22.6.2013 ..
Memetik posting rakan FB untuk di kongsi di blog ini dan rekod .. mohon izin - Admin .
1. Perang skala besar tertumpu di Syria.Beratus-ratus Mujahidin Arab dari Afghanistan sedang menuju ke Syria.Pejuang Hamas dan Fatah juga sudah mula bergerak ke Syria.Mujahidin seluruh dunia menyahut seruan jihad Syeikh Yusof Al Qardawi membantu saudara seagama mereka di Syria.Musuh yang dihadapi ialah rejim Basyar Asad yang disokong oleh Hizbollah,puak-puak Syiah dari Iraq,militia Syiah dari Syria,Kurdis.Negara Arab,Turki dan Mesir menyokong pemberontak Syria.Rusia,Iran dan Iraq memihak rejim Basyar.Amerika dan Rusia jadi broker senjata kaut keuntungan lumayan.Perang tidak dapat dielakkan.Pertembungan Sunnah dan Syiah.Israel boleh tersenyum.Ramalan bagaimana berakhir dan berapa lama tempohnya tidak dapat dipastikan.dulu Hizbollah dihormati kerana menentang pencerobohan Israel.Sekarang Hizbollah menjadi penceroboh.Doakan mujahidin Syria mencapai kemenangan.
1.b. Hizbullah telah menghantar para pejuangnya ke
Syria untuk menyelamatkan rejim zalim Assad. Bandar Qusair dikuasai oleh
pasukan Assad dan tentera pada tarikh 5 Jun. Selain itu, Hizbullah
menghantar para pejuangnya ke Damsyik dan sekitarnya. Rejim Assad
bersumpah untuk merebut kembali wilayah-wilayah yang dikuasai para
mujahiddin terutamanya di Aleppo, dengan sokongan Hizbullah....
2. Pahlawan Pahlawan Semantan Statistik
peratusan penganut syiah di Iran (98% Syiah), Iraq (60% Syiah), Syria
(13% Syiah), Bahrain (80% Syiah), Lubnan (45% Syiah), Afghanistan
(15-19% Syiah), Pakistan (28% Syiah), Yaman (46% Syiah), Arab Saudi
(10-15% Syiah), Turki (9.9% Syiah), Kuwait (20-30% Syiah), Qatar (10%
Syiah), Oman (17% Syiah), UAE (15% Syiah), Myanmar (4% Syiah), Indonesia
(2-3% Syiah)
3. STRATEGI TERKINI MUJAHIDIN
Mujahidin menyerang sebuah lebuh raya utama di Utara Syria untuk cuba memutuskan saluran bekalan utama untuk tentera rejim Basyar.Dilaporkan mujahidin telah merampas sebuah pusat pemeriksaan tentera di tepian Ariha-Latakia di lebuh raya antarabangsa yang menghubungkan sempadan Turki melalui bandaraya Halab,
Jurucakap mujahidin daripada beiged yang berlainan pula berkata mereka telah merampas tiga pintu masuk dan memerlukan tiga lagi untuk memotong akses tentera untuk lebuh raya M5. Rejim bertindak balas dengan serangan di lebuh raya dan menghantar pesawat tempur untuk mengebom kampung-kampung berdekatan.
Doakan mujahidin.
#freesyria #pray4syria
Mujahidin menyerang sebuah lebuh raya utama di Utara Syria untuk cuba memutuskan saluran bekalan utama untuk tentera rejim Basyar.Dilaporkan mujahidin telah merampas sebuah pusat pemeriksaan tentera di tepian Ariha-Latakia di lebuh raya antarabangsa yang menghubungkan sempadan Turki melalui bandaraya Halab,
Jurucakap mujahidin daripada beiged yang berlainan pula berkata mereka telah merampas tiga pintu masuk dan memerlukan tiga lagi untuk memotong akses tentera untuk lebuh raya M5. Rejim bertindak balas dengan serangan di lebuh raya dan menghantar pesawat tempur untuk mengebom kampung-kampung berdekatan.
Doakan mujahidin.
#freesyria #pray4syria
4. Detik Islam shared a link.
Penyanyi
berasal dari Lebanon Fadel Shaker menjual rumahnya bagi membiayai
perjuagan Mujahiddin di Syria dan Revolusi Syria, beliau berkata "Saya
tidur di atas tanah untuk para Mujahideen di Syria," Shaker mengumumkan
bahawa beliau akan terus menyanyi sehingga revolusi Syria menang. "Saya
bekerja pada usia yang muda sebagai juruelektrik dan penjual di kedai,
tetapi saya...
