25.6.2013
Dalam tahun 1990 an sudah berlaku jerebu yang tebal di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mantan Presiden PAS) dalam satu ceramahnya semasa jerebu itu menyebutkan kisah bumi berasap yang disebut dalam al-Quran. Beliau memberitahu bahawa ia adalah bala dari Allah kerana angkara maksiat dan penderhakaan manusia kepada Tuhannya.
Manusia lupa kepada Allah SWT dan menolak segala yang ditentukan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT yang sayang kepada Malaysia kerana di kalangan rakyatnya masih ada insan beriman yang mahukan peraturan Allah SWT. Lalu Allah SWT datangkan jerebu sebagai satu ingatan supaya rakyat dan pemimpin Negara keseluruhannya kembali kepada peraturan Allah SWT.
Allah SWT tidak datangkan gempa bumi yang menyebabkan rakyat Malaysia mati bergelempangan. Ia datangkan bala yang tidak mematikan penduduknya serta merta, tetapi jerebu yang boleh mendatangkan penyakit, ia tidak mati segera dan serta merta, tetapi dengan penyakit itu boleh juga menyebabkan kematian.
Bala jerebu ini cukup untuk menyedarkan manusia bahawa ia adalah ujian gerangan kemurkaan Allah SWT kepada kita, maka bagi mereka yang mahu berfikir, mereka sewajarnya insaf dan menerima segala perintah Allah SWT.
Dalam sepanjang sejarah dunia, ingatan bala itu bukan sekadar ditujukan kepada umat Islam, tetapi banyak ditujukan kepada orang yang tidak beriman. Banjir di zaman Nabi Nuh, gempa ribut di era Nabi Hud dan Nabi Saleh, bumi terbalik di zaman Nabi Luth dan Firaun ditenggelamkan di Laut Merah serta Namrud diserang nyamuk di otaknya adalah balasan kepada orang yang engkar langsung terhadap Allah SWT.
Setiap kali bala Allah SWT ia memusnahkan orang engkar dan digantikan dengan mereka yang bersyukur. Moga-moga bala jerebu itu datang membawa seribu peringatan buat kita.
Justeru wajarlah penghuni dunia ini insaf dan tunduk kepada perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT...Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)... Surah Ar Rum 41
LM
Monday, June 24, 2013
Saturday, June 22, 2013
TENTANG SYIAH ...
22.6.2013 ..
Memetik posting rakan FB untuk di kongsi di blog ini dan rekod .. mohon izin - Admin .
1. Perang skala besar tertumpu di Syria.Beratus-ratus Mujahidin Arab dari Afghanistan sedang menuju ke Syria.Pejuang Hamas dan Fatah juga sudah mula bergerak ke Syria.Mujahidin seluruh dunia menyahut seruan jihad Syeikh Yusof Al Qardawi membantu saudara seagama mereka di Syria.Musuh yang dihadapi ialah rejim Basyar Asad yang disokong oleh Hizbollah,puak-puak Syiah dari Iraq,militia Syiah dari Syria,Kurdis.Negara Arab,Turki dan Mesir menyokong pemberontak Syria.Rusia,Iran dan Iraq memihak rejim Basyar.Amerika dan Rusia jadi broker senjata kaut keuntungan lumayan.Perang tidak dapat dielakkan.Pertembungan Sunnah dan Syiah.Israel boleh tersenyum.Ramalan bagaimana berakhir dan berapa lama tempohnya tidak dapat dipastikan.dulu Hizbollah dihormati kerana menentang pencerobohan Israel.Sekarang Hizbollah menjadi penceroboh.Doakan mujahidin Syria mencapai kemenangan.
1.b. Hizbullah telah menghantar para pejuangnya ke
Syria untuk menyelamatkan rejim zalim Assad. Bandar Qusair dikuasai oleh
pasukan Assad dan tentera pada tarikh 5 Jun. Selain itu, Hizbullah
menghantar para pejuangnya ke Damsyik dan sekitarnya. Rejim Assad
bersumpah untuk merebut kembali wilayah-wilayah yang dikuasai para
mujahiddin terutamanya di Aleppo, dengan sokongan Hizbullah....
