditembak dan mayat-mayat mangsa dibakar bersama dengan bangunan hospital.

Kementerian Dalam Neeri Mesir terus bermain angka. Menterinya, Mohammed Ibrahim yang dilabel sebagai "menteri seluar dalam" menafikan angka 2,800 yang syahid, menurutnya hanya 200 orang yang terbunuh.

Angka kematian akan terus meningkat hari ini di seluruh negara setelah kerajaan kudeta mengisytiharkan perintah berkurung dan mereka yang keluar di jalanraya dibenarkan untuk ditembak.

Saya menjangkakan selepas ini kerajaan kudeta akan mengalihkan kepada isu lain atau sekurang-kurangnya mencipta cerita bagi menghalalkan operasi mereka.

Sebagai contoh, media-media rasmi milik kerajaan Mesir khasnya tv Nile telah melaporkan penemuan senjata api dan peluru yang banyak di dalam dataran Raba'ah. Sedangkan senjata api ini menurut tv Al-Jazeera diseludup masuk ke dalam Raba'ah melalui ambulans sejurus serangan dibuat kelmarin

No comments:

Post a Comment