Syiah disebalik kejatuhan kota Baghdad oleh kafir Tatar
Pada tahun 656 H, Hulagu
Khan Raja Tatar berjaya menguasai kota Baghdad yang ketika itu menjadi
pusat peradaban Islam di bawah kekuasaan Bani Abbasiyyah. Kejayaan
kempen serangan Tatar ini tidak lepas dari peranan dua orang Syiah. Yang
pertama adalah seorang menteri pengkhianat khalifah Muktashim yang
bernama Mu'yyiduddin Muhammad Ibnul Alqamy. Kedua adalah seorang ahli
nujum Nashirudin At-Thusi penasihat Hulagu.
Pada akhir kepemimpinan
khalifah Mustanshir, jumlah pasukan Bani Abbasiyyah mencapai seratus
ribu tentera. Sepeninggalan Mustanshir dan tampuk kepimpinan dipegang
oleh Muktashim. Ibnul Alqamy mengemukakan cadangan kepada khalifah untuk
mengurangkan jumlah pasukan dengan alasan untuk menjimatkan kos.
Cadangan itu disetujui oleh khalifah. Padahal itu merupakan taktik untuk
melemahkan kekuatan tentera. Hingga akhirnya jumlah pasukan hanya
sepuluh ribu saja.
Pada saat yang sama,
Ibnul Alqami menjalin hubungan gelap dengan Hulagu. Dia sering menulis
surat kepada Hulagu dan memberinya motivasi untuk menguasai Baghdad dan
berjanji akan membantunya sambil menggambarkan keadaan pertahanan
Baghdad ketika itu yang semakin lemah. Dia melakukan itu semua demi
membanteras sunnah, menampakkan bid'ah rafidhah dan menukar kuasa dari
Bani Abbasiyyah kepada Alawiyyah.
Pasukan Hulagu kemudian
bergerak menuju Baghdad. Pasukan Khalifah baru menyedari bahawa Tatar
telah bergerak masuk. Usaha penghadangan Tatar yang dilakukan oleh
khalifah gagal hingga akhirnya Tatar berjaya menguasai sebahagian
wilayah Baghdad. Dalam keadaan itu, Ibnul Alqami berjumpa Hulagu dan
membuat perancangan dengannya kemudian kembali kepada khalifah Muktashim
dan mencadangkan kepadanya untuk melakukan perdamaian seraya berkata
bahawa Hulagu akan tetap memberi kuasa sebagaimana yang Hulagu lakukan
terhadap penguasa Romawi.
Dia mahu menikahkan
puterinya dengan anak lelaki kahlifah yang bernama Abu Bakar. Dia terus
mencadangkan agar tawaran itu dipersetujui oleh khalifah. Maka khalifah
pun berangkat dengan membawa para pembesar pemerintahannya dalam jumlah
yang ramai (dikatakan sekitar 1200 orang)
Khalifah menempatkan
rombongannya di sebuah khemah. Lalu menteri Ibnul Alqami mengundang para
ahli fekah dan tokoh untuk menyaksiakan akad pernikahan. Maka
berkumpullah para tokoh dan guru Baghdad yang diantaranya adalah
Muhyiddin Ibnul Jauzi beserta anak-anaknya untuk berjumpa Hulagu.
Apabila tiba, pasukan Tatar membunuh mereka semua. Begitulah setiap
kelompok dari rombongan khalifah yang datang dibunuh. Tidak cukup dengan
itu, pembunuhan berterusan terhadap seluruh penduduk Baghdad. Tidak ada
yang terkecuali selain dari penduduk kota Baghdad yang bersembunyi.
Hulagu juga membunuh khalifah dengan cara mencekiknya atas nasihat Ibnul
Alqami.
Pembunuhan beramai oleh
Tatar terhadap penduduk Baghdad berlangsung selama empat puluh hari.
Satu juta mangsa yang terbunuh akibat kekejaman Tatar. Kota Baghdad
hancur dibasahi darah, rumah penduduk porak-peranda, buku-buku
peninggalan para ulama semua dibakar dan Baghdad telah jatuh kepada
penguasa kafir Hulagu Khan.
[Lihat Al Bidayah wa Al
Nihayah, vol. 13, hal. 192, 234 - 237, Al-Nujuum Al Zaahirah fii Muluuk
Mishr wa Al Qahirah, vol. 2, hal. 259 - 260].
No comments:
Post a Comment