2. Pahlawan Pahlawan Semantan Statistik
peratusan penganut syiah di Iran (98% Syiah), Iraq (60% Syiah), Syria
(13% Syiah), Bahrain (80% Syiah), Lubnan (45% Syiah), Afghanistan
(15-19% Syiah), Pakistan (28% Syiah), Yaman (46% Syiah), Arab Saudi
(10-15% Syiah), Turki (9.9% Syiah), Kuwait (20-30% Syiah), Qatar (10%
Syiah), Oman (17% Syiah), UAE (15% Syiah), Myanmar (4% Syiah), Indonesia
(2-3% Syiah)
3. STRATEGI TERKINI MUJAHIDIN
Mujahidin menyerang sebuah lebuh raya utama di Utara Syria untuk cuba memutuskan saluran bekalan utama untuk tentera rejim Basyar.Dilaporkan mujahidin telah merampas sebuah pusat pemeriksaan tentera di tepian Ariha-Latakia di lebuh raya antarabangsa yang menghubungkan sempadan Turki melalui bandaraya Halab,
Jurucakap mujahidin daripada beiged yang berlainan pula berkata mereka telah merampas tiga pintu masuk dan memerlukan tiga lagi untuk memotong akses tentera untuk lebuh raya M5. Rejim bertindak balas dengan serangan di lebuh raya dan menghantar pesawat tempur untuk mengebom kampung-kampung berdekatan.
Doakan mujahidin.
#freesyria #pray4syria

4. Detik Islam shared a link.
Penyanyi
berasal dari Lebanon Fadel Shaker menjual rumahnya bagi membiayai
perjuagan Mujahiddin di Syria dan Revolusi Syria, beliau berkata "Saya
tidur di atas tanah untuk para Mujahideen di Syria," Shaker mengumumkan
bahawa beliau akan terus menyanyi sehingga revolusi Syria menang. "Saya
bekerja pada usia yang muda sebagai juruelektrik dan penjual di kedai,
tetapi saya...
Syiah disebalik kejatuhan kota Baghdad oleh kafir Tatar
Pada tahun 656 H, Hulagu
Khan Raja Tatar berjaya menguasai kota Baghdad yang ketika itu menjadi
pusat peradaban Islam di bawah kekuasaan Bani Abbasiyyah. Kejayaan
kempen serangan Tatar ini tidak lepas dari peranan dua orang Syiah. Yang
pertama adalah seorang menteri pengkhianat khalifah Muktashim yang
bernama Mu'yyiduddin Muhammad Ibnul Alqamy. Kedua adalah seorang ahli
nujum Nashirudin At-Thusi penasihat Hulagu.
Pada akhir kepemimpinan
khalifah Mustanshir, jumlah pasukan Bani Abbasiyyah mencapai seratus
ribu tentera. Sepeninggalan Mustanshir dan tampuk kepimpinan dipegang
oleh Muktashim. Ibnul Alqamy mengemukakan cadangan kepada khalifah untuk
mengurangkan jumlah pasukan dengan alasan untuk menjimatkan kos.
Cadangan itu disetujui oleh khalifah. Padahal itu merupakan taktik untuk
melemahkan kekuatan tentera. Hingga akhirnya jumlah pasukan hanya
sepuluh ribu saja.
Pada saat yang sama,
Ibnul Alqami menjalin hubungan gelap dengan Hulagu. Dia sering menulis
surat kepada Hulagu dan memberinya motivasi untuk menguasai Baghdad dan
berjanji akan membantunya sambil menggambarkan keadaan pertahanan
Baghdad ketika itu yang semakin lemah. Dia melakukan itu semua demi
membanteras sunnah, menampakkan bid'ah rafidhah dan menukar kuasa dari
Bani Abbasiyyah kepada Alawiyyah.
Pasukan Hulagu kemudian
bergerak menuju Baghdad. Pasukan Khalifah baru menyedari bahawa Tatar
telah bergerak masuk. Usaha penghadangan Tatar yang dilakukan oleh
khalifah gagal hingga akhirnya Tatar berjaya menguasai sebahagian
wilayah Baghdad. Dalam keadaan itu, Ibnul Alqami berjumpa Hulagu dan
membuat perancangan dengannya kemudian kembali kepada khalifah Muktashim
dan mencadangkan kepadanya untuk melakukan perdamaian seraya berkata
bahawa Hulagu akan tetap memberi kuasa sebagaimana yang Hulagu lakukan
terhadap penguasa Romawi.
Dia mahu menikahkan
puterinya dengan anak lelaki kahlifah yang bernama Abu Bakar. Dia terus
mencadangkan agar tawaran itu dipersetujui oleh khalifah. Maka khalifah
pun berangkat dengan membawa para pembesar pemerintahannya dalam jumlah
yang ramai (dikatakan sekitar 1200 orang)
Khalifah menempatkan
rombongannya di sebuah khemah. Lalu menteri Ibnul Alqami mengundang para
ahli fekah dan tokoh untuk menyaksiakan akad pernikahan. Maka
berkumpullah para tokoh dan guru Baghdad yang diantaranya adalah
Muhyiddin Ibnul Jauzi beserta anak-anaknya untuk berjumpa Hulagu.
Apabila tiba, pasukan Tatar membunuh mereka semua. Begitulah setiap
kelompok dari rombongan khalifah yang datang dibunuh. Tidak cukup dengan
itu, pembunuhan berterusan terhadap seluruh penduduk Baghdad. Tidak ada
yang terkecuali selain dari penduduk kota Baghdad yang bersembunyi.
Hulagu juga membunuh khalifah dengan cara mencekiknya atas nasihat Ibnul
Alqami.
Pembunuhan beramai oleh
Tatar terhadap penduduk Baghdad berlangsung selama empat puluh hari.
Satu juta mangsa yang terbunuh akibat kekejaman Tatar. Kota Baghdad
hancur dibasahi darah, rumah penduduk porak-peranda, buku-buku
peninggalan para ulama semua dibakar dan Baghdad telah jatuh kepada
penguasa kafir Hulagu Khan.
[Lihat Al Bidayah wa Al
Nihayah, vol. 13, hal. 192, 234 - 237, Al-Nujuum Al Zaahirah fii Muluuk
Mishr wa Al Qahirah, vol. 2, hal. 259 - 260].
Monday, June 17, 2013
MASALAH DI SYRIA - kenyataan PMRAM
17.6.2013 ; Sekadar mencatit kenyataan PMRAM ini untuk di kongsi dan rekod keperihatinan terhadap nasib umat Islam di Syria ...
KONFLIK DI SYRIA : KERAJAAN MALAYSIA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP SYRIA
KONFLIK DI SYRIA : KERAJAAN MALAYSIA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP SYRIA
Mengikuti perkembangan terbaru Syria hari ini sungguh menyayat hati. Saban hari berita
rakyat Syria disembelih, dirogol, dibunuh dan diseksa tersebar luas di
internet. Namun masih ada dikalangan orang Islam yang masih tidak
mempedulikan nasib saudara seakidah mereka yang lain. Sedangkan Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda :
مثل المؤمنين فى توادهم وتعاطفهم وتراحمهم كمثل الجسد الواحد, إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى
Maksudnya : "Perumpamaan orang yang beriman dalam keadaan berkasih
sayang itu diumpamakan seperti seperti badan yang satu. Apabila salah
satu anggota badan terasa sakit, maka seluruh anggota badan yang lain
turut meraikan kesan tersebut." (Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim dan
Imam Ahmad)
Dunia hari ini seolah-olah diam membisu seribu
bahasa. Tidak ada inisiatif dan tindakan yang drastik telah diambil oleh
mana-mana pertubuhan antarabangsa dalam menyelesaikan konflik dan isu
yang berlanjutan di Syria ini. Sudah lebih 100 ribu nyawa telah
terkorban hasil daripada tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan
rejim Basyar al-Assad sepanjang tempoh dua tahun ini. Sampai bilakah
dunia ingin melihat kesengsaraan rakyat Syria ini barulah tindakan akan
diambil?
Lebih menyedihkan lagi, masyarakat Malaysia juga tidak
mengetahui secara tepat konflik yang berlaku di Syria. Bahkan media
massa yang wujud pada hari ini tidak memainkan peranan mereka yang
sebenarnya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada rakyat.
Bukan itu saja, bahkan isu Syria ini seolah-olah disembunyikan daripada
pengetahuan rakyat, kalau ada sekalipun ianya terlalu sedikit jika
hendak dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang ini. PMRAM juga
bersama membidas sikap segelintir syarikat penyiaran yang tidak teliti
dalam menterjemah dan membuat ulasan sehingga tersasar daripada maksud
asal yang membawa kepada silap faham dalam kalangan masyarakat.
Pertubuhan Ulamak Islam Sedunia di bawah pimpinan Dr Yusuf al-Qardhawi
telah mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan Syria. Begitu juga dengan
Syeikh Afifi dalam khutbah Jumaat beliau di Masjid Amru Ibn al-'As yang
lepas, serta kesatuan Ulama' yang lain dengan lantang menyatakan
tuntutan berjihad di bumi Syria bagi membebaskan negara tersebut
daripada kekejaman dan kezaliman pemerintah Basyar al-Asad yang semakin
menggila membunuh rakyat sendiri.
Beberapa negara dunia telah
mengambil tindakan tegas mereka terhadap Syria. Mesir antara negara yang
boleh dipuji di atas keberanian dan tindakan tegas Presiden mereka, Dr
Muhammad Mursi memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan diktator
Syria dan mengarahkan kedutaan Syria di Mesir ditutup serta merta, serta
mengarahkan wakil kedutaan Mesir di Damsyik pulang.
Mesir juga
bersedia untuk memberi bantuan sebaik mungkin dalam membebaskan Syria
daripada cengkaman kerajaan Basyar Assad. Ini sebahagian daripada
tindakan yang di ambil oleh kerajaan Mesir dalam menyatakan sokongan
mereka terhadap perjuangan rakyat Syria.
Namun, PMRAM juga
mengharapkan agar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri
YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak turut mengambil tindakan
tegas terhadap kerajaan Syria lebih-lebih lagi ia bukan sahaja
melibatkan isu kemanusiaan bahkan juga masa depan Umat Islam Sunni di
Syria.
Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih tidak nampak
apakah usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia
dalam menyatakan kebersamaan mereka terhadap perjuangan rakyat Syria.
PMRAM melahirkan kekecewaan di atas perkara tersebut dan mengharapkan
agar beberapa tindakan segera dapat diambil bagi membuktikan kita juga
bersama rakyat Syria dalam menuntut keadilan dan membebaskan negara
mereka daripada cengkaman kuku besi dan kediktatoran pemimpin mereka.
Justeru sebagai gerakan mahasiswa Islam di Mesir ini yang sentiasa
mengambil berat, dan prihatin terhadap isu Umat Islam di seluruh dunia,
PMRAM mencadangkan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan antaranya :
1. Kerajaan Malaysia bertindas tegas memutuskan hubungan
diplomatik dengan Syria serta merta sebagaimana yang dilakukan oleh
kerajaan Mesir.
2. Menghantar sebarang bentuk bantuan kepada rakyat Syria seperti bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain lain.
3. Pihak Media perlulah mengambil berat terhadap isu ini dan teliti
dalam menyebarkan maklumat supaya tidak berlaku salah faham. PMRAM
bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat penyiaran bagi
menjelaskan isu yang sebenar.
4. Memperbanyakkan kempen kesedaran
dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada melalui
penerangan alternatif, ceramah, forum dan sebagainya.
5. Memperbanyakkan doa, solat hajat dan qunut nazilah.
PMRAM juga mengharapkan agar kita semua sebagai rakyat Malaysia yang
cintakan keamanan supaya sentiasa mendepani isu lebih-lebih lagi isu
yang melibatkan Umat dan kesucian agama Islam serta berusaha untuk
membantu sebaik mungkin.
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"
Abdul Aziz Bin Ali
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013
Monday, June 10, 2013
KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW ..
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Subscribe to:
Posts (Atom)